Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak.
Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.
Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga?
Ada 2 jenis jangkitan telinga:
Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah) Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.
Otitis externa
Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga?
Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
Bayi yang diberi susu botol.
Terdedah kepada asap rokok.
Pembesaran adenoids.
Sumbing bibir.
Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.
Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?
Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan.
Ads
Tanda-tanda biasa ialah:
Kesakitan dalam telinga.
Resah dan mudah meradang.
Tidur yang selalu terganggu.
Selalu merentap dan menarik cuping telinga.
Nanah keluar daripada telinga.
Kurang selera makan.
Lelehan hidung.
Selalu menangis sebelah malam semasa tidur.
Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan.
Acute otitis media
Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?
Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami:
Telinga bernanah yang kronik.
Kurang pendengaran.
Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.
Ads
Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?
Dapatkan nasihat dan rawatan awal daripada doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.
Jika jangkitan telah dikenal pasti, rawatannya adalah:
Ubat mencairkan kahak (sama ada secara topical or sistemik).
Ubat demam.
Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.
Jangkitan telinga yang berulang-ulang:
Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya. Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian oleh doktor anda.
Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?
Ads
Ya, langkah yang baik ialah:
Susukan bayi anda dengan susu ibu.
Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
Elak:-
Terdedah kepada asap rokok.
Penggunaan puting.
Penyusuan susu botol semasa baring.
Alahan yang diketahui.
Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan”.
Kesan dalam jangka masa panjang?
Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.
Tempoh menyusukan anak adalah satu nikmat indah yang dirasai oleh setiap ibu yang menyusukan badan. Rasa bahagia kala dapat membekalkan anak dengan susu dan nutrien yang sihat dengan penuh kasih sayang. Satu pengalaman cukup bermakna bagi seorang wanita.
Ketika menyusukan badan, tubuh badan seorang wanita akan dipenuhi dengan segala nutrien semula jadi yang diperlukan oleh seorang bayi. Ketika ini juga, tubuh badan wanita akan menghasilkan sejenis hormon bernama prolactinis yang membantu penghasilan susu dalam payudara.
Ia terletak di kelenjar pituitari pada otak dan membantu penghasilan susu. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya Lactation Centre untuk ibu yang sedang menyusu. Dan ini adalah sembilan fakta mengenai hormon prolaktin yang ibu menyusu perlu tahu.
9 fakta ibu menyusu perlu tahu dalam penghasilan susu ibu
1) Hormon prolaktin adalah hormon yang bertanggungjawab merangsang penghasilan susu.
2) Selepas beberapa minit penyusuan berlangsung, hormon prolaktin akan di rembeskan ke dalam darah selama kira-kira 30 minit selepas setiap kali penyusuan.
3) Rembesan hormon prolaktin ketika penyusuan ini akan menyebabkan payudara menghasilkan susu untuk penyusuan berikutnya.
4) Oleh kerana itu penyusuan yang kerap itu di katakan membantu dalam penghasilan susu bukan milkbooster semata-semata, “More demand more supply!”.
5) Salah satu fungsi besarnya adalah penghasilan susu kerana itu namanya ‘pro’ – ‘lactin’. Namun, hormon ini di katakan memiliki kira-kira 200 fungsi lain di dalam tubuh manusia.
6) Nama lain hormon prolaktin adalah luteotropic hormon.
7) Hormon prolaktin di hasilkan di kelenjar pituitari (dalam otak) apabila terjadinya rangsangan hisapan bayi di payudara ibu (refleks saraf).
8) Penyusuan di waktu malam adalah sangat penting untuk memastikan penghasilan susu yang banyak kerana hormon prolaktin lebih tinggi di malam hari.
9) Dengan penyusuan yang kerap, bayi “exclusive breastfeed”, usia bayi 6 bulan dan ke bawah dan ibu belum datang haid, hormon prolaktin juga membantu dalam menghalang proses ovulasi dan menjarakkan kehamilan.
Sekiranya ibu sedang alami susu drop, kerapkan menyusu ya.
Kedah merupakan antara negeri tertinggi yang mencatatkan kes penolakan vaksin dengan 139 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 133 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail.
Beliau berkata pada 2016 sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan.
Ragu Status Vaksin Halal Atau Haram
Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
Pengaruh Keluarga
Sebab lain adalah pengaruh keluarga, mengamalkan perubatan homeopati dan bimbang dengan kesan sampingan vaksin.
17 Kes Difteria dicatatkan
Katanya sebanyak 17 kes difteria dicatatkan di Kedah daripada 2015 hingga 2017, dengan empat kematian direkodkan.
Dr Norhizan berkata, satu kematian akibat difteria direkodkan pada 2015, dua kematian (2016) serta satu kematian (2017) dan kesemua kanak-kanak berkenaan tidak mendapat vaksinasi.
Beliau berkata tiada kes difteria dilaporkan setakat tahun ini.
Mengadakan pendekatan bersama ulamak masuk ke perkampungan Anti Vaksin
Katanya, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha khusus untuk kumpulan sasaran yang dikenal pasti sebagai penolak vaksin, antaranya mengadakan kumpulan sokongan dan merujuk keluarga berkenaan kepada pakar.
“Selain itu kita juga mengadakan pendekatan bersama ulamak dan masuk ke perkampungan antivaksin untuk adakan pendidikan kesihatan dan kaunseling,” katanya.
Benar, bukan semua kita melenting hanya disebabkan anak-anak. Bila tubuh badan penat, emosi ibu jadi celaru malah tidak dapat berfikir dengan baik. Sudahnya anak jadi mangsa.
Menurut Inflencer Parenting, Mohd Fhais Salim, jagalah hati isteri dan jangan biarkan emosi isteri terdera hanya dek kerana kepenatan menguruskan anak.
Kadang punca kita mudah melenting bukan sebab anak buat salah besar pun. Tapi yang sebenarnya atas kelemahan diri kita sendiri, anak yang jadi mangsa. Kasihan diorang tak bersalah.
Sahabat semua. Tolong prihatin dengan keadaan fizikal, emosi & jiwa pasangan kita. Jangan biarkan pasangan kita,
– terlalu banyak pendam emosi – terbeban dengan tugas harian – lupa nak menjaga self care dia – terlampau letih yang berpanjangan ( burnout ) – melayan emosi sendirian – sampai terlupa jaga kualiti rehat dia
Risau dek kerana kita tak cakna dengan keadaan pasangan kita, anak-anak jadi mangsa. Percayalah!
Tak ada ibu yang suka-suka nak marah-marah anak kesayangan melainkan dia dah tak larat dan tak upaya nak melawan emosi jahat sendirian.
“Syg rehat la, biar abg buat”
Ayat keramat yang paling di nanti, dengar kita sebut je pun dah boleh buat dia tersenyum lebar sampai ke telinga belum buat lagi tau.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!