Tambah seorang lagi hero! Tahniah diucapkan buat pasangan doktor selebriti, Dr Say dan Dr Azura Abas yang telah selamat menimang seorang lagi cahaya mata lelaki mereka semalam.
Menerusi Instagramnya, Dr Say berkongsi perkhabaran bahagia itu kepada seluruh pengikutnya.
Bayi seberat 3.34kg yang dilahirkan pada jam 8.16 pagi semalam dilahirkan dalam keadaan sihat. Wajah comel kemerah-merahan itu sudah semestinya menjadi pelengkap bahagia Dr Say sekeluarga.
Menerusi entri yang sama juga, Dr Say turut memuat naik wajah comel bayi ketiganya yang diberikan nama, Zeqriel.
“Welcome Our 3rd Son, Zeqriel. Assalamualaikum semua, nama saya Zeqriel. Uncle aunty tak perlu google ape maksud Zeqriel sebab daddy cakap dia nak bagi nama saya rhyme dengan abang-abang jadi takde maksud hihi.
Ads
“Saya lahir pukul 8.16 pagi tadi. Berat saya 3.34kg. Sy dengar, ramai yang teka-teka jantina saya sebelum saya keluar.
“Ramai jugak yang teka saya gegirl berdasarkan ketajaman perut mommy, tapi so far bila saya tunduk tadi, saya nampak bebird jadi kiranya saya boboy, he/him. Uncle dengan aunty jangan terduduk pulak. Yang penting saya sihat, Alhamdulillah.
“Anyway tadi mommy daddy cakap saya ada 2 abang kat rumah. Sorang nama Aezriel dipanggil Ace, sorang nama Sefriel dipanggil Sef. Jadi mommy daddy cakap, boleh panggil saya Zeq.
Ads
“Katanya abang-abang saya tak sabar nak main dengan saya tapi saya kecik lagi jadi saya kena minum susu banyak-banyak, tidur banyak-banyak bagi badan saya besar sikit, baru saya boleh main dengan abang-abang saya nanti.
“Anyway nice meeting uncle & aunty semua,” tulisnya di kapsyen.
Semoga kehadiran si comel Zeqriel semakin mencambah rasa bahagia Dr Say sekeluarga. Tahniah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kehadiran ahli baru dalam keluarga pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua. Apatah lagi ibu yang hamilkan bayinya selama sembilan bulan atau juga buat pasangan yang sudah lama menantikan kehadiran zuriat sebagai pelengkap keluarga.
Ia sudah semestinya menjadi perkhabaran gembira buat ahli keluarga yang lain terutama buat insan yang bergelar datuk dan nenek selain buat pasangan yang baru menerima kehadiran bayi yang baru dilahirkan.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Datin Tengku Zawyah Tengku Izham yang menggunakan nama Teezac di laman Instagramnya, beliau berkongsi berita gembira mengenai Izara Aishah yang telah pun selamat melahirkan bayi perempuan melalui IG story di laman tersebut.
Menurut perkongsian yang dibuat, menantunya itu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9kg semalam. Beliau juga percaya Izara akan menjadi seorang ibu yang penyayang terhadap anaknya.
Untuk rekod Izara Aishah dan Muhammad Adib melangsungkan perkahwinan pada November 2017. Berita tentang kehamilan Izara memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
Sekitar September tahun lalu, Izara mengumumkan untuk cuti berlakon, yang mana sedikit sebanyak membuatkan para peminat dapat mengagak bahawa pelakon ini sedang hamil. Pada Januari tahun ini Izara mengambil keputusan untuk mewar-warkan kehamilannya. Dan kini pelakon Ombak Rindu The Series ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.9kg.
Tahniah diucapkan kepada Izara Aishah dan suami Muhammad Adib dengan kelahiran puteri sulung mereka. Pastinya dengan kehadiran si kecil ini akan menyerikan lagi kehidupan pasangan suami isteri ini. Selamat berpantang juga buat Izara.
Ibu yang sarat mengandung, pastikan anda sentiasa bawa barang keperluan bayi bersama ke mana sahaja anda pergi ya. Mungkin bagi ibu yang sudah berpengalaman melahirkan bayi beranggapan ia perkara remeh tapi kena ingat setiap kelahiran anak itu berbeza pengalamannya.
Tak semestinya anak pertama anda bersalin genap 40 minggu maka kelahiran anak kedua pun akan sama. Apatah lagi bagi ibu yang pertama kali melahirkan bayi, jangan ikut pengalaman ibu lain kerana setiap orang berbeza-beza pengalaman bersalin.
Pesanan penting yang dikongsi oleh Rosnalizawati Hamzah, jururawat yang berpengalaman bertugas di dewan bersalin sebuah hospital awam ini patut dijadikan panduan berguna oleh semua ibu yang sedang mengandung.
BERSALIN – APA YANG PERLU DI BAWA?
“Encik, ada bawa lampin bayi tak?” Seorang jururawat bertanya kepada suami pesakit.
“Tak ada nurse. Saya tinggalkan dalam kereta,”
Tidak kurang juga ada yang menjawab begini. “Eh, tak ada lah. Ada kat rumah mak saya kat kampung. Saya ingat belum masanya nak bersalin sebab baru 36 minggu. Tak sangka tengah jalan-jalan, air ketuban pecah,”
Satu lagi jawapan “Saya ingat lambat lagi nak bersalin sebab tarikh jangka bersalin seminggu lagi,”.
Kepada yang bakal menyambut orang baru, tahniah diucapkan. Bagi yang akan menyambut anak pertama, nah. Sedikit maklumat untuk membantu anda membuat persediaan.
Persediaan Fizikal: 1) Bajet Lakukan persediaan awal dengan menyediakan bajet yang mencukupi untuk proses bersalin normal dan bersalin melalui pembedahan sekiranya perlu. Jangan bimbang, kos bersalin di hospital kerajaan berpatutan dan tidak akan mencecah ribuan ringgit sampai boleh beli tiket pergi ke London.
2) Lokasi hospital Kenal pasti hospital yang berhampiran dengan rumah anda atau lokasi yang anda sedang berada bagi memudahkan anda untuk datang ke hospital dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.
Sekiranya anda mengandung anak yang kedua dan ke atas, atau mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik, anda disarankan bersalin di hospital yang sama dengan kelahiran anak pertama bagi memudahkan pihak hospital melihat semula rekod lama anda sekiranya terdapat masalah.
3) Buku Merah Sila bawa buku mengandung anda yang berwarna merah jambu tu di dalam beg anda dan bawa ia ke mana-mana saja anda pergi bagi memudahkan keadaan sekiranya berlaku kecemasan. Tidak perlu membawa buku merah seperti yang disebut oleh Zizan Razak di dalam lagu ‘Bawa Daku Pergi’. Itu buku merah pasport. Kalau buku mengandung anda warna lain pun tak apa, asalkan ada bukunya. Persediaan tu penting ya.
4) Surat Nikah Sila bawa surat nikah/kad nikah (jika perlu) bagi membolehkan suami anda menemani anda di dalam dewan bersalin. Di hospital kerajaan, hanya suami yang sah sahaja dibenarkan menunggu di dewan bersalin. Bakal suami, bekas suami ataupun skandal tidak dibenarkan ya.
5) Maternity Pad Kerapkali suami akan bertanya “Hospital tak sediakan ke? ” Anda dinasihatkan supaya membawa sendiri maternity pad kerana pihak hospital tidak ada menyediakan. Jika terlupa bawa, boleh dapatkan di hospimart berhampiran lobi hospital. Kenapa mesti maternity pad? Kerana maternity pad lebih tebal dan lebar. Cuba bandingkan pad maxi lebresse, kotex dengan maternity pad? Tak sama kan? Itu salah satu contohnya la.
6) Pakaian ibu Elakkan daripada membawa pakaian yang terlalu banyak seperti anda baru sahaja lari dari rumah mak mentua kerana pihak hospital ada menyediakan pakaian hospital yang berwarna merah jambu. Cukup dengan hanya membawa baju untuk dipakai semasa discaj nanti. Kalau nak bawa dalam 2-3 persalinan pun masih dikira ok. Cuma jangan bawa satu almari.
Dan, suatu perkara lagi. Sila bawa seluar dalam yang bersesuaian dan disarankan seluar dalam di atas paras pusat bagi tujuan keselesaan ibu dan menjaga luka pembedahan sekiranya pembedahan terpaksa dilakukan. Harapnya dapat bersalin secara normal la ye. Janganlah request pembedahan.
7) Pakaian bayi Seperti juga pakaian ibu, tidak perlu membawa pakaian bayi yang terlalu banyak kerana jika tiada apa-apa masalah, ibu dan bayi akan dibenarkan discaj dalam masa 24 jam. Jika bayi anda terpaksa dimasukkan ke sekolah asrama pun (dimasukkan ke wad kanak-kanak), bayi anda anda juga akan dipakaikan pakaian hospital.
Bagi ibu yang sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda juga boleh membeli keperluan bayi ini secara online sahaja. Untuk lebih penjimatan, DPAMkini sedang mengadakan promo ‘free shipping’ untuk semua barangannya mulai 25 hingga 31 Julai 2019. Gunakan kod promo DPAMFS untuk dapatkan harga istimewa di DPAM!
Sila bawa bekalan lampin pakai buang yang mencukupi dan tidak dilupakan peralatan bayi seperti bedak bayi, syampu, losyen, tisu basah dan apa sahaja yang berkaitan.
8) Bahan makanan Elakkan daripada membawa makanan yang terlalu banyak sehingga penuh almari seolah hendak berpiknik di PD ataupun Cherating dan bawa makanan yang dirasakan perlu sahaja. Bukan apa. Simpati pada suami yang mengangkut bakul besar ke sini sana. Bawa yang dirasakan perlu sahaja. Jangan pula bawa jajan sampai penuh bakul.
Persediaan mental.
1) Kelas antenatal Ia perlu terutama bagi yang akan melahirkan anak pertama bagi menyediakan ibu dengan sedikit pengetahuan supaya ibu tidak terlalu terkejut berhadapan dengan prosedur apabila berada di dalam dewan bersalin dan supaya ibu tidak bertanya soalan yang sama berulang kali.
“Tadi dah cek, kenapa kena cek lagi? “
“Air ketuban dah keluar, baby tak lemas ke? “
“Kenapa saya makin sakit belakang ni misi?”
“Bila saya nak bersalin ni misi?”
Kenapa, kenapa dan kenapa.
2) Tanya encik google/yang pakar Maksud bertanya encik google bukanlah bermaksud harus bergantung sepenuhnya pada internet tetapi dapatkan sedikit info tentang proses bersalin dan adalah penting untuk mendapatkan ilmu yang betul sebagai persediaan mental.
Tidaklah ibu melompat bila doktor melakukan pemeriksaan bukaan jalan. Dapatkan juga info dari yang berpengalaman dan sila rujuk jururawat di klinik berhampiran anda.
Yang penting, tolong jangan dapatkan info dari page-page bangang di facebook yang banyak memberikan info yang bukan-bukan.
3) Doa Bagi yang beragama Islam, lakukan amalan yang baik dengan banyak berzikir, berselawat ke atas nabi, banyakkan membaca doa nabi Yunus serta amalan-amalan yang lain sebagai terapi diri dan semoga dipermudahkan proses bersalin.
4) Maaf Jika boleh, mohonlah maaf pada orang-orang yang ada disekeliling anda terutama sekali encik suami dan minta agar dia mendoakan anda supaya mudah bersalin.
5) Pelihara tutur kata Ucapkan kata-kata yang baik, lafazkan doa yang baik-baik dan dengar perkara yang baik-baik.
6) Sentiasa bersikap positif
Perkara Penting yang anda perlu tahu:
* Elakkan memberi botol susu dan puting tiruan kepada bayi yang baru lahir dan sekiranya anda terkantoi di depan jururawat, sila jangan marah kalau jururawat anda membebel.
Ada apa lagi yang tinggal? Sila tambah sendiri.
Oh! Senaman pernafasan jangan lupa berlatih buat ya!
MK K-Clique sudah jadi ayah, isteri selamat bersalin bayi perempuan. Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique berkongsi berita kelahiran cahaya mata pertamanya, seorang bayi perempuan yang selamat dilahirkan tengah hari semalam.
Dalam hantaran di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkongsi khabar gembira itu.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon, MK K-Clique mengumumkan isterinya, Siti Hajaar sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Terbaru, MK memberitahu bahawa isterinya sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semalam.
MK berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya. Menurut MK, dia sangat bersyukur kerana bergelar bapa.
Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajar) selamat melahirkan seorang puteri. Ini anugerah terbesar daripada Allah.
Ruangan komen hantaran itu dihujani ribuan komen daripada rakan-rakan dan pengikutnya yang tidak melepaskan peluang bagi mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata pertamanya itu.
Turut disertakan klip video memaparkan video majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada tahun lalu.
Untuk info, MK dan isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023 selepas empat tahun berkenalan.