“Selamat Datang Sayang Daddy Mommy” Syura Selamat Bersalin, Pilih Nama Indah Untuk Anak!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Syura Badron yang telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bharu, pada Isnin lalu.

Bayi yang ditunggu ramai itu dilahirkan dengan seberat 2.5 kilogram secara normal. Akui Syura, dia selesa dan memilih untuk bersalin di Johor kerana sebelum ini doktor yang sama menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.

Bahkan kata Syura lagi, selepas lama tidak melalui proses melahirkan anak, dia juga berasa bimbang jika berlaku sebarang komplikasi atau perlu melahirkan secara pembedahan. Apatah lagi ini kali pertama dia bersalin dalam tempoh 12 tahun.

“Syukur Alhamdulillah proses bersalin semua dipermudahkan. Saya pilih untuk bersalin di sini (Johor) sebab bimbang jika perlu dibedah, maklumlah usia pun sudah meningkat.

“Selepas 12 tahun, pelbagai perasaan yang saya rasakan. Memang teruja tapi dalam masa sama ada sedikit rasa janggal. Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru,” katanya.

Syura turut berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik video di Instagram miliknya. Bukan itu sahaja bahkan bayi lelaki comel itu juga sudah pun diberikan nama yang cukup indah.

“Assalammualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof,” tulis Syura di Instagramnya.

 

Dalam pada itu, Syura berkata, suaminya teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka dan turut menemaninya saat melahirkan di dewan bersalin.

“Mestilah suami teruja sebab ini kali pertama dia bergelar seorang ayah. Dia yang sambut bayi kami semalam sampai menggigil tangannya apabila melihat anak kami.

“Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru,” ujarnya.

Jelas Syura lagi, dia akan menjalani proses berpantang di Kuala Lumpur sambil ditemani anak-anak dan ahli keluarga.

Terdahulu, Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan ini merupakan perkahwinan kedua penyanyi tersebut. Syura turut dikurniakan tiga orang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulunya, Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14 dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.

Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM