Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya sekali lagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali Endometriosis di sebuah pusat perubatan, di sini, pada Khamis lalu.
Kali pertama Scha menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.
Scha ketika dihubungi berkata, dia lega selepas menjalani pembedahan itu dan berharap keinginan untuk menimang cahaya mata kedua dipermudahkan.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.
“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.
Menurut Scha, disebabkan ketumbuhan itu menyukarkan dirinya untuk hamil.
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Milk Booster Terbaik Hanya Guna Buah Tinggi Vitamin C. Antaranya Jus Avocado. Sedap Dan Mudah!
Ramai ibu menyusu berkongsi petua milk booster banyakkan susu ibu. Ada macam-macam petua makanan yang boleh banyakkan susu ibu. Antara yang popular adalah air barli, air longan, susu oat campur kurma dan macam-macam minuman lagi.
Tapi mungkin kita terlepas pandang atau ada yang tak tahu rupa-rupanya buah-buahan yang kaya dengan vitamin C boleh membantu ibu menyusu membanyakkan susu ibu. Ia dikongsi oleh Cik Ara Syikin Susuibupro di Youtube.
Dengan kata lain ia sangat mudah dan tak memerlukan anda untuk memasak atau melalui proses penyediaan membuat milk booster yang kadang kala mengambil masa lama.
Ibu boleh terus makan buah-buahan tersebut atau kalau rajin boleh dibuat jus sama ada hendak digabungkan dengan pelbagai jenis buah atau dicampur dengan susu segar dan coklat.
Kalau rasa malas nak buat sendiri, pergi sahaja ke kedai makan dan order jus buah tersebut. Yang penting ia mesti dijadikan amalan dan rutin supaya penghasilan susu ibu terus terangsang. Namun elakkan penggunaan susu pekat atau gula semasa membuat jus.
Ini antara jus buah yang boleh banyakkan air susu ibu.
- Jus avocado
- Jus betik
- Jus oren
- Jus lobak merah + susu segar
- Jus lemon/limau
- Jus nenas
- Jus mangga
- Jus jagung
- Jus tembikai
- Jus tembikai susu
- Jus epal
- Jus tomato
Cara membuat jus avocado
Bahan-bahan
1 biji buah avocado yang ranum
1 cawan susu segar
Sedikit sirap coklat cair
Beberapa ketul kiub ais
Cara-caranya
- Potong buah avocado 2 bahagian, buang bijinya. Korek isi avocado dengan sudu dan masukkan dalam blender.
- Masukkan susu, ais kiub dan sedikit air masak.
- Kisar sehingga halus. Ia akan semakin memekat. Tambah air kalau suka cair sedikit.
- Tuang ke dalam gelas dan masukkan coklat cair mengikut citarasa anda.
Cara buat jus tomato
Selain boleh membantu menambahkan susu ibu, tomato juga terkenal bagus untuk penjagaan kulit muka selembut kulit bayi kalau diamalkan selalu.
Bahan-bahan
1 biji buah tomato
1 biji buah epal merah
1/2 batang lobak merah
1 cawan susu segar
Cara-caranya
- Potong kecil tomato, epal dan lobak merah dan masukkan dalam blender.
- Masukkan susu segar dan kisar sehingga halus.
- Tuang ke dalam geas dan boleh tambah sedikit madu jika tak suka rasa terlalu masam.
Semoga dengan mengamalkan pemakanan sihat dan rajin makan buah-buahan secara mentah atau dibuat jus, makin bertambah banyaklah penghasilan susu ibu anda semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minum Air 5 Liter & Perlu Bekalkan 50 Auns Susu Ibu Sehari, Dr Halina Kongsi Pengalaman Menyusukan Anak Kembar
Minum 5 liter sehari dan perlu bekalkan 50 auns susu ibu sehari? Ini lah pengorbanan seorang ibu. Ikuti perjalanan penyusuan yang dikongsikan oleh Dr Halina ini.
Sebagai seorang ibu yang bekerja sebagai seorang doktor dan masih menyambung pelajarannya, Datin Dr Halina Mohd Yunos memang hebat kerana masih boleh mengekalkan penyusuan susu ibu kepada bayi kembarnya, Adam dan Noah yang kini berusia hampir 9 bulan. Syabas!
Perkara ini dikongsikan beliau di dalam blog Barely Supermommy yang menceritakan tentang perjalanan penyusuan susu. Beliau pada awalnya tidak yakin untuk menyusukan bayi kembar tetapi bersyukur kepada Allah kerana masih mampu menyusukan kedua-dua anak lelakinya itu. Penyusuan tidak mudah bagi seorang ibu, sentiasa belajar tetapi jangan sekali-kali berputus asa.
MAKANAN LAKTOGENIK
Suri hati Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini juga telah berkongsi tentang isi kandungan sebuah buku mengenai tip menambah susu ibu. Buku yang telah ditulis oleh konsultan penyusuan Alicia C. Simpson itu telah membariskan makanan laktogenik yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Makanan laktogenik ini memberikan kesan yang berbeza kepada setiap ibu.
Dr Halina memetik beberapa jenis makanan laktogenik daripada buku tersebut. Antaranya ialah
- Barley & malt : Ia adalah apa yang dilakukan oleh ibu Dr Halina. Kandungan beta glucan meningkatkan hormon prolaktin yang berfungsi dalam penghasilan susu ibu. Ibunya kerap menyediakan minuman malt semasa beliau di dalam pantang kerana kandungan malt di dalamnya. Malah semasa menyusukan anak pertamanya Bella, ia berkesan untuk menambah susu ibu.
- Oats : Ia juga mengandungi beta glucan yang tinggi. Steel-cut oats & rolled oats ialah pilihan terbaik untuk ibu menyusukan, bukan oat segera. Pilih jenis oat yang betul. Dr Halina kerap mengambil overnight oats dengan mencampurkan pisang, chia seed, biji rami, mentega kacang & susu badam sebagai snek pada jam 10 pagi.
- Bjirin penuh: Barli, oat, gandum penuh dan beras perang. Kesemua bijirin in kaya beta glucan.
- Moringa atau merunggai: Dr Halina mengambil teh merunggai (dengan merendamkan daun merunggai ke dalam air) di mana kesan laktogenik terhasil apabila iamemberikan kesan kepada kelenjar pituitari anterior dan susu akan meningkat 48 jam selepas diambil. Beliau masih mengambil dan masih berkesan kepadanya.
- Brewers’ yeast : Rasanya agak pahit dan hanya diletakkan di dalam overnight oats. Dr Halina mengingatkan Brewers’ yeast mungkin boleh menyebabkan kembung perut.
- Halba : Dr Halina mengambil teh halba. Noah tidak mengalami apa-apa kesan tetapi Adam alami kembung dan sukar buang air besar. Jadi, beliau tidak lagi mengambil halba.
- Milk thistle : belum pernah dicuba beliau sendiri
- Betik : Buah ini juag makanan laktogenik tapi Dr Halina belum mencubanya untuk menambah susu ibu.
- Fennel/ Adas : Selalu digunakan sebagai bahan penyediaan teh dan biskut untuk ibu menyusu.
Makanan penambah susu yang masih diamalkan Dr Halina sehingga kini ialah teh merunggai dan oat.
MINUM BANYAK AIR & PAM KERAP
Antara perkara yang dilakukan oleh beliau sehingga kini untuk memastikan susu ibu mencukupi untuk Adm & Noah ialah;
- Minum banyak air untuk memastikan dirinya sentiasa terhidrat. Beliau sendiri meminum 5 liter air sehari untuk memastikan sentiasa terhidrat dan menghasilkan susu yang cukup. Tidak terkiranya ulang alik ke tandas kerana meminum air yang banyak, tetapi itulah pengorbanan ibu muda ini untuk menghasilkan susu yang cukup untuk anak kembarnya.
- Dr Halina memerah dengan kerap. Pemerahan kerap amat penting untuk mengosongkan payudara. Apabila payudara kosong, maka otak akan merembeskan hormon prolaktin dan memberi isyarat kepada mammary gland pada payudara untuk menghasilkan susu. Tiga bulan pertama selepas bersalin, Dr Halina memerah setiap kali selepas menyusu si kembarnya. Walau pun pada mulanya hanya memperoleh 0.5 auns, tetapi dalam jangka masa panjang, jumlah susu makin meningkat, dengan izin Allah.
PERLU BEKALKAN 50 AUNS SEHARI UNTUK SI KEMBAR
Anak kembar beliau, Adam dan Noah memerlukan 5 auns susu setiap kali menyusu pada jam 5 hingga 6 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari (selepas makan tengah hari), 4.30 petang dan 8 malam. Jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk kedua-dua bayinya ialah 50 auns sehari di samping makanan pelengkap! Sebab itu Dr Halina berusaha kuat untuk memerah. Inilah sebenarnya pengorbanan ibu!
MASIH MINUM KOPI
Dr Halina masih mengambil kopi walau pun menyusukan bayi kembarnya. Semasa bayi-bayinya kecil, jumlah yang diambil tidak banyak kerana bimbang kesan kafein kepada bayi yang boleh menyebabkan masalah sukar tidur atau gelisah. Beliau menyarankan kepada ibu yang mempunyai bayi yang masih kecil, kurangkan pengambilan kafein kerana organ dalaman bayi masih belum berfungsi dengan efisien untuk menyingkirkan kafein dalam badan mereka.
Beliau berharap perkongsiannya itu boleh memberikan manfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan.
Sumber: Barely Supermommy & Instagram Datin Dr Halina
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seminggu Lahir Timbul Tanda Merah. Ibu Ingat Gigitan Nyamuk Rupanya Tumor Bukan Kanser
Semasa dilahirkan bayi ini tiada sebarang tanda, namun seminggu selepas dilahirkan timbul tanda merah pada dahi sebelah kiri. Sekali imbas seperti satu titik kecil, namun tak disangka-sangka ia rupaya salur darah yang membentuk tumor bukan kanser iaitu hemangioma.
Perkongsian Puan Liyana Dhabitah tentang apa yang terjadi kepada anak pertamanya yang dilahirkan pada 22 Januari lalu membuka mata para ibu agar tidak mengambil lewa setiap tanda yang wujud pada tubuh bayi baru lahir.
Perkongsian ibu ini menerima 1,500 reaksi dan ramai beranggapan informasi yang dikongsikan ini membuka mata dan bermanfaat bagi memberikan kesedaran tentang hemangioma.
Liyana yang dihubungi Pa&Ma berkata selepas bersalin dia membawa bayi ke sebuah klinik dan mungkin klinik berkenaan tidak biasa dengan hemangioma. Hati ibu rasa cuak lihat kelainan, semakin hari titik berkenaan makin membesar dan pekat warna merahnya.
“Memang ada saya mengadu kepada suami yang berada di Kuala Lumpur manakala saya berpantang di kampung. Suami cadang lepas habis pantang baru nak mintak refer letter dari klinik kesihatan asal. Tapi tergerak hati nak balik pntang sekejap kat Luala Lumpur masa baby 3 miggu Masa tu bby tak berak 5hari. Saya dan suami memang apa apa sikit cari doktor. Pasal anak memang kami tak tggu lama.
KE KLINIK ANAK TAK BUANG AIR BESAR, DOKTOR PERASAN ADA HEMANGIOMA
“Doktor yang merawat anak sayalah yang alert saya pasal hemangioma ni. Hemangioma di sini sgt meluas pengetahuan pengamal perubatan sini compare dgn kampung saya. Mmg mereka familiar.
“Masa kat rumah lps smggu lahir baru muncul Yg tegur dan tnya cuma nurse klinik desa yg melawat. Mereka kurang familiar dgn bahaya tanda lahir merah ni. Sy ckp ruam mereka iyakan sahaja seabb memang kecil sangat macam gigit nyamuk pun ada mulanya.
MULA MENCARI INFO MENGENAI HEMANGIOMA
“Waktu saya tau sepatutnya kena follow up pakar dan nama tanda lahir tu hemangioma, sebelum temujanji saya dan suami study pasal ni. Kami baca segala article research tentang hemangioma. Banyak jumpa yang English sebab perubatan hemangioma lebih lama dan lebih meluas kat luar negara.
“Memang risau sebab baca ia adalah disebabkan kelainan pada salur darah. Hemangioma mmg biasa terjadi dalam kalangan kanak kanak, cuma di malaysia jrg dibincangkan. Mmg risau sangat sebab saya pun tak tahu hemangioma anak sy ni jenis aktif atau pasif. Memang baru 1cm tp semakin besar.
SEMASA LAHIR WAJAH BERSIH TANPA SEBARANG TANDA
Salam ibu ibu semua. Harini saya nak share awareness mengenai tanda lahir berwarna merah. Saya pertama kali menjadi ibu pada 22/1/2019 kepada seorang bayi lelaki yg lahir dgn wajah bersih tanpa sbrg tanda lahir.
SELEPAS SEMINGGU ADA TITIK ATAS KENING SEPERTI GIGITAN NYAMUK
Selepas semiggu ada satu dot (titik) warna merah kat dahi, atas kening dia mcm kesan gigitan nyamuk, kecik sgt. Saya igt kena gigit nyamuk tak pon ruam. Makin hari mkin besar. Saya pantang kat kmpg. Nurse yg melawat pon ingat ruam.
KE KLINIK UNTUK TUJUAN LAIN, DOKTOR PERASAN ANAK ADA HEMANGIOMA
Tergerak hati nak balik KL lps 3 mggu usia baby. Masa kat sini saya dok rungsing baby tak berak 5hari so bwk ke klinik pakar kanak kanak untuk meleraikan kerunsingan. Biasa la first mom bnyk kemusykilan.
Kebetulan doktor incharge hari tu pakar. Dia ckp klw fully breastfeeding baby tak berak smggu pon takpa. ?Pastu dia tanya sambil belek dahi baby, “dah refer hospital ke tanda lahir ni”? .. lahhh kena refer hospital??????
BAHAYA KALAU TERJADI DEKAT MATA, MULUT, TELINGA & ORGAN DALAMAN
Doktor bgtau tanda lahir tu nama HEMANGIOMA. Tanda lahir ni boleh jd tak bahaya dan tak memerlukan rawatan bergantung pada lokasi tanda lahir,size dan tahap keaktifan. Sgt bahaya klw naik kat tempat yg hampir dgn mata mcm baby saya,mulut,telinga,malah ada kes yg naik kat organ dalaman.
KALAU ADA, RUJUK HOSPITAL SEGERA
Sebab tu la kena refer pakar hospital. Nampak ja ada tnda, tak kisah la apa size dan warna pon. Saya nasihat kan sila mintak surat rujukan dr KK tempat checkup anak terus refer dgn hospital. Jgn dgr ckp org skliling ala takpa nt hilang sendiri ka apa. Anak kita tggungjwb kita. Anak saya skrg on ubat dr usia 3bulan,skrg dia dah 6bulan.
AWAS KALAU TERCAKAR, BOLEH AKIBATKAN PENDARAHAN TERUK
Kena continue ubat smpai laa doktor puas hati dgn tahap pengecutan hemangioma dia. Kena bwk check up hospital untuk monitor progress. InsyaAllah bila dah sepenuhnya hilang nt warna merah akan jd warna kulit. Jgn tggu smpai dah membenjol baru nak rawat. Bahaya ya klw anak dah start cakar kwsn merah tu. Boleh bleeding teruk sbb merah tu adalah salur darah! Boleh google skrg apa itu HEMANGIOMA.
Sumber: Liyana Dhabitah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI