Untuk mengekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga, ia bukan peranan sebuah pihak sahaja. Semua orang di dalam keluarga itu harus tahu peranan masing-masing. Paling utama, suami dan isteri haruslah saling menyayangi dan inilah yang menjadikan sesebuah keluarga itu lebih sempurna dan bahagia.
Hanya ingat ‘8P’ sahaja. Nak tahu apa ‘8P’ tersebut?
1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ads
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Tip yang terakhir dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah berdoa kepada Allah. Ada banyak doa yang boleh diamalkan, tetapi salah satunya adalah doa memohon kebahagiaan dunia dan akhirat ini.
Bila kita berkongsi hidup dengan seseorang, setiap kelebihan dan kekurangannya perlulah kita hargai. Terima seadanya supaya kita sentiasa bahagia dengan kehidupan berumah tangga. Ingatlah, kita juga manusia yang ada kekhilafan. Apabila saling melengkapi, perkahwinan akan lebih harmoni dan membahagiakan.
Ada masanya perkahwinan diuji dengan dugaan tertentu. Sesungguhnya untuk kita benar-benar mengenali pasangan kita adalah apabila kita sudah berkahwin dengannya. Kita tidak boleh mengharapkan yang sempurna kerana kita juga ada kekurangannya.
Tiada dunia yang lebih indah daripada dunia ketika bercinta. Pendek kata, kentut dia pun kita kata wangi!
Kalau bercakap, kita akan bercakap lemah lembut manja-manja. Kalau berjalan kita akan berpimpin tangan.
Masa kita dah kahwin, kita duduk bersama. Baru kita tahu banyak perkara rahsia. Banyak juga benda yang kita tak suka.
Itu tak cukup sempurna. Ini tak berkenan di mata. Macam-macam kekurangan yang kita mula rasa.
Nada suara pun dah makin meninggi. Tak kena sikit, terus tengking. Takde dah nak sweet-sweet.
Kalau berjalan bersama tu, 2, 3 tiang ditinggalkan isteri di belakang. Kalau dah ada anak, lagi la. Isteri sibuk dengan anak, kita sibuk hirup udara segar seorang diri.
Masa tu lah, kita mula rasa kalaulah kita tak tergesa-gesa berkahwin dulu, maybe kita boleh cari orang lain yang lebih bagus.
Tapi, itulah dia. Selagi kita tak kahwin dengan dia, kita tak akan nampak la apa kelemahan dan kekurangan dia.
Dan kalau kita kahwin dengan orang lain sekalipun, benda sama jugak yang kita akan rasa.
Kalau isteri kita suka kata kat kita macam-macam, tunggu bila dia dah tiada. Kata-kata dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka bergaduh dengan kita, tunggu bila dia dah tiada. Gaduh-gaduh dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur berdengkur, tunggu bila dia dah tiada. Dengkuran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur gigi bergesel, tunggu bila dia dah tiada. Geselan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kuat mengigau masa tidur, tunggu bila dia dah tiada. Mengigau itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita selalu merajuk, tunggu bila dia tiada. Rajukan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kadang-kadang perangainya menyakitkan hati kita, tunggu bila dia dah tiada. Rasa sakit hati itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Allah… masa tu, kita akan minta dengan Allah supaya panjangkan lagi satu detik. Kita nak ucap sayang, cinta dan rindu pada isteri kita.
Kawan-kawan, daripada kita penat mencari kesempurnaan, baik kita jadi sebahagian daripada kesempurnaan pasangan kita.
Perkahwinan itu saling melengkapi.
Yang mana kita lebih, itulah yang akan menyempurnakan isteri kita. Yang mana dia lebih, itulah yang akan menyempurnakan diri kita sebagai suami.
Belajar berlapang dada. Belajar mensyukuri. Belajar cukup dengan apa yang ada.
Waktu yang kita ada tak banyak mana dah. Sama ada kita pergi dulu mengadap Ilahi atau isteri kita yang pergi dulu. Its just a matter of time.
Andai ini kesempatan terakhir yang kita miliki, manfaatkan sebaiknya. Jangan bila dah tiada baru nak bertindak.
Kerana selepas itu jarak antara perpisahan kita di dunia dengan pertemuan semula di syurga nanti adalah jarak yang tidak pasti…
Hari ini, memilih suami bukan semata-mata melihat saiz poketnya sahaja. Tetapi lihatlah bagaimana dia memimpin sesuatu perkara. Paling mudah, lihat bagaimana dia memimpin kehidupannya.
Kerana jika dia matang dan berjaya memimpin kehidupannya, pasti dia berupaya memimpin rumahtanggamu kelak.
Tak handsome, janji beriman ya anak-anak.
Lihat bagaimana dia menzahirkan rasa cinta pada kamu dan keluargamu. Lihat pula bagaimana dia menghormatimu sebagai seorang wanita. Dia melayanmu seperti seorang ratu. Iaitu dengan cara memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang tak bertepi.
Dia tahu membawamu ke jalan agama. Mengajakmu untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT serta sentiasa mengingatkanmu tentang hal kebaikan.
Para wanita yang bijaksana,
Jika temui calon suami seperti ini, maka bukalah hati seluasnya dan terimalah dia dengan lapang dada. Tetapi kena hati-hati juga ya, pastikan dia masih bujang dan belum berpunya.
Moga bertautlah hati kalian pada lelaki yang tepat, bertanggungjawab dan punya visi hidup yang jelas. Nak memilih lelaki, pilihlah seorang pemimpin.
Khai dan Rosma AF kongsi momen bersama anak-anak, “Dah besar-besar tiga anaknya..” Khai dan Rosma merupakan bintang yang sama menyertai program Akademi Fantasi (AF) musim pertama. Rosma, 35, dan Khai mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008.
Khai & Rosma AF Kongsi Momen Bersama Anak-anak, “Dah Besar-besar Tiga Anaknya..”
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 15, Nur Amani Damia, 10, dan Nur Alya Dhania, 6 tahun.
Dalam era moden yang penuh dengan kesibukan dan tekanan, ibu bapa sering kali terperangkap dalam rutin harian yang padat, menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi bersama anak-anak.
Namun, meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak adalah kunci untuk membina hubungan yang kukuh, mendidik mereka dengan nilai-nilai yang baik, dan memastikan mereka membesar dalam suasana yang positif.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Khai dan Rosma di laman Instagram, pasangan ini berkongsi momen bersama anak-anak mereka.
Melalui masa yang diluangkan bersama, ibu bapa dapat membina hubungan emosional yang kukuh dengan anak-anak. Perasaan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa akan membuatkan anak-anak merasa dihargai dan disayangi.
Hubungan yang erat ini membantu anak-anak untuk membina keyakinan diri serta memberi mereka ruang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah tanpa rasa takut atau tertekan.
2. Pendidikan dan Perkembangan
Meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendidik dan membimbing mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Ibu bapa dapat memberikan contoh yang baik, mengajar nilai-nilai moral, serta membina kemahiran sosial yang penting.
Melalui aktiviti bersama seperti bermain, membaca, atau berbual, ibu bapa dapat memantau perkembangan anak-anak mereka, mengenal pasti minat dan bakat, serta membantu dalam mengasah potensi mereka.
3. Mencegah Masalah Tingkah Laku
Anak-anak yang tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa cenderung untuk mencari perhatian dari sumber lain, yang kadangkala boleh membawa kepada tingkah laku negatif.
Meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dapat membantu mengelakkan masalah tingkah laku ini. Ibu bapa yang terlibat secara aktif dalam kehidupan anak-anak mereka akan lebih peka terhadap sebarang perubahan dalam tingkah laku anak-anak dan dapat mengambil tindakan awal untuk mencegahnya.
4. Mengukuhkan Nilai Kekeluargaan
Masa yang dihabiskan bersama keluarga adalah peluang untuk mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan. Melalui aktiviti bersama seperti makan malam, percutian, atau acara keluarga, anak-anak belajar tentang kepentingan kekeluargaan dan tanggungjawab mereka terhadap ahli keluarga yang lain.
Nilai-nilai ini akan membentuk mereka menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, hormat kepada orang lain, dan menghargai ikatan kekeluargaan.
5. Mengatasi Tekanan Hidup
Dalam dunia yang semakin mencabar, meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Masa berkualiti bersama keluarga boleh menjadi terapi yang menenangkan, di mana ibu bapa dan anak-anak dapat melupakan seketika tekanan dari pekerjaan, sekolah, atau masalah lain.
Aktiviti yang dilakukan bersama-sama, seperti bersukan, memasak, atau sekadar berbual, boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Kesimpulannya meluangkan masa bersama anak-anak bukanlah satu tugas yang boleh diabaikan. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Dalam dunia yang serba pantas ini, penting bagi ibu bapa untuk sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah anugerah yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.
Masa yang dihabiskan bersama anak-anak bukan sahaja membantu mereka membesar dengan sihat dan bahagia, tetapi juga mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memastikan kesejahteraan bersama dalam jangka masa panjang.
"Bila ibu tahu, ibu lebih bersedia." Begitulah antara intipati utama yang diketengahkan oleh pakar dalam sesi perkongsian Pa&Ma mengenai detailed scan untuk ibu hamil.