Selamat Bersalin Anak Kelima, Suami Rita Sosilawati Luah Rasa Syukur

Share

Datin Rita Sosilawati yang merupakan usahawan kosmetik selamat menimang cahaya mata kelima iaitu bayi lelaki yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, jumaat lepas.

Berita gembira ini dikongsikan oleh suaminya Datuk Kamarulzaman Mohammad Hanafiah di aplikasi Instagram miliknya. Di dalam ruangan kapsyen, Datuk mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih di atas doa-doa dari semua pihak.

“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki jam 6.37 petang, 19 Mei (Jumaat).

Rata-rata rakan artis dan pengikutnya di Instagram mengucapkan tahniah di ruangan komen: 

 

Terdahulu, Rita memaklumkan dia pernah mengalami keguguran pada awal tahun lalu sebelum dikurniakan rezeki untuk hamil lahi pada hujung 2022.

Sekadar info, Rita dan Kamarulzaman mendirikan rumahtangga pada 4 Disember 2011.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
Humaira