Isteri kepada penyanyi dan pengacara, Alif Satar meluahkan rasa sayu dan sebak melihat kegigihan suaminya bekerja siang dan malam demi tanggungjawabnya kepada kerjaya dan keluarga.
Malah menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, ada waktunya dia berdepan kesulitan untuk menjawab pelbagai pertanyaan dari anak-anak bila ayah mereka kurang masa berada di rumah.
Melalui Instagramnya, Shadila berkongsi rasa mengenai kisah anak-anaknya yang begitu gembira bila mana ayah kesayangan mereka berada di rumah.
“Kesian dan sebak. Tengah malam bila semua orang dah tidur, baru dia balik. Awal pagi sebelum orang bangun, dia dah keluar pergi kerja.
“Dah berbulan-bulan jugak macam ni.. kadang-kadang tu ada 10 topik nak discuss dengan dia, setengah topik pun belum tentu sempat,” katanya berkongsi.
Namun menjawab pertanyaan anak-anak saban hari adakalanya membuatkan dia sebak dan sayu. Ragam dan keletah anak-anaknya bila Alif pulang rumah awal begitu menghiburkan. Sarat dengan pertanyaan.
Ads
“Anak-anak selalu tanya “When is Daddy coming home?”, “Is he gonna come back early or late today?”, “Is he near or far?”.
“Kadang-kadang tu Alisha siap cakap “I don’t really like Daddy’s job.. he is always not home..”
“Itu cara dia express dia rindu ayah dia… bila ayah dia balik awal, satu family does this crazy dance and shout “Daddy’s home! Daddy’s home! Daddy’s home!” and everyone would run and hug him.
“This is always the highlight of the day when he comes back home early before they sleep,” tulisnya berkongsi.
Ads
Bagaimana pun isteri kesayangan Alif Satar ini amat bersyukur kerana itulah tanda suaminya diterima ramai malah sentiasa mendoakan agar suaminya itu dikurniakan kesihatan berpanjangan dan kekuatan ketika bekerja.
Nak pilih simpanan terbaik untuk masa depan anak, jangan lupa mendaftar di SSPN.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @shadilahalid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi kegusaran ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk menjalani ibadan tarawih di masjid. Risau jika anak buat hal, menangis atau berlari ke sana sini semasa orang ramai sedang solat. Niat di hati mahu beribadah, akhirnya terbantut dek kerana tidak khusyuk memikirkan anak-anak. Mungkin pada awalnya semua elok sahaja dan tiba-tiba terpaksa pula kita pulang awal kerana anak-anak mula menunjukkan tanda-tanda akan meragam.
Berbeza dengan keadaan di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh. Inisiatif pihak masjid untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa yang datang menjalani ibadah tarawih wajar diberikan pujian. Sebuah ruang bermain diwujudkan sehingga anak-anak ini tidak mahu pulang dek kerana terlalu seronok bermain dan membuat pelbagai aktiviti yang disediakan.
Menurut laporan Sinar Harian, ahli jawatankuasa masjid ini melihat ramai iu bapa yang membawa anak kecil ke masjid sewaktu menunaikan solat tarawih. Ini menjadi sebab mengapa ruangan ini diadakan di tingkat atas bersebelahan ruang solat diadakan ruang khas untuk kanak-kanak.
Menariknya, pelbagai aktiviti yang disediakan di sini sepanjang tempoh solat tarawih. Antaranya ialah mewarna, membaca dan banyak lagi. Kata Imam Besar masjid ini, usaha ini bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa untuk membawa anak-anak ke masjid sedari kecil. Didikan ini perlu sejak mereka masih kanak-kanak.
Mungkin ada ibu bapa yang risau akan keselematan anak-anak mereka jika ditinggalkan ketika mereka bersolat. Menjawab persoalan itu, Imam Besar memberitahu mereka mengambil langkah keselamatan dengan meminta ibu bapa untuk mengisi satu borang dan diberikan sekeping kad khas untuk diserahkan kepada pihak masjjid semasa mengambil anak mereka.
Ruang khas ini nyata selesa kerana dilengkapi dengan penghawa dingin. Antara permainan yang disediakan buat anak-anak ini adalah seperti lego, kapal terbang mainan, anak patung serta pelbagai jenis buku aktiviti matematik, melukis dan mewarna. Hampir 90 peratus permainan dan buku-buku di sini dibeli menggunakan hasil sumbangan orang ramai.
Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini. Sepanjang empat hari puasa yang lalu, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.
Dengan inisiatif begini, Imam Masjid Negeri berharap lebih ramai jemaah yang hadir dan tidak risau untuk membawa anak-anak mereka. Menurut perkongsiannya lagi, masjid ini tidaklah besar mana. Memberi cadangan jika masjid yang lebih kecil mahu mempraktikkan cara begini, untuk menggunakan balai lintang atau buat pembahagian bagi mewujudkan zon kanak-kanak. Dengan kemudahan parkir yang selesa di kebanyakan masjid negeri, dengan adanya usaha untuk menambah ruangan kanak-kanak, pasti memberi lebih kebaikan kepada para jemaah.
Selalu orang cakap anak lelaki jangan dimanjakan sangat, kena ajar dia berdikari supaya dewasa akan jadi kuat. Bukan itu saja, ada juga berpendapat, anak lelaki tak boleh dibiar manja. Bagaimanapun semua ini silap sebab anak lelaki pun mempunyai perasaan untuk disayangi.
Sebab itu jangan sesekali bezakan anak lelaki dengan perempuan ya! Anak lelaki walaupun dia tak menunjukkan sikap manjanya, tetapi dia menyembunyikan perkara ini tanpa ibu ayah sedar.
Menerusi kupasan Penulis Ilmu Keibubapaan, Taufiq Razif, anak lelaki menyembunyikan 7 perkara ini dan ibu bapa mesti alert agar tiada anak yang rasa dirinya tersisih.
Anak lelaki kita sembunyikan 7 perkara ni:
1. Dia nak sangat jadi macam ayahnya lagi lagi jika dia nampak kredibiliti ayahnya jika si ayah tu jenis bertanggungjawab dan ada prinsip hidup yang tegas
2. Dia nak sangat ada pasangan seperti ibunya lagi lagi jika ibunya jenis yang penyayang dan pandai buatkan jiwa dia rasa terpenuhi
3. Dia nak sangat jadi pemberani sebab secara fitrahnya anak lelaki adalah ‘Qawwam’ iaitu pelindung dan penaung lebih lebih lagi pada adik beradik perempuannya sendiri
4. Dia nak sangat ada mentor yang dia boleh ikuti kerana suatu hari nanti dia tahu dia akan berjuang untuk hidupnya sendiri dan mentor tersebut boleh menjadi tempat rujuk dan sebagai sumber inspirasi
5. Dia nak sangat ada keyakinan diri yang tinggi kerana suatu hari nanti dia perlu galas tanggungjawab yang besar sebagai kepala keluarga dan rumahtangga
6. Dia nak sangat banggakan ibubapa terutama ayahnya dan antara perkataan yang dia paling inginkan keluar daripada mulut ayahnya sendiri adalah ” Ayah bangga dengan kamu nak ”
7. Dia nak sangat tidak dibanding bandingkan dirinya dengan anak yang lain kerana ia boleh menjejaskan harga diri dan membuatkannya menjadi inferior di hadapan adik beradiknya yang lain
I might not perfect but when i look at my son i know that i got something in my life that perfectly right
“Anak arwah sudah mula tercari-cari bapanya,” kata pelawak, Ali Puteh yang juga adik kepada Allahyarham Abam.
Ali, 31, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, anak Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan lebih banyak diam dan tidak meragam.
Menurut Ali, kakak iparnya yang juga balu arwah, Siti Nurhidayah Mohd Ali juga banyak mendiamkan diri.
“Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.
“Cuma, dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai hasil bedah siasat punca kematian arwah, Ali berkata, mereka masih belum mendapat sebarang keputusan.
“Kami tidak dapat apa-apa keputusan lagi. Dimaklumkan paling lambat dalam tempoh tiga minggu lagi,” katanya.
Ali berkata, pesanan terakhir diterima daripada arwah adalah menjaga ibunya, Sabariah Arshad, 63, yang kini tidak sihat dan terpaksa berkerusi roda.
“Arwah pergi mengejut tanpa sebarang pesan. Namun, minggu lalu dia ada cakap kepada emak yang jiwanya kosong dan tidak fikir apa-apa lagi. Dia juga pesan kepada emak dan sampaikan pada saya supaya banyak rehat. Jangan terlalu penat bekerja.
“Malah, minggu lalu juga dalam kumpulan Whatsapp keluarga, dia mengatakan sekarang giliran saya menjaga emak pula. Jangan lupa bagi emak makan ubat. Saya jawab, okay dan tidak ada masalah. Kebetulan emak sudah sebulan tinggal di rumah saya,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.