
Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka. Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.
PELUKLAH ANAK LELAKI
Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka.
Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.
Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian* mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama. Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak.
Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.
“Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation.”
Michael Thompson PhD., ‘Raising Cain’.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
*School of Sociology, Social Policy and Social Work, Queens University, Belfast.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bawa Anak Autisme Tunai Umrah, Ibu Ini Kongsi Tip & Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

Isi Kandungan
ToggleSetiap orang pasti mendambakan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan ibadah Haji mahupun Umrah. Tapi kalau nak bawa anak-anak kecil pastinya ia memerlukan persiapan yang rapi kerana maklum sahajalah bila bawa si kecil macam-macam benda ibu ayah kena sediakan ditambah pula dengan ragam si kecil yang memang kita tak boleh jangka.
Namun perkongsian Eida Ilham tentang pengalaman dia dan suami membawa 2 orang anak yang masih kecil mengerjakan Umrah sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain yang ada perancangan untuk mengerjakan Umrah Bersama anak-anak. Malah salah seorang anaknya itu merupakan anak berkeperluan khas iaitu anak Autisme.
Pengalaman mengerjakan Umrah bersama anak normal & anak autism
Bismillahirrahmanirrahim. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Alhamdulillah awal 2019, cikda dan Abegat sepakat untuk menunaikan Umrah kali pertama dan tanpa fikir panjang anak-anak pun dibawa sekali. Alhamdulillah juga kali ni ibu dan ayah cikda juga kami bawa bersama. Cikda yakin impian kita semua yang bergelar anak ni salah satunya ialah nak bawa Ibu Ayah ke Tanah Suci sebab impian cikda pun begitu.
Cikda mula membaca tentang pengalaman membawa anak kecil ke Tanah Suci, banyak bertanya juga pendapat dari orang yang berpengalaman bawa anak menunaikan Umrah. Semuanya positif, jadi dari situ cikda dan abegat yakin dengan keputusan yang kami buat. Iaitu bawa anak-anak sekali. Cuma maybe kami kena double triple persediaan mental dan fizikal sebab Megat Iman tak macam kanak kanak lain. Dia Mild Autism.
Jadi hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. 3 Dec 2019, 10.00 pagi. Penuh debaran, doa dipohon tak putus putus moga Allah SWT permudahkan semuanya. Perjalanan 8 jam tak terasa lamanya sebab dua dua pun banyak tidur dalam kapal terbang. Kalau tak tidur pun dorang duk layan kartun kat tv masing masing. Perut pun tak sempat lapar, kejap kejap makanan dihidangkan.
Flight kami sampai di Airport Madinah dulu. Dari Airport terus ke Hotel di Madinah. Anak anak ceria, happy, kemana mana pun kami bawa. Ke Masjid sebelum subuh pun kami bawa, senang sangat dorang bangun pagi tak meragam. Setiap kali masuk waktu, Megat Iman laa yang paling beria sekali nak gi solat kat Masjid. Alhamdulillah
Anak Demam, Sempat Tunai Umrah Pertama
Semua berjalan lancar hingga hari kami berangkat ke Mekah, Seri Aisya demam panas. Lembik merengek je taknak letak. Alhamdulillah ubat semua dah bawak siap siap dari Malaysia. Sampai di Mekah selesai Umrah pertama, cikda, Abegat dan Megat Iman pula demam. Maka berkampunglah kami di Hotel tak kemana-mana.
Esoknya Alhamdulillah semua beransur pulih. Dapat selesaikan tawaf sunat dan sampaikan doa doa dari keluarga dan sahabat sahabat. Hinggalah hari berangkat pulang ke Malaysia. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNya. Megat Iman sangat sangat behave kecuali masa dia demam tu memang dia extra manja. Biasalah budak kan. So cikda kongsikan tips untuk ibuayah yang nak bawa anak anak kecil ke Tanah Suci.
- Sediakan Ubat Ubatan secukupnya
-Untuk kes cikda, ubat demam Syrup dan Supp (ubat punggung) tak mencukupi. Sebab dua dua demam serentak. So kena beli ubat lain kat farmasi disana. Kalau kena beli, then beli je. Tak mahal pun. Sama je harga macam kat tempat kita.
– Ubat yang perlu dibawa, ubat demam syrup & supp, ubat batuk, ubat selsema, ubat cirit birit, minyak angin, kool fever dan ubat ubat lain. - Gadjet & Mainan
– Time nak travel jauh camni setiap sorang memang ada gadjet masing masing. Tapi dorang tak tengok sangat pun sebab cikda tak beli simcard untuk dorang. Pakai wifi hotel je laa tengok youtube kejap kejap. Mainan pun tak bawak, dorang pun tak mintak mainan kat sana. Tapi atas anak masing masing. Bawa laa untuk lekakan dorang.
– Cuma Megat Iman kena ada buku dan alat tulis. Time dia boring memang dia bukak buku untuk melukis. Buku dah penuh pun dia sanggup padam sebab kat sana tak tahu nak beli buku kat mana. - Harness
– Cikda beli untuk setiap sorang tapi tak pakai pun 😅. Selalunya memang Megat Iman ni akan lari lari kalau keluar. Tapi kali ni dia tak lari jauh pun. Dia ade je dekat dekat. Tapi kita mak ni kena alert laa. Nampak nak lari jauh sikit terus jerit panggil nama dia. Satu Madinah boleh dengar. 😂 - Stroller
– Sangat sangat sangat penting stroller ni kalau bawa anak yang kecik kecik. Kesian anak nak jalan kaki. Letih juga kita nak mendukung je kan. Jadi bawak stroller. Mudah, dia pun boleh rehat dan tidur dalam tu. Time tawaf pun cikda letak Aisya dalam stroller. Tapi make sure dia tak berak tak kencing time tawaf & saie. - Selipar
– Kami empat beranak pakai kasut crocs je sepanjang kat sana. Selesa, tak licin, tak sakit kaki. Tapi kasut abegat hilang kat Masjid Nabawi. Pilih kasut yang selesa. Kasut yang selesa pun boleh mempengaruhi mood kita. Yela, kalau kaki anak anak sakit, kaki sakit, kang merengek je laa dorang kang. - Makan
– Tak perlu risau makanan kat sana. Bebudak ni kalau nampak boring nak start cranky je terus abegat belikan aiskrim. Aiskrim kat sana sedap sedap. Confirm mood gembira dorang datang balik. - Pakaian
– Tak perlu bawak baju budak banyak banyak. Bawak beberapa helai je selebihnya boleh beli kat sana. Murah murah ibukkkk. Rambang mata nengoknya. - Sweater
– Kena bawa sweater untuk anak anak. Sebab cuaca di Madinah hujung tahun memang sejuk. Lagi lagi time subuh tu kan. Menusuk ke tulang sejuknya. Kesian kat anak kalau kesejukan nanti.
Kalau Dah Niat, Allah Permudahkan
Setakat ni itu je yang cikda ingat. Kalau ade lagi nanti cikda tambah. Cuma kalau kita dah berniat nak bawa anak, jangan risau. Buat solat hajat dan doa banyak banyak minta Allah permudahkan. Allah Maha Mendengar.
Cikda doakan semoga kita semua diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah SuciNya bersama anak anak dan keluarga. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Semoga apa yang dikongsikan oleh Eida Ilham ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa lain yang ada perancangan untuk bawa anak-anak yang masih kecil. Bila dah ada niat tu InsyaAllah, akan dipermudahkan. paling penting kena ada sedikit persiapan supaya perjalanan umrah dan ibadat di sana nanti akan lebih lancar.
sumber: Eida Ilham
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap Kali Mama Nak Mandi, Si Kecil Sibuk Nak ‘Join’. Boleh Ke? Baca 7 Perkara Ini

Ibu ingin mandi, anak pun sibuk mahu turut serta, macam mana? Jika anda ingin mandi bersama anak, ada 7 tip mandi yang perlu anda lakukan.
Boleh ke mandi bersama anak?
Jika itu persoalan yang bermain di minda, sudah tentu jawapannya BOLEH. Malahan sejak si manja lahir ke dunia, pastinya kalian telah melakukan banyak perkara bersama.
Makan sambil menyusukan anak, mengemas rumah sambil mendukung si kecil dan pelbagai perkara lain. Jadi untuk mandi bersama bukanlah 1 isu yang terlalu pelik.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin mandi dengan anak, pastinya terdapat beberapa tip mandi yang perlu anda pertimbangkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Selamat ke untuk mandi bersama anak?
Sudah tentulah anda perlu menunggu sekurang-kurangnya bayi anda sudah cukup kuat sebelum mandi bersamanya. Jangan pula pulang dari hospital selepas bersalin, terus ingin mandi bersama anak. Itu bahaya!
Pastinya wujud risiko-risiko tertentu kerana bilik air adalah tempat yang licin sama ada untuk anda mahupun si kecil. Risiko untuk jatuh atau tergelincir adalah tinggi.
Jika mandi menggunakan pancuran air, tekanan pancuran yang terlalu kuat, mungkin boleh mengejutkan anak. Bahkan suhu air yang terlalu sejuk juga tidak sesuai untuk mereka.
7 tip mandi dengan anak
Sedikit sebanyak anda tentu sedar bahawa mandi dengan anak bukanlah 1 perkara mudah, seperti mandi sendirian, dengan risiko bahaya yang menanti.
Jadi berikut 7 tip mandi yang boleh anda pertimbangkan sebelum masuk ke dalam bilik air bersama anak:
Sesuai usianya
Anda tidak boleh mandi bersama si kecil selagi tali pusatnya tertanggal dan sembuh sepenuhnya. Sebaiknya, tunggulah sehingga bayi anda mampu untuk duduk sendiri, kerana pada waktu itu, mereka sudah cukup kuat untuk menyeimbangkan diri.
Selagi belum sampai waktu tersebut, mandikan si kecil dengan menggunakan span lembut atau kain bersih bersama air suam. Anda boleh menggunakan teknik mengeratkan hubungan dengan meletakkan si kecil mendakap dada anda sambil mengelap badan mereka.
Suhu air yang bersesuaian
Tip mandi ini terpakai kepada semua individu sama ada dewasa mahupun anak kecil. Jika suhu air terlalu sejuk, sudah tentu ia boleh mengakibatkan rasa terkejut.
Jadi jika anda ingin mandi dengan si kecil, pastikan suhu air adalah bersesuaian. Ia seharusnya mengikut suhu badan atau lebih sedikit daripadanya.
Anda boleh menggunakan termometer jika tidak pasti dengan suhu air.
Kelengkapan tersedia
Jika mandi sendirian, anda mungkin hanya perlu menyediakan tuala untuk mengelap badan selepas mandi. Akan tetapi sekiranya ingin mandi bersama anak, pastikan segala kelengkapan sama ada untuk semasa mandi atau selepas mandi sudah tersedia.
Ini bagi memudahkan anda ketika mandi dan membolehkan anda untuk fokus kepada si kecil untuk mengelakkan risiko tidak diingini daripada berlaku.
Antara barangan yang perlu disediakan seperti sabun dan syampu anak berserta tuala mereka. Sekiranya ketika sedang mandi anda menyedari ada barangan yang tertinggal, anda ada 2 pilihan:
Membawa si kecil bersama untuk mengambil barangan tersebut, jika ia adalah barangan yang perlu ada ketika mandi
Elakkan untuk meninggalkan si kecil sendirian dalam bilik air walaupun untuk tempoh beberapa saat. JANGAN!
Satu persatu
Sekiranya anda mempunyai tab mandi, jangan masuk bersama-sama si kecil ke dalam tab tersebut. Ia 1 tindakan yang berbahaya kerana risiko tergelincir tinggi.
Jadi letakkan si kecil terlebih dahulu di dalam kerusi bayi di luar tab mandi, kemudian anda masuk ke dalam tab mandi sebelum mencapai si kecil dari kerusinya.
Cara yang lebih baik, adalah dengan mendapatkan bantuan pasangan anda.
Alas anti slip
Sama ada mandi bersama anak menggunakan tab mandi atau pancuran air, tip mandi yang tidak boleh diabaikan adalah memastikan adanya alas anti slip.Sudah tentu ia bertujuan untuk mengelakkan anda daripada tergelincir ketika mandi, apatah lagi bersama si kecil. Risiko berdepan bahaya akan berganda.
Jika mandi dengan tab mandi, pastikan anda sentiasa memegang si kecil setiap masa. Ini dapat menghindari situasi si kecil tenggelam.
Jangan menggunakan produk yang sama
Mungkin ketika anda sedang menyabun badan sendiri, anda terfikir untuk terus menyabun si kecil. JANGAN! Sabun atau syampu individu dewasa bukanlah pilihan terbaik untuk kulit si kecil yang sensitif. Ia boleh menyebabkan kulit mereka kering. Sebab itu pentingnya untuk mengikuti tip mandi #3.
Tetapi anda boleh menggunakan barangan mandian si kecil seperti sabun mereka. Mungkin kulit anda akan selembut kulit mereka!
Selesai mandi
Apabila selesai mandi bersama anak di dalam tab mandian, jangan terus keluar. Sebaliknya letakkan si kecil di dalam kerusi bayi, seperti sebelum mandi dan balutkan mereka dengan tuala.
Anda juga boleh meminta bantuan pasangan untuk mengeluarkan anak daripada bilik air. Ini sudah tentu dapat mengurangkan rasa sejuk mereka.
Jika bersendirian mandi bersama anak menggunakan pancuran, lakukan perkara yang sama. Balutkan badan mereka dengan tuala dan letakkan di dalam kerusi bayi terlebih dahulu sebelum anda mengelap badan sendiri.
Keselamatan perkara utama
1 perkara yang perlu anda ingat, ketika mandi bersama si kecil, anda mungkin akan lebih fokus membersihkan diri mereka berbanding diri sendiri. Jangan terkejut, okay?
Mandi dengan si kecil pastinya 1 pengalaman menyeronokkan bagi kalian berdua. Tetapi sangat disarankan untuk anda mengikuti tip mandi yang diberikan dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan bersama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Susah Menulis, Boleh Cuba Latih Kaedah Macam Ni Di Rumah!

Biarpun anak sudah berusia empat tahun, namun masih ada anak yang memegang pensil tidak tepat malah masih ada yang tidak dapat menulis dengan baik.
Apa kata, sebagai persediaan untuk ke sekolah dan menulis dengan baik, aktiviti ringkas tapi begitu bermanfaat ini dilakukan pada anak.
Perkongsian OT, Pun Nurul Sheriena Musa di Tik Tok ini mak ayah perlu cuba. Teknik aktiviti Whellbarrow ini begitu disyorkan untuk melatih kekuatan tangan anak. Jom cuba!
Anak susah nak menulis? Cuba buatkan Wheelbarrow jalan dengan tangan macam ni.
Aktiviti ini akan berikan stimulasi Prprioseptif pada bahu, siku dan wrist anak.
Selain itu aktiviti ini juga akan dapat membantu:
* Koordinasi tangan
* Fokus anak
* Integrasi sensosri refleks
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI