Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sendiri. Cuma cepat atau lambat bukan bidang kuasa kita. Semua itu rezeki dari Allah dan hanya dia yang mengetahui segalanya.
Cuma apa yang kita boleh lakukan adalah sentiasa berusaha, tak putus berdoa dan seterusnya berserah. Mungkin ada yang mengambil masa setahun atau dua tahun tetapi andai kata lebih dari itu, percayalah jika rezeki kita ada semua itu dipermudahkan.
Perkongsian dari Puan Nur Hafizza Mat Yunus yang menunggu selama 10 tahun untuk memiliki anak boleh dijadikan motivasi buat pasangan yang belum ada rezeki. Moga perkongsian ini memberi manfaat.
Seperti yang dijanjikan saya akan share dengan rakan-rakan pengalaman TTC (Trying To Conceive) saya. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama.
Saya telah berkahwin dengan suami tercinta Mohamad Azuan Haji Muda pada Mei 2008. Tiada planning berkaitan anak. Semuanya berserah pada rezeki dari Allah. Dan alhamdulillah..kami telah dikurniakan seorang puteri yang sangat comel, Aaira Mohamad Azuan pada Mei 2019.
Berikut adalah usaha-usaha yang kami telah lakukan sepanjang 10 tahun kami mendirikan rumahtangga.
1. URUT
Ini adalah perkara biasa orang akan suggest bila kita cakap belum ada rezeki anak. Ada yang kami pergi. Ada yang tak sbb sy agak takut bila orang sentuh bahagian peranakan ni. Risau lain pulak yang jadinya. Dan kebanyakan tempat urut yang saya pergi..tukang urut cakap peranakan baik. Tak ada masalah. Alhamdulillah.
2. IUI (Intrauterine insemination)
Memandangkan tukang urut cakap peranakan ok, jadi kami decide untuk buat rawatan moden. Kami start buat rawatan di Infertility Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 2011..iaitu pada tahun ketiga perkawinan.
Ads
Kami buat IUI sebanyak 4kali. 1st IUI adalah pada Jun 2012. Dan yang last September 2017.
Result: IUI pertama berjaya. Tapi bukan rezeki kami lagi, Kandungan hanya bertahan selama 5 minggu sahaja. 3 lagi IUI gagal. Disebabkan IUI dah melebihi 3 kali, jadi doc suggest untuk buat IVF.
3. DIET
Perkara pertama yang perlu buat sebelum start treatment IVF. Ye la..nak buat IVF..kos bukan murah kan. So utk mengurangkan risiko gagal tu..kena la dapatkan berat yg ideal dulu.
Untuk menguruskan badan kali ni..saya pilih untuk join Jom Kurus by Kevin Zahri. Dalam masa 3 bulan..dapat la kurangkan hampir 15kg.
4. HERBA
Ads
Selain dari rawatan moden, kami masih juga berusaha dengan rawatan tradisional. Saya jenis tak berapa minat dengan supplement2 moden. Saya lebih cenderung pada herba. Feel mcm org lama2 gitu.
Antara yang kami pernah cuba adalah buah zuriat. Buah ni kami dapat dari kawan-kawan & saudara mara yang pergi ke tanah suci. Buah ni dia punya keras..ya ampunn..sangat menguji kesabaran untuk dapatkan isinya.
Selain itu, kami pernah cuba air akar herbanika & phyto natal dari Nona Roguy (NR). Disebabkan nak support isteri..incik suami pun minum sekali. Terharu plak kita. Saya consult herba2 ni dengan Blessed Beauty Centre
5. UMRAH
Alhamdullilah..pada Mac 2017, saya diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bersama suami. Saya mengambil peluang ini solat taubat dan berdoa sepuas2nya supaya Allah mempermudahkan kami mendapat zuriat.
Selain tu, kalau dengar ada kawan2 @ saudara yang ingin ke tanah suci, saya tak akan lepaskan peluang untuk kirim doa. Mungkin doa2 mereka ini yang Allah makbulkan.
USAHA MANA YANG BERJAYA?
Ads
Saya tak tahu. Saya hanya berusaha. It’s natural pregnancy. Rezeki. Rezeki yang hadir apabila Allah merasakan kami telah bersedia.
Apa yang boleh saya katakan, tahun 2018 adalah tahun kegembiraan saya.
+ Saya gembira bila dapat kurangkan berat badan + Saya gembira kerana dapat TL PageKhas Mini yang sentiasa supportive menyokong journey kurus saya + Saya gembira bila dapat pergi hiking tiap2 minggu dan balik dengan baju yang lencun dengan peluh + Saya gembira kerana dapat buat photoshoot 10th years anniversary kami + Saya gembira bila dapat pergi backpacking holiday dengan Sofia Opie Azimah Ramli Azizan Binti Ramli WaNie’z Izani Don’t Be Sad Crunchiee Cookies (dah lama teringin sebenarnya tp x de geng) + Saya gembira bila dapat bercuti luar dari Malaysia berdua bersama suami (sebelum ni klau bercuti..mesti by group) + Saya gembira kerana nak pergi rides pusing Malaysia bersama suami (tapi aktiviti ni tak sempat buat)
Dan disaat kegembiraan kami berada di kemuncak..tiba-tiba saya dapat tahu yang saya pregnant. Rezeki yang sangat tak disangka-sangka.
Nasihat saya, ketika kita buat apa-apa pun..JANGAN STRESS. Redha dengan setiap dugaan dan ujian. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai majikan dan ahli keluarga yang sangat-sangat memahami. Terutamanya incik suami. 10 tahun 11 bulan kami hidup berdua ..tak pernah sekali pun kami merasa bosan.
Zuriat adalah rezeki dan urusan Allah. Kami jadikannya sebagai satu kelebihan. Kami habiskan masa kami berdua dengan melakukan aktiviti sama-sama. Support hobi each other. Allah uji kerana tahu kita boleh hadapi dugaan ini. So kita perlu bersyukur. Bukan calang-calang orang yang Allah pilih untuk dugaan ini.
Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha & berdoa. Lain-lain..kita serahkan kepada yang Maha Esa.
p/s: Satu lagi..jangan takut berjumpa mak cik-mak cik bawang. Ketika mereka tanyakan berkaitan zuriat..cepat-cepat minta mereka doakan pada kita. Cakaplah “makcik tolonglah doakan saya, mana tahu Allah makbulkan doa makcik”. Dari mereka nak membawang..terus tak jadi. Mereka akan rasa bangga pulak sebab kita minta mereka doakan kita. Jadi kita dah tak perlu stress untuk berjumpa sesiapa.
Perginya mu diiringi air mata dan doa semua orang. Berehatlah sayang. Dah habis kesakitan yang kamu tanggung selama ini.
Pemergian bayi yang menghidap kanser otak tahap empat dan kanser buah pinggang, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, petang semalam suatu berita yang cukup menyedihkan buat seluruh rakyat Malaysia.
Bayi berusia empat bulan itu menghembuskan nafas terakhir pada 4.30 petang di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.
Ibu bayi berkenaan, Khairiah Kamarudin, 35, berkata, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, reda dengan pemergian anak syurganya itu selepas beberapa bulan menderita sakit.
“Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami selepas bertarung nyawa sepanjang empat bulan.
“Saya dan suami pun dah bersedia terima sebarang kemungkinan yang berlaku sejak dia menjalani pembedahan baru-baru ini.
A post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
“Doktor pun beritahu mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana tumor semakin membesar,” katanya.
Terima Kasih Doakan Nishka
Khairiah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka dan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya serta suami selama ini.
“Walaupun sedih, namun saya dan suami reda dengan pemergian anak kerana dia terlalu kecil untuk menanggung derita,” katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, dekat Bachok.
Sebelum ini Nishka disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat selepas 21 hari dilahirkan dan turut dikesan menghidap penyakit kanser buah pinggang bulan lalu.
Kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini begitu membimbangkan. Dengan kenaikan kes positif mencecah lebih daripada 3,000 kes sehari ia seakan-akan memberi peringatan virus ini tak mengenal sesiapa untuk dijangkiti.
Dalam keadaan sekarang ini semua individu terdedah kepada risiko ini sama ada golongan kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas. Cuma masing-masing perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengamalkan gaya hidup dalam norma yang baharu.
Ini kerana virus ini tak dapat dilihat dan jika dijangkiti pun ada sesetengahnya tiada simptom tetapi apabila buat ujian disahkan positif.
Si kecil berusia 5 tahun ini disahkan positif COVID-19. Tiada simptom. Sebentar tadi dibawa ke hospital bersendirian dengan ambulans. Moga lekas sembuh dan segera discaj. Ameen. Ingat, COVID-19 tak kenal mangsa. Credit: Ira Hazwani pic.twitter.com/6v2R2YWEHB
Menerusi perkongsian di twitter TV AlHijrah yang diperoleh daripada Ira Hazwani, satu video kanak-kanak berjalan seorang diri dijemput petugas kesihatan menaiki ambulans untuk ditempatkan ke pusat kuarantin Covid-19 telah menarik perhatian ramai.
Pastinya situasi itu cukup sebak buat ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu lagi-lagi terpaksa berpisah dengan ahli keluarga buat sementara waktu.
Dalam video yang dikongsikan, ibu pada kanak-kanak itu sempat berpesan dan memberi kata-kata semangat sebelum bergerak ke arah ambulans
“Jaga diri, jangan nangis ok. Kakak good girl kan!”
Lagi buat sebak, kanak-kanak itu nampak sungguh tenang dan sempat berpesan untuk ibunya juga jaga diri.
Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri
Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan ramai terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Blogger dan insta famous, Farah Lee berterima kasih kepada bekas suami kerana sudi hadir menghantar dia dan anak, Maream Esabel ke lapangan terbang untuk pulang ke United Kingdom.
Farah dan anaknya pulang ke Malaysia pada akhir Ramadhan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama ahli keluarga yang lain. Dia sekarang menetap di UK kerana menyambung pelajaran dalam Master Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Penantin baru hantar #ommaream balik UK. First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat. Barakallahufik to both Daddy and Ibu.
Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay? Kurang sket pressure omma
Anyway, thanks semua for sending us off (termasuk yang di belakang gambar).
Terima kasih Malaysia walaupun tak terima kasih sangat sebab balik busy buat assignment, collect data masters thesis and settle @ommaesabel, Till we meet again taktau again tu bila.
Farah dan Ally Iskandar pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 4 tahun 10 bulan.
Netizen menyifatkan tahap pendidikan mereka membuatkan hubungan Ally dan Farah selepas bercerai masih baik kerana memahami emosi seorang anak yang sedang membesar dan tidak mementingkan diri masing-masing.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.