“Kau jangan ‘bersama’ dengan suami bila dah dekat nak bersalin. Nanti air mani suami melekat pada badan anak. Kasihan anak kau, doktor pun boleh tahu yang kau dengan suami ada buat ‘projek’.”
Pernahkah anda mendengar tentang perkara ini, kononnya apabila melakukan hubungan kelamin bersama suami ketika tarikh melahirkan semakin hampir akan menyebabkan air mani melekat pada bayi dan membentuk lapisan putih pada badannya.
Artikel Menarik: [Boleh Berlaku Bila, Di Mana-Mana. Bersedialah Kalau Rasa Nak Bersalin!]
Lapisan putih tersebut dikenali sebagai vernix caseosa yang bertindak sebagai krim pelembap semula jadi kepada bayi anda. Dr Muhammad Izzat, Pegawai Kesihatan Wanita & Kehamilan ada menulis perihal ini di laman Facebook.
Vernix caseosa / Vernix adalah lapisan seakan-akan lemak yg menyerupai cheese, terbentuk ketika bayi di dalam rahim dan menyelaputi badan bayi untuk melindungi seluruh kulit bayi dari jangkitan dan akan meresap sendiri secara perlahan-lahan diakhir kehamilan dan selepas kelahiran.
Artikel Menarik: [Gas Entonox, Bantuan Ketika Sakit Kontraksi. Membantu Ke?]
Ia juga berfungsi sebagai moisturiser kulit bayi selepas kelahiran dan mencegah kemasukkan bakteria ke kulit bayi yang lembut dan sensitif. Tak perlu beriya-iya nak bersihkan. Biarkan sahaja.
Ni nak tanya, bila masa pulak air mani suami boleh melekat pada baby tu? Kemain banyak pulak tu? Pancut tak berhenti-henti ke acaner?
Satu lagi jangan mengarut tak abes-abes cakap minyak kelapa dara atau air kelapa cantikkan kulit baby.
Apeni? Vernix susah payah buat keje, kelapa yang dapat nama ! 😑
Selain itu, memetik sebuah artikel di laman web helloSEHAT, vernix caseosa mempunyai banyak kebaikan kepada bayi:
ELAK JANGKITAN KUMAN
Di dalamnya mengandungi bahan antioksidan yang menjaga kulit bayi daripada mendapat jangkitan.
MEMBIASAKAN KULIT BAYI DENGAN PERSEKITARAN
Bayi yang baharu lahir pasti akan mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan persekitarannya. Kulit mereka lebih sensitif dan menjadi kering. Ketika inilah vernix caseosa bertindak sebagai pelembap semula jadi kepada kulit bayi anda.
MENGAWAL SUHU BADAN BAYI
Suhu ketika berada di dalam rahim ibu sangat berbeza dari luar. Fungsi vernix caseosa ini adalah untuk membantu suhu tubuh bayi ‘terbiasa’ dengan persekitaran. Bayi baharu lahir biasanya akan diselimutkan untuk mengekalkan kehangatan seperti berada di dalam rahim.
Artikel Menarik: [Tak Semstinya Makan Haruan Cepat Baik, Yang Penting Jangan Biar Luka Basah]
BAYI MUDAH ‘KELUAR’
Salah satu fungsi lain vernix caseosa adalah sebagai bahan pelincir bagi memudahkan proses bayi keluar dari pintu rahim. Dengan ada vernix caseosa ini, ia dapat mengurangkan rasa sakit pada si ibu dan bayi yang dilahirkan kerana kurangnya gesekan pada kulit.
Diharapkan dengan penerangan ini dapat menghapuskan kepercayaan tentang kewujudan vernix caseosa adalah disebabkan si ibu dan ayah bayi melakukan hubungan seks sebelum bersalin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI