Bayi 14 bulan, Khaleel Islam selamat dikebumikan di tanah perkuburan Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dunggun pada petang semalam.
Artikel Berkaitan: “Ciuman Terakhir, Syafaat Untuk Abi Ummi Di Akhirat” Bayi Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Meninggal, Bapa Mohon Doa Ramai
Artikel Berkaitan: Bayi Meninggal Dunia Didakwa Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh, Tulang Kepala Retak
Menurut bapa arwah, semua proses dipermudahkan sehingga proses pengebumian selesai.
ALHAMDULILLAH..
Arwah adik khaleel Islam bin mohamad ehafizuddin telah Selamat dikebumikan.. sesungguhnya sangat mudah perjalanan adik.♥️
Terima kasih semua yang terlibat Dan mendoakan wahai sahabatku yang mulia 🙂
Selamat tinggal adik. Jumpa abi Dan umi di syurga
Menurut laporan berita, arwah dikatakan terjatuh dari katil sehingga mengakibatkan tulang kepala retak.
Ketika itu arwah dijaga oleh pengasuh yang berusia 24 tahun, pengasuh terus menghubungi ibu bapa arwah dan memaklumkan tentang kejadian tersebut.
Namun menurut ibu bapa arwah Khaleel, mereka reda dengan pemergian anak tercinta.
“Terima kasih Allah pinjam kan rezeki yang tidak ternilai ini Selama 1tahun 2bulan 29 Hari. Abi Dan ummi serta kakak dhuha sangat gembira dengan kehadiran adik..kami pasti akan rindu semua gelagat adik ☺️.. Besar Ujian ni dik tapi Abi Dan ummi redho pemergian adik dan yakin dengan qadar Dan qada’ Allah.”
Kredit:Ehafizuddin Musa Apihje
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI