Sebagai seorang wanita, apabila kita sudah berumah tangga dan kemudian menjadi seorang ibu, sering kali kita mendahulukan kelurga berbanding diri sendiri. Kita merasakan sudah menjadi tanggung jawab kita untuk melaksanakan yang terbaik untuk memberi kemudahan kepada mereka.

Seringkali kita terlupa untuk memberi perhatian kepada diri sendiri. Terlalu leka mengutamakan orang lain sehingga diri sendiri terabai. Jangan begitu, kerana sebagai isteri dan ibu, kita juga layak untuk bahagia dan ada masa untuk diri sendiri. Menurut perkongsian dari Imtiaz Khan melalui laman Facebooknya berkongsi tip supaya para wanita dapat belajar untuk menghargai dirinya.

Kita orang perempuan ni memang kena pandai hargai diri sendiri. Orang perempuan ni sememangnya jiwa halus. Halus yang sukar digambarkan. Ada sampai satu tahap, halus yang sampai buat apa apa pun tak fikir diri sendiri.

Artikel Menarik: [Badan Penat, Otak Stres. Rupanya Itulah Punca Nak Mengandung Tapi Tak ‘Lekat-Lekat’]

Selalu Utamakan Keluarga, Ibu Abaikan Kepentingan Sendiri. Besarnya Pengorbanan Wanita!

Baru baru ini saya join kelas Kembali Bercinta bersama Puan Diyana Tahir. Program ni agak mahal yurannya. Tapi ilmu yang diberi memang superb. Topik pertama yang kami belajar ialah Hargai diri. Celebrate yourself. Kata Puan D, kita fokus pada diri sendiri sebentar. Lupakan sebentar suami dan anak. Sekejap sahaja. Kerana kita juga layak bahagia.

Sebenarnya, tak salah berkorban untuk orang lain walau sampai to the fullest pun. Tapi ingat ni, dalam kita berkorban tu, pastikan tunaikan hak untuk diri. Celebrate diri sendiri. Hargai diri sendiri. Sebab apa? Sebab Allah perintahkan supaya jaga dan bertanggungjawab dengan diri sendiri dahulu, barulah orang lain.

Selalu Utamakan Keluarga, Ibu Abaikan Kepentingan Sendiri. Besarnya Pengorbanan Wanita!

 

IKLAN

Apa yang Allah ajar tu sangat betul dan padu. Sebab orang yang bertanggu gjawab dengan diri sendiri dan hargai diri sendiri inilah orang yang bahagia. Kebahagian dalam diri dia tu terpancar keluar kepada suami,anak dan keluarga. Hanya orang yang bahagia mampu memberi bahagia. Kerana dia ada bahagia itu.

Kadang kita rasa tidak mengapa, hari ini saya berkorban siapkan suami dengan gaya smart ke tempat kerja. Baju anak anak kemas,rapi setiap hari bertukar brand.

Tapi pernah tak tunduk sekejap tengok baju sendiri? Sempat bergosok tak, bila kali terakhir beli baju baharu. Setaraf atau tidak baju kita dan baju suami. Bedak compact yang dah habis, sempat atau tidak diganti baharu? Waktu tidur dan rehat kita cukup atau tidak?

Selalu Utamakan Keluarga, Ibu Abaikan Kepentingan Sendiri. Besarnya Pengorbanan Wanita!

Makanan kegemaran kita, adakah sudah lama tidak dijamah? Atau sejak dah ada anak, dah lama tak merasa makanan kegemaran sendiri. Sedangkan makanan makanan itu adalah sebahagian dari hidup kita satu waktu dahulu. Ibu bapa dan sanak saudara kita, adakah sudah lama tidak dijenguk? Sedangkan dulu kita membesar bersama. Ada banyak momen indah kita bersama bahkan merekalah kehidupan kita dahulu. Sangat indah. Kita juga manusia dan pernah mempunyai kehidupan yang indah, tapi kenapa ya sekarang seakan hilang semua itu. Kadang kadang sampai rasa dah tak kenal diri sendiri. Sedih kan. Hehe.

Artikel Menarik: [Campur Itu Ini Dengan Peluntur, Konon Nak Bersihka Rumah. Rupanya Jadi Racun]

IKLAN

Baiklah mari saya beri 3 tips untuk belajar hargai diri kepada puan puan semua ya.

1. Tuliskan semua perkara yang anda impikan.

Kita ini manusia. Punya impian dan cita cita. Ambil kertas, tuliskan apa impian puan. Tulis tanpa prejudis. Tanpa fikir logik atau tidak. Tuliskn sahaja. Sebab bila kita tulis impian impian ini, ia jadi satu doa. Satu masa ia akan kembali bermain di fikiran ataupun sebenarnya kita dah pun berada di setiap impian itu satu hari nanti. Biiznillah.

2. Buat perkara yang buat kita gembira setiap hari.

Ambil kertas, (saya ada buku nota peribadi saya sendiri) Tuliskan senarai perkara yang mampu buat kita gembira. Mungkin puan minat memasak, menanam bunga, travel, tidur hotel untuk tenangkan fikiran atau senaman 30 minit sehari di taman. Baik, setiap hari buat perkara perkara yang buat puan gembira tu.

Bayangkan cukup 30 hari kita berjaya buat benda yang kita suka, agaknya macam mana ya state of emotion kita waktu tu. Wah tentu bahagia kan. Tengok anak pun dah tak jadi singa, sebab hak diri sendiri tu dah tertunai.

Selalu Utamakan Keluarga, Ibu Abaikan Kepentingan Sendiri. Besarnya Pengorbanan Wanita!

IKLAN

2. Celebrate diri sendiri.

Celebrate diri sendiri. Beli lah apa apa barang yang disukai. Kalau minat bunga,beli bunga. Hadiahkan pada diri sendiri. Sebulan sekali,seminggu sekali bahkan sehari sekali. Celebrate yourself. Celebrate walau hanya hadiahkan kopi sedap untuk diri sendiri setiap pagi. Emosi positif waktu pagi tu yang akan menaikkan momentum sepanjang hari. Saya suka masa saya bersendirian bersama Al Quran setiap pagi. Walaupun satu ayat je yang sempat baca. Tu pun dah buat saya rasa berguna pada hari tu. Haha

3. Jaga your spiritual.

Spiritual ni ialah kualiti masa kita bersama Allah. Dulu saya pun sama, kejar kuantiti ibadah daripada kuliti. Tapi semua tu tak beri impak positif pun pada hati. Bila tukar strategi kepada kualiti ibadah walaupun sikit, hidup ni rasa lebih bermakna. Setiap orang tu ada ibadah yang dia suka. Kalau suka puasa maka puasalah banyak banyak. Kalau suka zikir, maka zikirlah banyak banyak. Pintu syurga kan ada banyak? Hehe.

Baiklah. Cukup dahulu disini. Selamat beramal. Apa cara korang hargai diri sendiri?

By,
Nurulain Ahmad
#Women Empowerment.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mencari ruang buat diri sendiri. Hargailah diri kerana keluarga memerlukan anda, kadang-kadang tidak perlu banyak pun. Mungkin sedikit masa dan ruang agar anda dapat merehatkan tubuh dan minda sebelum melayani karenah suami dan anak-anak semula. Anda wanita hebat, pasti mampu melakukannya!

Sumber: Imtiaz Khan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI