Kehamilan

Selama 26 Tahun Tunggu Generasi Lelaki, Anzalna Hadiahkan Baby Boy Untuk Keluarganya

Share

Pelakon Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki bakal menimang cahaya mata lelaki dalam tempoh sebulan lebih lagi.

Hampir memasuki usia kandungan lapan bulan, bayi lelaki itu bakal dilahirkan Jun ini.

Menurut Anzalna, ini adalah kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga (Nasir) dan yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarganya.

“Semenjak 1993, bapa saya menunggu anak lelaki kerana adik beradik saya semuanya perempuan.

“Cucu lelaki juga belum dapat lagi kerana sebelum ini, kakak saya telah melahirkan tiga anak perempuan.

“Sebenarnya, saya dan suami tak kisah jantina anak kami, asalkan bayi yang bakal dilahirkan sihat walafiat,” katanya.

Jantina anak sulung Anzalna yang juga Duta Eksklusif NR diumumkan di majlis pelancaran produk Ommey dan Baby Gender Reveal di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Sewaktu majlis pengumuman tersebut, menitik air mata ibu Anzalna selepas mendapat tahu bakal menimang cucu lelaki. Ibu mana yang tak sebak akhirnya ada juga lelaki dalam keluarga mereka selain bapa Anzalna dan menantu.

Tambah Anzalna, dia berharap proses bersalin anak pertamanya ini dipermudahkan.

Kata Anzalna, akhirnya penantian yang ditunggu selama 26 tahun untuk generasi lelaki dalam keluarga kami dimakbulkan Allah kerana kami berat pada perempuan.

“Alhamdulillah syukur dengan rezeki dari Allah dan saya mohon doa semua pihak agar proses kelahiran nanti dipermudahkan.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dirinya hamil pada awal Januari lalu.

Sementara itu, Anzalna yang dilantik sebagai Duta Ekslusif NR turut berterima kasih kepada pihak NR kerana memberi kepercayaan padanya membawa jenama ini ke peringkat yang lebih jauh lagi.

“Produk NR menjadi pilihan keluarga saya sejak dua generasi dan yakin keberkesanannya. Bermula dengan produk penjagaan wanita, ibu dalam pantang dan terbaru set penjagaan bayi Ommey.

“Sebenarnya saya takut untuk ambil ubat dan produk sebarangan. Tapi saya begitu yakin dan percaya dengan kualiti produk keluaran NR dan sedang menggunakannya sekarang serta akan digunakan ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin serta penjagaan bayi saya nanti,”kongsinya.

 

Published by
Wan Amy