Ada yang bertanya mengenai warna putih pada lidah baby yang menyusu. Adakah ianya normal, ataupun jangkitan.
MILK TONGUE (lidah susu)
Adalah normal sebenarnya untuk bayi yang menyusu untuk ada lidah yang diselaputi susu. Selalunya lidah akan putih selepas menyusu, dan hilang setelah beberapa lama. Boleh lihat bahawa selaput putih hanya pada lidah, dan mudah dicuci.
Cara cucian lidah
– Ibu / penjaga boleh cuci lidah ini dengan tuala / kain yang telah dibasahkan dengan air minum, dan lap dengan lembut.
– Disyorkan basuh sewaktu bayi dalam keadaan gembira dan ingin bermain untuk mengelakkan bayi rasa stress setiap kali cucian dilakukan.
– Jangan lakukan sejurus selepas menyusu.
– Boleh juga gunakan berus gusi yang lembut sebagai pengganti tuala / kain.
ORAL THRUSH / CANDIDA
Selain daripada susu, lapisan putih dalam mulut boleh juga disebabkan jangkitan kulat. Ini boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan / botol.
Ads
Boleh disebabkan oleh
– pemberian antibiotic,
– ibu yang mempunyai keputihan yang banyak sewaktu mengandung,
– jangkitan dari puting, mainan, dll
Selaput putih yang disebabkan kulat adalah lebih tebal, dan biasanya akan meliputi pipi bahagian dalam, dan lelangit juga. Tidak mudah untuk dicuci, dan kadangkala boleh menyebabkan pendarahan sekiranya dibersihkan dengan kuat. Bayi juga boleh kelihatan tidak selesa sewaktu menyusu. Tanda candida di tempat lain juga mungkin boleh dilihat, seperti ruam pada kemaluan dan lubang dubur bayi. Atau candida rash pada pipi dan kulit lain.
Ads
Untuk oral thrush, boleh diberikan rawatan, antaranya adalah sapuan minyak kelapa dara, atau ubat untuk membunuh kulat. Ibu yang menyusu badan haruslah kurangkan pengambilan makanan yang manis dan tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi probiotic dan prebiotic. Probiotic dan prebiotic adalah penting untuk pastikan bakteria baik sihat, dan boleh melawan candida yang berleluasa.
Ads
TONGUE TIE
Selain itu, sekiranya bayi mempunya tongue tie, juga boleh menyebabkan lidah selalu kelihatan putih. Ini disebabkan lidah yang terikat dan tidak sampai pada lelangit. Jadi susu akan melekat pada lidah. Tongue tie adalah satu keadaan yang boleh mengganggu penyusuan, dan juga percakapan pada kemudian hari. Boleh bawa ke doktor untuk dikenalpasti, dan boleh dilakukan prosedur untuk melepaskan ikatan tersebut sekiranya perlu.
HIGH HARD PALATE
Jika lelangit bayi adalah tinggi juga lidah boleh selalu kelihatan putih. Sekiranya ia hanya susu, ibu / penjaga harus selalu mencuci lidah seperti yang disyorkan.
Apabila anak mengalami ulser mulut atau dalam sebutan paling mudah difahami – mata ikan, sudah tentu akan menyebabkan mereka susah untuk makan. Pastinya anda sedang tercari-cari ubat ulser kanak kanak yang boleh diberikan, betul tak?
Ulser mulut adalah luka kecil di dalam mulut. Biasanya ia terjadi pada bahagian dalam bibir atau pipi, lelangit mahupun pada lidah.
Dalam perkongsian artikel ini ada cara merawatnya dengan menggunakan ubat ulser lidah kanak kanak serta penjelasan mengenai punca keadaan ini terjadi kepada si kecil.
Fahami puncanya
Secara tepatnya tiada siapa boleh menentukan punca sebenar ulser mulut atau disebut sebagai aphthous ulcer ini terjadi. Banyak faktor dipercayai menyumbang kepada risiko terjadinya ulser.
Diet mungkin turut memainkan peranan. Ini kerana mereka yang kurang pengambilan asid folik, vitamin B12 dan zat besi dikatakan lebih cenderung mengalami mata ikan, begitu juga dengan mereka yang mempunyai alahan makanan.
Si kecil juga boleh mendapat ulser jika dia tergigit lidah atau bahagian dalam pipi, memberus gigi terlalu kuat dan merosakkan lapisan nipis di dalam mulut. Penyebab lain adalah jangkitan, pengambilan makanan tertentu dan juga tekanan.
Kandungan sodium lauryl sulfate (SLS) dalam kebanyakan ubat gigi dan ubat kumur turut dikaitkan dengan pengembangan ulser mulut. Ada kalanya, ulser yang terjadi boleh menjadi tanda wujudnya masalah dalam sistem imun tubuh.
Perkara paling penting harus difahami para ibu bapa adalah ulser mulut ini tidak akan berjangkit kepada orang lain.
Simptom ulser
Sudah tentu, sebelum mengetahui apakah ubat ulser kanak kanak yang sesuai diberikan kepada si kecil, anda harus mengenal pasti simptom untuk mengesahkan bahawa anak mempunyai mata ikan.
Umumnya, setiap kanak-kanak mungkin akan mengalami simptom yang agak berbeza. Berikut merupakan antara simptom ulser yang paling biasa dialami:
Luka yang menyakitkan di dalam mulut – selalunya di bibir, bahagian dalam pipi atau pada lidah
Luka berwarna putih atau kelabu dengan dikelilingi warna merah
Mengalami kesukaran untuk makan atau bercakap kerana luka
Dalam kebanyakan kes tidak menyebabkan demam
Kaedah mendiagnosis ulser mulut
Ulser mulut adalah keadaan yang selalu terjadi dan biasanya tidak menyebabkan kebimbangan. Walaupun ia boleh dirawat dengan memberikan ubat ulser kanak kanak, namun tidak bermakna keadaan ini harus diabaikan.
Ini kerana jika anak mengalami mata ikan yang berlanjutan lebih daripada 2 minggu atau tidak boleh makan mahupun minum kerana kesakitan dialami, anda harus membawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Kekerapan ulser mulut sehingga lebih daripada 2 atau 3 kali dalam setahun juga perlu mendapatkan pemeriksaan.
Biasanya tiada ujian perlu dilakukan untuk mendiagnosis ulser, kerana doktor boleh mengenal pastinya berdasarkan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal sahaja.
Sekiranya anak mengalami banyak ulser atau luka yang dialami teruk, doktor mungkin ingin melakukan ujian untuk menentukan kemungkinan mereka mengalami kekurangan nutrisi (malnutrisi), sistem imun lemah, alahan makanan atau lain-lain.
Rawatan & ubat ulser kanak kanak
Kebanyakan masalah ulser mulut akan sembuh sendiri dalam tempoh masa 7 hingga 14 hari.
Di samping itu, anda juga boleh melakukan perkara berikut di rumah untuk mengurangkan simptom ulser, seperti:
Ubat OTC
Ubat yang terjual di farmasi seperti ibuprofen atau acetaminophen, berfungsi untuk merawat sakit dan demam.
Tetapi anda tidak boleh memberikan ibuprofen kepada anak di bawah usia 6 tahun. Aspirin juga tidak boleh diberikan kepada anak di bawah usia 16 tahun melainkan atas arahan doktor.
Pengambilan aspirin boleh mengakibatkan anak berisiko mengalami sindrom Reye. Ia merupakan gangguan yang jarang berlaku tetapi sangat serius – boleh menjejaskan fungsi otak dan hati.
Cecair antasid, salah satu ubat ulser kanak kanak
Penggunaan cecair antasid 4x sehari boleh membantu mengurangkan kesakitan yang dirasai anak.
Bagi kanak-kanak berusia lebih daripada 6 tahun, 1 sudu teh (5mL) cecair ini boleh diberikan sebagai ubat kumur selepas makan.
Manakala bagi anak yang lebih kecil, sapukan cecair antasid ini pada ulser muka menggunakan kapas.
Rawatan berikut pula hanya sesuai dilakukan kepada anak yang berumur 4 tahun ke atas:
Ubat kumur
Minta anak untuk membilas mulutnya dengan air garam atau dengan campuran air suam bersama soda penaik (baking soda).
Ubat kumur ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kuman yang boleh berlaku disebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat memberus gigi atau membersihkan mulut seperti biasa.
Sapuan gel, salah satu ubat ulser kanak kanak
Petua meletakkan ubat sapu di dalam mulut – pastikan anak telah makan terlebih dahulu sebelum menyapu ubat.
Bersihkan kawasan dalam mulut dengan tuala lembut atau bebola kapas dan pastikan kawasan tersebut agak kering. Gunakan putik kapas untuk menyapu ubat tersebut di kawasan dalam mulut yang sakit.
Pastikan anak tidak makan atau minum sekurang-kurangnya 30 minit selepas ubat disapu bagi memastikan ubat kekal pada luka.
Kini anda sudah mengetahui ubat ulser lidah kanak kanak yang sesuai diberikan. Jika keadaan semakin teruk atau berlanjutan lebih daripada 14 hari, jangan teragak-agak untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan doktor.
Sebagai ibu bapa, anda memahami pentingnya pemakanan dan diet yang sihat untuk anak anda. Dengan menggalakkan anak anda mendapat makanan yang baik untuk gigi, anda akan membantu gigi dan enamel mereka kekal kuat dan sihat untuk tempoh masa yang lama.
Berikut makanan membantu menguat gigi anak anda:
1. Produk tenusu
Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt kaya dengan kalsium, yang bukan sahaja menguatkan mineral dalam tulang tetapi juga membantu membuatkan gigi kuat dengan menguatkan enamel. Selain itu, beberapa produk tenusu membantu mendorong penghasilan air liur yang melindungi gigi terhadap bakteria. Galakkan anak anda untuk mendapatkan produk tenusu dengan makanan mereka atau sebagai makanan ringan.
Produk tenusu membantu dalam meningkatkan tahap pH di mulut dan mengurangkan kesan asid yang dihasilkan oleh plak gigi. Selain itu, paras pH yang tinggi juga dapat mencegah kerosakan dan rongga gigi. Pastikan anda tidak memberikan susu berperisa kerana ia mengandungi jumlah gula yang tinggi yang mengurangkan manfaat kesihatan.
2. Protein
Protein penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Anda boleh memasukkan protein ke dalam diet anak-anak anda melalui daging seperti ayam dan daging lembu. Fosforus dalam protein haiwan ini perlu untuk kesihatan mulut yang lebih baik. Jika anak anda tidak sukakan daging, masukkan telur seperti kuning telur yang mempunyai tahap fosforus yang tinggi. Jika anda adalah keluarga vegetarian, pertimbangkan tauhu dan kekacang kerana ia adalah sumber protein yang sangat baik.
3. Vitamin C
Pastikan anak anda mengambil makanan yang tinggi vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus, strawberi, kiwi, sayuran hijau, lada, kentang, tembikai, dan sebagainya. Vitamin C mengurangkan jumlah bakteria di dalam mulut, mencegah penyakit gingivitis atau gusi dan meningkatkan kesihatan gusi. Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan buah-buahan berasid kerana pendedahan kepada asid yang terdapat di dalamnya boleh merosakkan enamel pada gigi. Untuk meminimumkan kesannya, pastikan anak anda minum banyak air untuk mencuci asid dan gula daripada gigi.
4. Bijirin penuh
Ia adalah bijirin yang tidak ditapis yang mengekalkan bahagian yang sihat seperti komponen berkhasiat dan serat. Selain itu, bijirin penuh kaya dengan magnesium yang membantu membina enamel gigi. Sebaliknya, karbohidrat halus adalah biji-bijian yang dipecah menjadi gula mudah. Ini tidak seperti berkhasiat seperti bijirin penuh dan menyebabkan lebih banyak rongga.
5. Sayuran renyah
Apabila anda menggabungkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang renyah seperti lobak, epal, kubis, dan lain-lain, anda membantu memastikan gigi anak anda kekal sihat. Sayuran-sayuran yang renyah memerlukan banyak mengunyah dan memecahkan zarah yang kecil. Zarah-zarah ini membantu dalam menghapuskan plak dan serpihan pada gigi kanak-kanak. Anda juga boleh memasukkan saderi dalam diet mereka kerana ia disebut sebagai “floss alam” kerana kehadiran helai berserabut dan kandungan air yang tinggi, yang kedua-duanya membantu meningkatkan kesihatan gigi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Bila gigi pertama bayi tumbuh?
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Bagaimana penjagaan oral untuk bayi dan kanak-kanak?
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah:
Bersihkan gigi pertama yang baru tumbuh dengan meletakkan sedikit ubat gigi berfluorida pada kain lembut dan sapukan pada gigi bayi.
Jika gigi geraham sudah tumbuh, anda boleh mula menggunakan berus gigi khas untuk bayi yang banyak dijual di pasaran. Letakkan ubat gigi khas untuk bayi sebesar saiz biji kacang pis pada berus gigi tersebut.
Berus di sekitar lidah dan gusi untuk menghilangkan bakteria tersembunyi dan mengelakkan mulut bayi berbau.
Lakukan rutin ini dua kali sehari iaitu sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan pada malam hari sebelum tidur.
Bawa bayi anda berjumpa doktor gigi semasa gigi pertamanya tumbuh ataupun selewat-lewatnya semasa usia bayi setahun. Doktor gigi akan memberikan nasihat tentang cara-cara penjagaan gigi bayi kepada ibu bapa.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.