Biasanya bila anak mengamuk, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.
Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.
Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.
Ads
Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.
Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:
Ads
Selawat sebanyak yang mungkin. Hembuskan pada ubun-ubun anak
Peluk dan cium dahi anak sambil gunakan ayat untuk melunturkan hati mereka. “Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah “
Tanya soalan wajib “Kenapa Abang marah ?”
Dengar penjelasan dengan baik, cuba atasi dengan baik ( jadi lah pendengar setia)
Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.
Ads
Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana
Kaedah ini sesuai untuk anak-anak dari usia 3 bulan sehingga anak-anak remaja.
Mengajar anak minat matematik bukanlah susah. Ada banyak cara santai yang ibu bapa boleh lakukan untuk biasakan anak dengan nombor. Tak perlu susah nak beli bahan pembelajaran sebab jika ibu bapa kreatif boleh guna saja bahan yang ada di rumah.
Contohnya, apabila menaiki tangga, kiralah anak tangga bersama-sama dengan anak. Insyaallah anak anak mudah ingat nombor 1-20. Ataupun semasa bermain blok-blok kayu, kirakan bersama anak anak bilangan blok permainan. Selepas selesai mengira blok, barulah bagi anak anak bermain blok tersebut.
Atau anda boleh minta anak melihat jam dan beritahu kita pukul berapa sekarang. Pada peringkat permulaan, anak-anak mungkin akan menyebut, jarum panjang pada nombor dua, jarum pendek pada nombor sepuluh. Lama-kelamaan anak-anak akan tahu tengok jam dengan sendiri.
Seperti perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli, dia menggunakan aplikasi congak matematik untuk sebagai salah satu cara bahan pembelajaran buat anak-anaknya untuk belajar asas kira-kira.
Aplikasi Congak Matematik Untuk Anak
Bila anak dah faham konsep tambah, saja nak uji minda anak pula. Biasa buat santai-santai dalam kereta ke, dekat rumah je sebut secara rawak je operasi matematik dan mereka jawab. Berebutlah dua beradik jawab lepas tu ada lah drama pulak bila ada yang menang dulu jawab cepat.
Al kisah, kebetulan semalam saja-saja scroll play store terjumpa apps ni. Test main rupanya best jugak sebab boleh uji kecekapan anak mencongak. Kiranya adil kali ni sebab ada timing dan game ni ada ending.
Jadi anak taklah hadap phone lama-lama kan. Cubalah muat turun, cari je perkataan Go Math.
Selepas tubuh dijangkiti virus berbahaya Covid-19 dan sebaik tamat kuarantin, tubuh masih lagi terasa tidak kuat. Batuk-batuk berterusan malah lebih cepat penat dan tubuh rasa lesu berbanding sebelumnya.
Apa kata kita ikhtiarkan mandi air rebusan herba alami ini untuk memulihkan kembali tenaga tubuh yang keletihan diserang penyakit seperti yang disyorkan oleh Pn Aisy Azizah Mat Nor ini.
Ikhtiar untuk segarkan badan selepas positif covid-19. Cara saya, saya guna bahan yang saya tanam di sekeliling rumah.
Bahan bahan untuk mandian:
Serai wangi
Daun limau purut
Pandan
Daun lengkuas
Daun inai
Buah lemon
Daun mengkudu
Bunga cengkih
Rebus sekejap semua bahan.
Buat untuk mandian pagi dan petang.
Kalau rajin hidu wap dia untuk hilangkan sakit tekak dan batuk. Insyaallah dengan izin Allah badan lebih segar selepas mandi.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…” Biasa terjadi apabila si abang hanya mahu di dukung sebentar oleh si ibu.
Kebiasaanya ia berlaku ketika si anak mendapat adik baru, secara tiba-tiba dia mula ‘mengada’, nak bermanja dan emosi cepat tersentuh. Bukan mudah untuk dia menerima kehadiran adik baru dan berkongsi kasi. Jadi bagaimana nak mendidik anak supaya bertolak ansur? Ikuti perkongsian Ibu Rose.
BAGAIMANA DIDIK ANAK DAPAT ADIK BARU
Bila anak mendapat adik baru, dan nampak dia jealous serta mahu didukung seperti adiknya, namun anda yang baru melahirkan adiknya dan sedang berpantang. Bahaya untuk anda jika anda mendukung anak yang sudah besar itu.
Namun, elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.” Kerana ini akan menyebabkan perasaan marah dan cemburu. Kerana anak itu akan merasakan tempat dia telah dirampas.
Apa yang anda boleh lakukan ialah kata begini; “ Mama, baru lahirkan adik, mama tak begitu sihat. Macam sayang, bila sayang tak sihat, sayang selalu baring saja kan. Mama pun macam tu. Tapi Mama sayang sangat sayang dan rindu nak dukung sayang. Jadi apa kata, sayang baring kat riba Mama ni atau bila ada Ayah, ayah dukung sayang ya. Nanti Mama dah sihat, Mama dukung sayang.”
Kata-kata begini menguatkan EQ anak. Dia akan faham perasaan orang lain dan dia akan mahu bertolak ansur.
Kata-kata seperti; “ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…”
Kata-kata beginilah yang melukakan hati anak. Dan bila hati terluka, EQ terbantut. Ini menjadi kanser yang akan nampak bila anak itu remaja nanti. Dimana ketika itu, anda tiba-tiba tersedar, dia tidak langsung menghargai perasaan anda! Dia tidak ada ruang untuk merasai perasaan orang lain, kerana hatinya penuh dengan luka. Dan marah yang terpendam akan menjadi api kemarahannya.
Apatah lagi jika semasa kecil, dia terlampau kerap dimarahi.
Untuk memperkembangkan EQ, banyakkan membelai anak itu. Cium, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap cium and peluk anak itu dan puji dia kerana dia suka berdikari. Anda boleh beri dia beri dia penganugerahan seperti ‘mama little helper’ atau ‘perwira kecil mama’ atau yang bagus seperti itu. Anak itu akan berasa bangga dan menjadi lagi rajin menolong dan menjaga adiknya.
EQ akan berkembang bila anak merasai dia dikasihi dan bila perasaannya difahami dia belajar mengasihi. Anak belajar menjadi seorang yang memahami anda bila sedari kecil anda menunjukkan anda memahami perasaannya.
Oleh itu manja dan lenja tidak timbul kerana anak yang lenja tidak tahu memikirkan orang lain. Dia hanya mahu dia dilayan. Puncanya ialah kerana apa yang dia mahu semua diikutkan sehingga dia tidak tahu bagaimana susahnya perkara itu untuk dilaksanakan.
Anak yang begini juga akan membesar menjadi remaja yang hanya tahu untuk memberontak meminta dilakukan perkara untuknya. Dia tidak ada ruang untuk orang lain. Kerana sedari kecil dia tidak dilatih dan dididik untuk merasai perasaan orang lain.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!