Masalah sakit kaki atau tumit bila bangun tidur biasa akan berlaku bagi yang aktif bekerja siang hari atau pun yang ada masalah berat badan. Termasuk juga surirumah yang tak duduk diam uruskan rumah tangga. Bila malam dapat berehat dan berlunjur rasa nikmat.
Cuma apabila bangun pagi, bila nak pijak lantai, terasa sakitnya kaki sampai terpaksa berjalan perlahan-lahan sebelum kembali ok. Bagi yang mengalami situasi ini, boleh cuba petua bawang putih bakar.
Petua Hilangkan Sakit Kaki Bangun Tidur
Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah ok sekarang.
Kalau tak sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan perlahan-lahan dulu baru ok.
Tapi sekarang bangun je.. terus boleh jalan laju. Petua ni ada seorang kakak bagitahu saya. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik, perut pun kempis je.
Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tahu bawang putih ni dapat mencegah sel-sel kanser. Kalau nak tahu boleh google apa lagi khasiatnya.
Cara-Caranya:
Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil. Lepas tu makan terus isinya saja. Makanlah hari-hari untuk kesihatan kita.
INFO: 10 Khasiat Bawang Putih
1. Mengandungi komponen yang bersifat perubatan
Bawang putih telah digunakan secara meluas dalam masakan kerana bau dan rasanya yang kuat. Pada zaman dahulu, kegunaan utama bawang putih adalah bagi tujuan perubatan dan kesihatan. Para saintis telah mendapati bahawa khasiat bawang putih datangnya daripada komponen sulfur yang terbentuk sewaktu memotong atau mengunyah bawang putih. Selain itu, bawang putih mengandungi allicin. Allicin merupakan satu komponen yang kurang stabil dan hanya akan mencul apabila bawang putih dipotong atau dihancurkan. Allicin dapat mengawal tekanan darah dan juga mencegah penyakit kardiovaskular.
2. Mengurangkan Simptom Selsema
Bawang putih dapat meningkatkan sistem imun. Satu kajian besar dijalankan selama 12 minggu mendapati bahawa suplemen bawang putih dapat mengurangkan masalah selsema sebanyak 63% berbanding dengan placebo. Selain itu, ada satu kajian mendapati bahawa dos ekstrak bawang putih yang tinggi (2.56 gram sehari) dapat mengurangkan jumlah hari selsema sebanyak 61%.
3. Mengawal tekanan darah tinggi
Penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung merupakan pembunuh dalam diam di seluruh negara.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan salah satu faktor utama menyumbang kepada penyakit ini. Kajian terhadap manusia mendapati bahawa bawang putih mengandungi komponen yang dapat mengawal tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
4. Mengawal paras kolesterol
Selain mengawal tekanan darah, bawang putih juga berperanan dalam mengawal paras kolesterol dalam darah. Dengan ini, risiko penyakit jantung dapat dicegah. Bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, suplemen bawang putih dapat mengurangkan 10-15% kadar kolesterol jahat. Namun, bawang putih tidak memberi kesan kepada paras kolesterol baik (HDL) dan juga trigeliserida.
5. Mengandungi antioksida yang membantu mencegah penyakit Alzheimer dan demensia
Radikal bebas akan menyebabkan kerosakkan oksidatif dan seterusnya akan menyumbang kepada proses penuaan. Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat melindungi badan daripada kerosakan oksidatif tersebut. Kesan daripada gabungan pengurangan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksidan yang terdapat pada bawang putih dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saraf otak seperti Alzheimer dan demensia.
6. Mencegah kanser
Satu kajian yang dijalankan oleh Jiangsu Provincial Center for Disease Control and Prevention di China mendapati bahawa individu yang makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tujuh tahun dapat mengurangkan sebanyak 44% risiko kanser paru-paru.
Selain itu, komponen organo-sulfur yang terdapat dalam bawang putih berkesan untuk menghapuskan sel yang berkaitan dengan barah otak.
7. Kesihatan rambut dan kulit kepala
Bawang putih dapat membantu pertumbuhan rambut. Ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin B6 dan C, manganese dan selenium. Kesemua vitamin dan mineral ini berperanan bagi mengekalkan kesihatan rambut.
Tambahan pula, sifat antibakteria dan antifungas yang terdapat dalam bawang putih juga menyumbang kepada kesihatan rambut kerana sifat-sifat ini membantu untuk membunuh kuman dan menjadikan kulit kepala lebih sihat.
8. Merawat jerawat
Jerawat merupakan masalah kulit yang disebabkan oleh pelbagai jenis benjolan yang terbentuk di permukaan kulit. Bawang putih mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-septik daripada allicin. Allicin membantu untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah jerawat. Ia juga dapat mengurangkan keradangan dan memperbaiki peredaran darah. Kesemua khasiat ini dapat memberi ruang kepada kulit untuk menerima lebih banyak nutrien seterusnya mengurangkan risiko masalah jerawat.
9. Mengurangkan Risiko Keradangan Sendi
Atritis merupakan penyakit yang disebabkan sakit dan bengkak pada sendi. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur, jantina dan latar belakang etnik.
Sifat anti-radang dalam bawang putih dapat mengurangkan simptom atritis. Dalam satu kajian tabung uji mendapati bahawa terdapat komponen spesifik dalam bawang putih yang dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan atritis.
10. Mengawal paras gula
Selain membantu untuk mengawal tekanan darah dan paras kolesterol, bawang putih juga terbukti dalam beberapa kajian dapat mengawal paras gula dalam darah, khususnya bagi pesakit kencing manis. Bawang putih merupakan sumber vitamin B6 dan C. Vitamin B6 terlibat dalam proses metabolisma karbohidrat manakala vitamin C pula berperanan bagi mengekalkan paras gula dalam darah.
Kesimpulan
Bawang putih merupakan salah satu bahan utama dalam masakan. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti mengawal paras gula, kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta mengekalkan kesihatan rambut.
Semoga perkongsian berkenaan khasiat bawang putih ini memberi manfaat kepada semua.
Kredit: Siti Raudzah via MAHN & Root Of Science
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI