
Kasih seorang ayah memang tiada tandingannya. Begitulah yang dapat dirasai menerusi perkongsian pelakon terkenal, Fattah Amin di laman sosialnya sempena ulang tahun kelahiran puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Menerusi hantaran penuh makna itu, Fattah menitipkan ucapan indah yang cukup meruntun hati para pengikutnya. Walaupun kini pelakon ini sudah bergelar suami semula, namun kasih dan cintanya terhadap Fatima tetap kekal di tempat pertama di hatinya.
“Selamat hari lahir anak Daddy, Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah. Selama-lamanya anak Daddy. Tak pernah sesaat pun kasih sayang Daddy berkurang pada Fatima.
Daddy sentiasa mendoakan Fatima selamanya membesar menjadi orang yang baik, anak solehah kebanggaan Daddy. I love you so much! See you soon..” – kata Fattah.
Ucapan itu jelas menunjukkan betapa dalamnya kasih seorang bapa terhadap anak perempuan yang dikasihinya. Fattah juga menggambarkan bahawa walau apa pun perjalanan hidupnya, Fatima tetap menjadi anugerah terindah dan prioriti dalam hidupnya sebagai seorang ayah.
Ramai warganet yang tersentuh membaca luahan itu, malah ada yang memuji sikap Fattah yang tetap mengutamakan anak biarpun kehidupannya kini sudah berubah dengan hadirnya suri hati baharu.
Perkongsian ini bukan sekadar ucapan hari lahir biasa, tetapi seolah-olah menjadi pengikat kasih antara ayah dan anak yang tidak akan pernah terlerai.
Kasih ayah bukan sekadar kata-kata, tetapi doa yang tidak pernah putus. Begitulah cinta Fattah Amin buat Fatima kasih yang tidak berubah walau masa berlalu, kasih yang sentiasa hidup dalam doa dan hati seorang bapa.
Sumber: fattahaminz