Sekarang ni ada banyak jenis penyakit yang boleh menjangkiti bayi dan kanak-kanak kerana pelbagai jenis virus yang tidak diketahui. Bahkan kes jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV) juga semakin meningkat dalam kalangan anak kecil.
Disebabkan hal ini, ibu ayah menjadi semakin peka dan berhati-hati untuk membenarkan orang lain menghampiri atau memegang anak mereka. Bukan sombong, tetapi hal ini perlu dibuat untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Bollywood popular, Preity Zinta telah meluahkan rasa kesal terhadap seorang wanita yang telah ‘menceroboh’ privasi dirinya dan anak.
Bukan saja mengambil gambar anak Preity tanpa kebenaran, bahkan wanita tersebut telah memegang dan mencium anaknya biarpun telah dihalang.
“Ada wanita ni, dia ambil gambar anak saya, Gia. Walaupun saya dah minta secara baik supaya dia pergi tapi dia buat tak peduli.”
Baca Juga:
“Wait, Sabar.” Video Anak Zahirah MacWilson Tahan Diri Makan Coklat Buat Ramai Kagum. Cerdik!
Kata Preity lagi, wanita itu terus memeluk dan mencium bibir anaknya sebelum memuji Gia dan terus berlalu pergi begitu sahaja.
Melalui perkongsiannya itu juga, Preity mengharapkan orang sekeliling menghormati privasi dia dan keluarga ketika mereka sedang meluangkan masa bersama-sama.
Preity mengatakan yang dia tidak mahu menegur wanita itu dengan kasar memandangkan dirinya sebagai public figure. Tambahnya lagi, wanita itu tinggal di kawasan perumahan mereka.
“Wanita ini tinggal di salah sebuah bangunan elite di kawasan kami dan kebetulan ada di taman di mana anak-anak saya bermain. Kalau saya bukan selebriti, saya mungkin akan beri reaksi yang lebih teruk tapi saya tak nak burukkan keadaan.”
Aktres ini juga mengatakan yang anak-anaknya tidak ada kaitan dengan dunia selebriti. Dia meminta supaya orang ramai tidak sesekali datang untuk mengambil gambar apatah lagi menyentuh dan memegang mereka.
“Mereka adalah bayi dan harus dilayan sebegitu bukannya seperti selebriti.”
Sekadar recap, Preity dan suaminya, Gene Goodenough yang berasal dari Amerika Syarikat telah berkahwin pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Jai Zinta dan Gia Zinta Goodenough.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!