“Selamba Dia Buka Pintu Belakang Kereta Lain” Kejadian Berlaku Di Lampu Isyarat, Hati-Hati!!

Share

Pintu kereta yang dibuka secara tiba-tiba oleh orang yang tidak dikenali memang banyak berlaku terutama ketika berada di lampu isyarat. Banyak nasihat yang diberikan supaya kita sentiasa berwasapada, sentiasa kunci pintu kereta agar tidak berlaku kejadian yang buruk.

Sama seperti yang dikongsi oleh En Faridzuan di mana seorang lelaki secara tiba-tiba membuka pintu kereta salah seorang pengguna jalan raya namun gagal kerana pintu tersebut semamangnya dikunci dari awal.

Psst: Posting ini hanya bertujuan sebagai peringatan untuk kita semua lebih berwaspada soal keselamatan dalam kenderaan.

Kejadian berlaku dekat lampu isyarat ‼️

Selamba dia je nak buka pintu belakang. Tak dapat buka, dia cuba pulak dekat kereta lain.

Nasib baik lah ada dash cam, sempat rakam “cubaan” dia nak buka pintu belakang kereta tu.

Alhamdulillah dia tak berjaya. Kalau tak, tak tau lah apa yang bakal berlaku.

Ada kes pernah berlaku, penyamun masuk ikut pintu belakang kereta yang tak berkunci.
Pemandu tergamam, speechless, tak mampu buat apa-apa. Sedar-sedar je dah kena hunus dengan sebilah pisau kat belakang tengkuk.

Macam mana lah keadaan kalau tengah seorang-seorang je dalam kereta masa tu.
Dah lah seorang je dalam kereta, buatnya kawasan tu pulak terpencil, tak ada kereta lain?

Tambah pulak ada anak kecil dalam car seat dekat belakang. Kita yang lelaki kalau kena pun haru, ni cuba kalau mak atau isteri dan anak kita kena.

Allahu. Tak sanggup aku nak bayangkan. Hati-hati semua. Pakat pesan dekat isteri, mak ayah yang dah tua dekat kampung serta kakak dan adik perempuan tu.

Pastikan pintu kereta sentiasa berkunci setiap masa. Orang nak buat jahat macam-macam cara sekarang. Dia orang cuba je. Terleka sikit je, habis.

Kredit: Faridzuan Zakeria

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa