Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Johan dan isterinya, pelakon Ozlynn Wati yang selamat menimang cahaya mata keenam mereka pada Jumaat lalu.
Pastinya keluarga besar Johan dan isteri semakin bertambah meriah dengan kehadiran insan baru dalam keluarga mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan menerusi satu posting di Instagram Era FM yang turut memaparkan foto Johan sedang tidur memegang bayi di atas sofa.
“Alhamdulillah, isteri Johan selamat melahirkan cahaya mata baru mereka pada 3 September 2021.
“Semoga ibu dan bayi sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas daripada Team ERA!” tulis kapsyen tersebut.
Dalam pada itu, menerusi entri yang sama, isteri Johan, Ozlynn turut meninggalkan komen di entri berkenaan.
Ads
“Selamat berjaga malam tu, macam kuat ye idgham dia,” katanya sambil berseloroh.
Melewati Instagram pasangan itu, @jozlynnhanania, Ozlynn turut sama memuat naik beberapa keping gambar anak-anaknya setelah beberapa hari tidak bertemu.
Ads
“Rindu..tunggu mama balik ok,” tulisnya di kapsyen.
Pun begitu, sehingga ini pasangan ini tidak memaklumkan mengenai jantina bayi anak mereka.
Rakan-rakan selebriti turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi comel mereka.
Ads
Perkongsian tersebut pastinya turut sama mengejutkan para peminat memandangkan pasangan itu tidak pernah berkongsi berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.
Rata-rata wargamaya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas kehadiran cahaya mata keenam mereka itu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesarkan anak-anak satu cabaran yang besar buat ibu bapa hari ini. Bukan hanya dari aspek perkembangan anak sahaja tetapi dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit juga penting.
Usah sesekali mengambil mudah jika anak mengalami demam, selesema, sakit perut mahupun batuk. Ia mungkin petanda awal bagi penyakit yang lebih serius atau memerlukan rawatan segera.
Mungkin juga anak yang kerap sakit ini berpunca dari masalah pemakanan yang ramai ibu bapa tak perasan.
Melalui perkongsian dari seorang bapa ini apa yang dilakukan untuk anaknya mungkin boleh dijadikan panduan terutama aspek pemakanan buah mengandungi vitamin C untuk kuatkan antibodi anak.
Dulu anak saya selalu juga sakit-sakit. Selsema la batuk la. Memang sangat kerap.
Bagi antibiotik sebenarnya bukan penyelesaian masalah malah boleh tambah masalah lagi kalau sakit anak saya tu bukan disebabkan oleh bakteria. Silap haribulan boleh jadi antibiotic resistance!
Selsema dan demam ni kebanyakannya disebabkan oleh virus je. Kalau disebabkan oleh virus memang tak perlu antibiotik pun. Kalau guna antibiotik pun takde efek juga dan biasanya demam yang disebabkan oleh virus dia self-limiting, maksudnya demam tu akan sembuh sendiri.
Fikir punya fikir camne la nak bagi sistem imun anak saya ni kuat sikit. Mula-mula saya pun tak tahu jugak camne kan. Lepas isteri saya buat satu benda ni baru saya perasan anak anak saya dah jarang sakit sikit.
Nak tahu apa isteri saya buat?
Dia TUKAR BENDA YANG KAT DALAM PETI AIS je!
Senyap-senyap je peti ais saya ni makin banyak buah. Dia kurangkan makanan sejuk beku yang entah apa-apa tu dan ganti dengan buah yang tinggi kandungan Vitamin C macam buah oren, epal dan anggur.
Saya ni memang tak makan buah sangat sebenarnya jadi saya tak hiraukan sangat la kan tapi ada benda yang buat saya akhirnya jadi peminat buah buahan yang tegar! Saya perasan yang anak saya dah kurang demam, selsema dan sakit-sakit!
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Bila saya kaji rupanya Vitamin C dalam buah-buahan tu memang terbukti membantu sistem imun dan pertahanan tubuh untuk lawan kuman-kuman jahat dan bertindak sebagai antioxidant yang menurunkan risiko kanser pada anak kita.
Tolong ajar keluarga kita juga ye untuk penuhkan peti masing-masing dengan buah-buahan ni semua. Jangan-jangan sumber anak kita sakit selama ni datang daripada peti ais kita sendiri.
Kredit : Taufiq Rasul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir semua wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Dalam melengkapkan misi ini, tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi. Setiap cabaran yang dihadapi pasti akan ada cara untuk mengatasi.
Susu ibu, rezeki buat anak
Semua wanita bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi. ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang. Susu ibu dicipta oleh Allah SWT sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu.
Kebiasaannya, ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan-akan hilang arah dan tiada panduan penyusuan sejurus selepas melahirkan bayi. Ada juga golongan yang bersungguh mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi keliru apa yang sepatutnya dilakukan dek kurang sokongan dan ilmu penyusuan.
Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan dihasilkan dengan banyak sejurus selepas melahirkan. Sedangkan realitinya tidak. Bukan mudah untuk menjayakan penyusuan jika tiada sokongan padu daripada suami dan persekitaran. Penyusuan bukan sahaja tanggungjawab ibu, malah tanggungjawab ayah juga.
Ketahui kewujudan kolostrum
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu, badan menghasilkan susu sejak dari peringkat awalkehamilan iaitu pada fasa memogenesis (sekitar minggu ketujuh atau kelapan kehamilan).
Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu untuk menghasilkan kolostrum (laktogenesis 1) bermula. Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara telah menghasilkan susu!
Hebat sekali ciptaan Allah SWT kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu. Pada waktu ini, ada bayi yang dilahirkan pramatang. Walaupun bersalin awal, ibu tetap mampu menyusukan anak.
Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperoleh oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat. Salah satunya adalah zat antibodi (imunoglobulin). Selain itu, terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
Susu tiada selepas bersalin?
Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu lain hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan.
Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu, anda perlu:
Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku.
Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil.
Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam.
Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum keluar dan lebih banyak kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyak susu bakal terhasil.
Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya.
Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor penyebab yang lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya.
Pelekapan betul membantu melancarkan aliran susu ibu serta penghasilannya. Hal ini perlu diberi penekanan dalam penyusuan di peringkat awal kelahiran. Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara mudah melecet atau luka.
Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran. Ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan.
Pelekapan yang betul bukan hanya membantu anak mendapat susu yang cukup, ia juga memastikan anda menghasilkan bekalan susu mencukupi.
Bagi mengelak masalah puting merekah, sebaiknya anda menyapu susu ibu setiap kali selesai sesi penyusuan.Bantuan dan sokongan moral daripada suami dan keluarga amat diperlukan pada saat menyakitkan ini.
Pelekapan yang terbaik adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagu bersentuh dengan payudara, hidung tidak tertutup oleh payudara, bibir atas dan bawah melekap keluar. Bayi melekap di kawasan areola bukan bergantung pada puting semata-mata.
Bagi memastikan penyusuan berjaya, anda perlu merapatkan bayi secara mengiring dan rapat pada tubuh. Pastikan perut anda dan bayi bertemu. Lengan anda mengampu belakang dan punggung bayi dalam keadaan yang selesa.
Pelakon Eyra Hazali yang sudah sarat dan menunggu masa sahaja untuk bersalin berkongsi perkembangant terbaru dirinya yang akan melahirkan anak pertama pada bila-bila masa sahaja lagi.
Dalam perkongsian yang dibuat di Insta Story milik suaminya, Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gawang pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Eyra sudahpun memasuki wad bersalin dan dijangka melahirkan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup dengan bila-bila masa sahaja lagi.
Dalam posting tersebut, Haziq memohon doa daripada semua buat isterinya semoga segalanya dipermudahkan.
Manakala di IG Story Eyra Hazali Turut memuat naik video yang menunjukkan Haziq sedang membaca Al-Quran bagi menenangkan isterinya dan juga dirinya yang pasti berdebar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Untuk rekod, Eyra dan Haziq telah melangsungkan pernikahan pada 1 November 2019. Pasangan tersebut juga telah memaklumkan bahawa bakal menimang anak lelaki selepas Haziq memuat naik gambar pakaian bayi lelaki di Instagram miliknya sebelum ini.
Semoga dipermudahkan urusan bersalin Eyra Hazali!
sumber: IG Eyra Hazali & Haziq Nadzli
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu Jam 9 Malam di Astro Ria Saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.