“Selamat Ulang Tahun Ke-21 Kak Ngah”. 13 Tahun Arwah Nurin Pergi, Terasa Kesedihannya

Share

Rasa masih baru lagi kes yang mengemparkan negara suatu ketika dulu namun sedar tak sedar, sudah 13 tahun pemergian Nurin Jazlin Jazimin yang meninggal dunia kerana diperlakukan tanpa perikemanusiaan ketika arwah berusia 8 tahun.

Kes kematiannya mendapat liputan penuh dari media pada waktu itu kerana mayat Nurin dijumpai di dalam sebuah beg pakaian dengan beberapa kesan kecederaan teruk kerana dipercayai dibunuh dan diperlakukan dengan cara yang tak boleh diterima akal oleh individu tak berhati perut.

Coretan ringkas bapa buat puterinya

Coretan bapanya buat arwah Nurin cukup membuatkan sesiapa pun rasa sebak dengan pemergian anak comel ini sejak 13 tahun lalu.

Melalui ruangan komen di Facebook bapa arwah Nurin, Jazimin AO, pelaku yang menyebabkan kematian allahyarham masih belum ditangkap. Seandainya dia masih hidup, genap usia Nurin Jazlin 21 tahun.

Dalam perkongsian itu, bapa Nurin telah memuat naik gambar ketika menziarahi pusara anak tersayang dan sedikit kata-kata seorang ayah buat puteri keduanya sempena hari lahir arwah 11 September.

Pinjaman untuk 8 tahun 

Jazimin menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi pinjam Nurin Jazlin kepada mereka walaupun seketika sebelum pergi buat selamanya pada tahun 2007.

Dia juga mengucapkan selamat hari lahir buat puterinya itu yang ke-21 sambil dilihat menziarahi pusara allahyarham.

“11 sept 99 jam 6.30am lahir Nurin Jazlin ke dunia.
Di pinjam hanya sementara & meninggalkan keluarganya di dunia selama lamanya pada 17 sept 2007, selamat ulang tahun ke 21thn kak ngah
Al-fatihah dibaca……….”

Al- Fatihah untuk adik Nurin Jazlin

Melalui perkongsian ringkas Jazimin itu ia cukup menyentuh hati. Rata-ratanya mendoakan agar arwah Nurin ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan akui masih teringat dan sedih dengan kisahnya itu.

Walaupun lebih 10 tahun berlalu semua masih lagi mengingati kisahnya yang dianggap kejam dengan keadaan mangsa yang masih kecil waktu itu.

Moga bertemu di syurga

Sumber: Jazimin AO

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy