Si comel Fatimah, 4, seperti biasa akan ditemani oleh adiknya Ali, 2 tahun setengah membuat ucapan “Selamat Poso Belako” (Selamat Puasa Semua) dalam dialek Kelantan.
Lucunya bila si cilik yang digelar panggilan ‘Timoh’ oleh netizen menerangkan maksud perkataan poso dalam dialek Kelantan dan ‘fast’ dalam Bahasa Inggeris.
Kemudian Fatimah menerangkan maksud ‘fast’ (bukan cepat) adalah berpuasa iaitu tak boleh makan dan minum sampai maghrib.
Sesiapa yang biasa menyaksikan gelagat dua beradik ini mesti maklum dengan gelagat Ali yang suka membuat lawak jenaka.
Di akhir video tersebut, Ali tidak ketinggalam mahu mengucapkan selamat berpuasa juga namun lucunya bila dia membuat pesanan “Sek kito jange poso belako” (Geng kita jangan puasa semua).
Ramai netizen rasa terhibur dengan pesanan lucu dari Ali.
Nampaknya Ali memang tahu dalam usianya yang masih kecil tak diwajibkan berpuasa lagi. Apatah lagi tempoh berpuasa di UK pada tahun ini adalah 18 jam 23 minit.
Ali Protege Fatimah
Rata-rata mengakui memang geram dengan keletah dua beradik yang bijak dan cute ini. Fatimah dan Ali sememangnya pencetus fenomena sebagai kanak-kanak terkenal di media sosial.
Bahkan Fatimah turut mempunyai rancangannya sendiri di laman Instagram iaitu ‘The Fatimah Show’ yang sentiasa dinantikan oleh peminatnya.
Bahkan rancangan tersebut turut mendapat sokongan daripada beberapa selebriti seperti Diana Danielle dan Mat Dan.
Telatah adik Fatimah yang selalu meniru apa yang dibuat oleh kakaknya jelas membuktikan betapa kuatnya bonding dua beradik ini. Jarang nampak mereka bergaduh. Agaknya apa rahsia ibu ayah mereka didik keduanya saling sayang menyayang.
Pa&Ma doakan semoga Fatimah dan Ali terus membesar sebagai anak yang bijak dan berjaya dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram The Family UK