
Beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang. Namun, tidak semua berpeluang meraikannya dengan orang yang mereka sayangi. Bagi mereka yang berjauhan atau telah kehilangan insan tersayang, pastinya perayaan ini mengundang rasa sebak dan rindu yang mendalam.
Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 20 saat tular di media sosial yang memaparkan beberapa warga emas memilih kasut untuk persiapan raya.
Video tersebut jelas menunjukkan mereka gembira menyambut raya, namun di sebalik senyuman itu, terselit kisah yang menyentuh hati ramai.
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak melihat video tersebut. Ada yang terkenang arwah ibu bapa mereka dan merindui saat beraya bersama.
Ada juga yang menjadikan video ini sebagai motivasi untuk lebih menghargai ibu bapa yang masih ada. Tidak kurang juga yang terinspirasi untuk menjadi sukarelawan, ingin membantu golongan warga emas agar mereka tidak merasa keseorangan di usia senja.
Berikut antara luahan netizen:
“Ruginya org yang masih ada ayah tapi tak menghargai mereka”
“Tgk video cmni pun bole menangis .. rindu aruwah abah”
“Selamat Hari Raya Abah-Abah Sekalian..moge pnjg umur dan diberi kesihtn yg baik..aamiin…taun ke 3 beraya tnpe insan brgelr abh…rndu sgt2”
“Sedihnya tgk.. Sya xdak abh dah”
“Video-video mcam ni lah selalu motivated aku untk sllu sayang n hargai mak aku.”
Hari Raya adalah tentang meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Jangan tertekan dengan perkara yang tidak wajib. Sambutlah raya dengan cara yang selesa dan bermakna untuk diri sendiri dan keluarga.
Yang penting, jangan sampai membebankan diri atau membazir. Selain itu, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada, kerana kasih sayang dan kebersamaan itulah yang menjadikan raya lebih bermakna. Selamat Hari Raya!
Sumber: darulhanan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI