Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah, tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi, maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik.
Namun, adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi anda? Beberapa langkah pencegahan mudah boleh memastikan si manja anda selamat semasa anda mengendongnya.
- Sebelum mengendong bayi, baca dahulu arahan yang disertakan pada anduh bayi dengan teliti. Paling utama, periksa berat minimum pada anduh sebelum meletakkan bayi baru lahir anda di dalamnya. Ini kerana, bayi yang mempunyai berat kurang daripada 2.5kg berisiko untuk lemas di dalam anduh
- Semasa mengendong bayi, pantau aliran udara bayi supaya tidak terhalang. Anda perlu memastikan muka si manja tidak ditutupi dengan anduh dan pantaunya sepanjang masa
- Berhati-hati semasa dan selepas penyusuan. Jika anda menyusukan bayi di dalam anduh, pastikan anda ubah posisi bayi selepas menyusukannya supaya kepalanya dapat menghadap muka dan tubuh anda
- Begitu juga jika anda ingin menunduk semasa sedang mengendong bayi. Jika anda ingin menunduk untuk mengambil barang atau sesuatu, bengkokkan lutut anda dahulu. Jangan menundukkan pinggang anda jika ingin mengambil barang yang terjatuh. Ini adalah bagi memastikan bayi anda terletak selamat di dalam anduh
- Kerap perhatikan bayi. Pastikan bayi anda kekal berada pada posisi yang selamat
- Sebelum mengendong bayi, sentiasa periksa dahulu anduh. Pastikan tali dan kain anduh dalam keadaan baik sebelum meletakkan bayi anda
- Gunakan anduh bayi yang sesuai dengan berat dan umur si manja
Walau bagaimanapun, anduh boleh jadi merbahaya pada bayi, jika bayi mengalami keadaan di bawah:
- Fabrik anduh menekan hidung dan mulut bayi menyebabkan bayi sukar untuk bernafas dan lemas. Ini berlaku apabila anda meletakkan bayi baru lahir pada anduh. Bayi baru lahir mempunyai otot leher yang lemah dan mereka belum boleh menyeimbangkan kepala.
- Jika bayi diletakkan pada posisi dagu mereka menunduk ke dada orang yang mengendongnya, tidak kiralah ibu ataupun bapa. Posisi sebegini akan mengehadkan aliran udara dan bekalan oksigen bayi, serta menghalang bayi untuk menangis meminta tolong dan bayi juga akan lemas.
- Bayi yang lahir pramatang dan mengalami berat badan kurang daripada 2.5 kg berisiko lemas jika diletakkan dalam anduh.
Sumber: Hello Doktor
Saksikan Rancangan Pa&Ma selasa ini episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif pada pukul 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Maya HD