Ramai ibu bapa di luar sana yang Obses dengan anak sendiri. Persoalannya, apakah tanda ibu bapa itu obses dengan anak sendiri?
Berikut merupakan jawapannya:
- Anda beberapa kali dalam sehari mengemas kini media sosial anda dengan menceritakan setiap perkara yang anak anda lakukan.
- Anda sangat kerap memuat naik foto dan video berkenaan anak anda di media sosial.
- Setiap perbualan anda adalah berkenaan anak anda.
- Setiap aktiviti harian anda adalah berkisarkan anak anda sahaja seperti mencuci pakaian, menukar pakaian atau menyuapkan makanan mereka.
- Anda sangat gemar mengenakan pakaian yang sama dengan anak anda.
- Anda mula mengabaikan ahli keluarga dan sahabat handai anda.
- Anda mula hilang minat dengan kehidupan sosial anda.
- Anda tidak percaya untuk meninggalkan anak anda dengan orang lain.
- Anda secara tidak sedar mula putus hubungan anda dengan orang lain yang dahulu pernah rapat dengan anda.
- Anda sangat mudah teruja dengan setiap perkembangan anak anda walaupun ia adalah sesuatu yang kecil seperti perkataan pertama anak anda.
Adakah tanda-tanda ini terdapat pada anda? Jika ada, cuba muhasabah diri dan berbincang bersama pasangan anda untuk mengelakkan diri anda dari terjerumus menjadi ibu bapa yang sangat obses dengan anak lalu terjerumus ke arah budaya tidak sihat yang dikenali sebagai budaya ‘sharenting’.
Budaya ‘sharenting’
Menurut dua kajian berkaitan yang dijalankan oleh Mariea Grubbs Hoy, profesor dari College of Communication and Information dan Alexa K. Fox, pembantu profesor dari University of Akron, budaya ‘sharenting’ berlaku akibat ibu bapa baru terutamanya yang masih baharu senang terpengaruh dengan ibu bapa lain dan perasaan sendiri lalu dengan mudah berkongsi segala butir peribadi anak seperti nama, tarikh lahir dan paling bahaya, foto dan video mereka.
Menurut mereka, perkongsian informasi seperti ini mungkin sudah dianggap sebagai norma masa kini namun sebenarnya akan menjejaskan privasi dan reputasi anak malahan turut mengundang bahaya kepada keselamatan mereka!
Konklusinya, tidak salah jika anda terlalu obses dengan anak sendiri kerana ia adalah satu perasaan alami yang akan berlaku kepada setiap ibu bapa tetapi jangan terlalu keterlaluan. Ini kerana budaya ‘sharenting’ boleh mengundang bahaya kepada keselamatan anak anda.
Kredit: Hello Doktor
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI