Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shakilla Khoriri yang telah pun selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Fariz Zulkepley dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam semalam.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Ameena Sofia itu turut berkongsi beberapa keping gambar momen bahagia ketika majlis berlangsung semalam.
Jelas terpancar wajah kebahagiaan Shakilla yang selama ini melalui momen duka dalam membesarkan anaknya sendirian.
“Selamat datang Uncle Fariz. Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran keluarga dan teman-teman rapat.
“Majlis yang kecil dan tertutup. Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.
Ads
“Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami,” tulisnya di Instagram.
Kembali bergelar isteri. Namun kata Shakilla lagi, dia akan sedaya upaya menjaga amanah dan tanggungjawab ini selain membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.
“Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.
Ads
“Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni. Terima Kasih atas doa-doa kalian pada kami bertiga,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Ramai yang mengenali Irin Putri Azmi melalui rancangan TV satu masa dahulu tetapi kini dia lebih ramai follower kerana pendedahan tentang autisme yang dibuat melalui media sosialnya. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak autisme, Irin mengambil peluang sebagai seorang pempengaruh untuk berkongsi ilmu dan pengalaman membesarkan Raees Aryan.
Mempunyai semangat juang yang tinggi, Irin sering bercerita tentang aktiviti anak sulungnya itu yang mempunyai bakat dalam bidang muzik. Bahkan Raees boleh memainkan sesebuah lagu hanya dengan mendengarnya tanpa perlu merujuk not muzik.
Baru-baru ini Irin telah membawa Raees untuk berjumpa dengan penyanyi hebat, Marsha. Menurut Irin, lagu Marsha berjudul Hening Rindu merupakan lagu kegemaran Raees buat masa ini. Apabila dapat bertemu dengan penyanyi lagu tersebut, Raees nampak gembira tetapi malu-malu.
Marsha kemudiannya meminta Raees untuk memainkan lagu tersebut dan dia kemudiannya menyanyi bersama-sama. Namun yang menyentuh perasaan ramai orang adalah apabila Marsha tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika melihat Raees memainkan lagu tersebut dengan begitu baik.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji bakat Raees serta turut melahirkan rasa tersentuh mereka melihat Marsha menyanyikan lagu itu bersama Raees.
Selesai menyanyi, Raees terus bangun dari kerusi dan kelihatan segan semula. Tidak dinafikan bakat Raees sangat besar dan harus diberikan pujian. Good job Raees!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi sepotong video yang memperlihatkan dia berada di kota Paris.
Semuanya untuk membeli barangan keperluan bayi bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
Tambah Intan lagi, kunjungannya ke Paris merupakan persiapan akhir buat bayinya yang merupakan seorang bayi perempuan.
“It’s a hot chocolate and shopping day for my baby girl.
Menerusi video pendek yang dikongsikan itu, dapat dilihat, Intan bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman berada di sebuah pusat beli belah dan sedang memilih pakaian buat bayi perempuan yang bakal dilahirkan kelak.
Intan turut memilih sehelai baju berwarna merah jambu yang cukup cantik serta beberapa aksesori dan mainan buat bayinya nanti.
Intan sebelum itu dilihat menghabiskan masa dan bersantai bersama suami bagi menikmati secawan air coklat. Memang mengujakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menumpang gembira melihat kehidupan Intan bersama suami malah tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung mereka.
Warganet turut mendoakan kelahiran cahaya mata yang dinantikan semua itu dipermudahkan sehingga melahirkan kelak.
Terdahulu, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Johor.
Dalam kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kedua, penyanyi dan pengacara, Aril Pilus memberitahu hatinya masih bimbang memikirkan isteri iaitu Puteri Erma Adlina Megat Ami yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim.
“Assalamualaikum, syukur atas kurniaan Allah swt, isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20pagi, alhamdulillah, walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum stabil, kesan daripada pendarahan yg tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yg melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti.. setelah mendapat nasihat daripada Dr, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam OT untuk proses pembuangan fibroid dan rahim.. doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala.. amin
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu”
Walau bagaimanapun, Airil memaklumkan bahawa isterinya, terpaksa dimasukkan ke dalam bilik pembedahan sekali lagi bagi menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan (fibroid) yang melekat di bahagian servik dan rahim.
Di akhir hantarannya itu, Aril memohon doa orang ramai agar segala urusan isterinya selepas menjalani pembedahan dipermudah.
Sekadar info, Aril dan Puteri Erma mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Disember 2013 yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 8.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!