Tahniah diucapkan buat penyanyi, Syura Badron yang telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bharu, pada Isnin lalu.
Bayi yang ditunggu ramai itu dilahirkan dengan seberat 2.5 kilogram secara normal. Akui Syura, dia selesa dan memilih untuk bersalin di Johor kerana sebelum ini doktor yang sama menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.
Bahkan kata Syura lagi, selepas lama tidak melalui proses melahirkan anak, dia juga berasa bimbang jika berlaku sebarang komplikasi atau perlu melahirkan secara pembedahan. Apatah lagi ini kali pertama dia bersalin dalam tempoh 12 tahun.
“Syukur Alhamdulillah proses bersalin semua dipermudahkan. Saya pilih untuk bersalin di sini (Johor) sebab bimbang jika perlu dibedah, maklumlah usia pun sudah meningkat.
“Selepas 12 tahun, pelbagai perasaan yang saya rasakan. Memang teruja tapi dalam masa sama ada sedikit rasa janggal. Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru,” katanya.
Ads
Syura turut berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik video di Instagram miliknya. Bukan itu sahaja bahkan bayi lelaki comel itu juga sudah pun diberikan nama yang cukup indah.
“Assalammualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof,” tulis Syura di Instagramnya.
Dalam pada itu, Syura berkata, suaminya teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka dan turut menemaninya saat melahirkan di dewan bersalin.
Ads
“Mestilah suami teruja sebab ini kali pertama dia bergelar seorang ayah. Dia yang sambut bayi kami semalam sampai menggigil tangannya apabila melihat anak kami.
“Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru,” ujarnya.
Jelas Syura lagi, dia akan menjalani proses berpantang di Kuala Lumpur sambil ditemani anak-anak dan ahli keluarga.
Ads
Terdahulu, Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan ini merupakan perkahwinan kedua penyanyi tersebut. Syura turut dikurniakan tiga orang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulunya, Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14 dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.
Seorang kanak-kanak lelaki mengalami tujuh serangan jantung apabila dia disengat oleh salah satu kala jengking paling berbahaya di dunia ketika memakai kasutnya, baru-baru ini, Di Rio de Janeiro, Brazil.
Disengat kala jengking kuning
Menerusi laporan New York Post, Luiz Miguel Furtado Barbosa, 7, meninggal dunia pada 25 Oktober di sebuah hospital, dua hari selepas dia disengat oleh kala jengking kuning Brazil atau Tityus serrulatus, spesies dengan racun yang sangat toksik. Kala jengking itu telah menyebabkan ribuan orang maut di negara itu.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang tinggal di bandar Anhembi di Sao Paulo sedang membuat persiapan untuk menyertai perkhemahan. Pada waktu tersebut, Luiz Miguel sedang memakai kasutnya untuk bersiap.
Sebaik memakainya, dia menjerit kesakitan. Oleh kerana kami tidak menjumpai apa yang menyengatnya, kami terus mencari. Tetapi kakinya mula merah menyebabkan kesakitan.
Menurut ibu kepada Luiz iaitu Proenca Furtado, mereka menggeledah rumah untuk mengetahui apa yang menggigit anaknya itu. Hampir lima minit menggeledah, akhirnya mereka melihat kala jengking kuning yang digeruni itu.
Luiz dibawa ke Hospital das Clínicas de Botucatu, di mana ubat penawar untuk kala jengking boleh didapati. Ketika di unit pediatrik, Luiz mengalami tujuh kali serangan jantung sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa melaksanakan inisiatif bersepadu dan pendekatan mesra pelanggan untuk membantu serta memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman termasuk mengadakan pelbagai kempen.
Pada tahun 2025, PTPTN tampil dengan Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! bertujuan untuk menggalakkan peminjam melaksanakan bayaran balik pinjaman PTPTN secara konsisten pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan menggunakan platform myPTPTN di samping menghebahkan kepada orang ramai mengenai kelebihan transaksi tanpa tunai. Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang menggunakan aplikasi myPTPTN. Tempoh kempen mulai 1 Januari 2025 sehingga 31 Mac 2025.
PTPTN Tawar Hadiah Wang Tunai Berjumlah RM25,000!
Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 untuk 25 orang pemenang. Setiap pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM1,000 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Kempen ini juga menawarkan kategori khas istimewa buat pelanggan baharu yang ke-2.5 juta berjaya memuat turun dan membuat pengesahan identiti di myPTPTN. Pemenang berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2,500 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN.
Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Minimum RM100
Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik pinjaman pendidikan dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat 10 cabutan dan penyertaan adalah secara automatik. Selain itu, pengguna myPTPTN yang baharu mendaftar dalam tempoh kempen layak mendapat 20 cabutan.
#PTPTNBolehBincang Dan #PTPTNSediaBantu
Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Peminjam boleh menggunakan aplikasi web myPTPTN untuk membuat rundingan bagi pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan mereka. PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNBolehBincang dan #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan berkaitan pinjaman dan bayaran balik dengan menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan yang mudah, cepat dan selamat.”
“Selain itu, kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! adalah kempen untuk menggalakkan lebih ramai peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka agar kelestarian dana pendidikan dapat diteruskan untuk generasi akan datang. Melalui kempen ini juga peminjam PTPTN yang memenangi hadiah wang tunai akan menerima tambahan kewangan yang secara tidak langsung membantu mereka membayar balik pinjaman,” ujar beliau.
PTPTN berharap dengan penganjuran kempen ini akan meningkatkan kesedaran peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui aplikasi myPTPTN. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! layari portal rasmi di www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi myPTPTN untuk mendapatkan notifikasi dan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila dan di mana sahaja dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diceraikan suami selepas lahirkan anak berkulit gelap. Pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak melalui prosedur ‘caesarean’ bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bayinya berkulit gelap.
Diceraikan Suami Selepas Lahirkan Anak Berkulit Gelap
Akhbar China Times melaporkan kejadian itu menimpa ibu berusia 30 tahun di Shanghai, China selepas suaminya tergamak meminta ujian paterniti ke atas bayi lelaki mereka hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.
Wanita itu kemudiannya menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kisah sedih tersebut dan turut meminta nasihat para ibu lain bagi menangani situasi berkenaan.
Foto: Agensi
“Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan,” kongsinya.
Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu gelap dan berlainan daripada mereka.
“Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki kulit hitam,” tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah berlaku curang kepada suaminya.
Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
“Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.