Juara Akademi Fantasia musim ke-5, Mila Jirin yang baru selesai mengerjakan umrah bersama suaminya Isz Mustapha dan anaknya Mohd Arif Zikri, 2, berkongsi pengalaman mendaki Jabal Nur sambil mendukung si kecil.

Mila berkongsi cerita tersebut di laman instagramnya dan beranggapan ia adalah satu cabaran apabila perlu mendaki puncak Jabal Nur sambil mendukung anaknya yang seberat 9 kilogram.

Sambungan CERITA Pandakian #JabalNur di Makkah. . . Nampak MENARA JAM dibelakang tu??? ALHAMDULILLAH Mommy telah berjaya naik ke PUNCAK Jabal Nur sambil DUKUNG @arifzikri17 yang lenaaa diulit Mimpi.. Ya ALLAH Mommy pun bagai bermimpi tak sangka dapat bawa Arif sehingga ke puncak #GunungCahaya pada Aras Ketinggian 642m! Memang MENCABAR tetapi Mommy TAK PUTUS ASA! . Daddy pakai Slepar Jepun, jadi Mommy TAK BENARKAN dukung Arif bahaya.So Daddy jadi pemantau Mommy ? . . Tak dinafikan MEMANG PENAT, Mommy 42kg + 9kg Arif huhuhuhu terasa bergoyang dan bergetaq juga LUTUT waktu nak turun Gunung ni ?.Nak turun gunung LAGI MENCABAR dari naik. . . Walaupun ada Tangga, tetapi tangganya tidaklah sekata (Ada tinggi, ada rendah) dan bila Makin keatas, tangga nya makin CURAM.Allahuakbar! Waktu Mommy dah separuh perjalanan, Mommy dah nak GIVE UP, tetapi disebabkan waktu Mommy melawat malam tu adalah ZIARAH TERAKHIR ke #JabalNur kerana Jabal Nur akan DITUTUP unt lawatan oleh Kerajaan Arab Saudi, jadi Mommy terus POSITIVE! Sambil mendaki sambil Mommy berselawat sambil berfikir “Subhanallah, Bagaimana Rasulullah SAW boleh sampai ke puncak tersebut tanpa tangga waktu itu dan bagaimana pula kudrat isteri baginda, Siti Khadijah yang saban hari menghantar makanan kepada Rasulullah SAW ketika baginda bersendirian di #GuaHira?Subhanallah, Allah Maha Mengetahui” . . Sampai sahaja di PUNCAK #JabalNur, Mommy tak ke Gua Hira, disebabkan kedudukan Gua Hira berada bawah sedikit dari Puncak dan laluan untuk turun kesitu agak mencabar dan bahaya untuk Mommy bawa Arif bersama.Jadinya, Mommy tengok dari atas sahaja, Gua nya KECIL sahaja tetapi ramai orang berasak asak hendak masuk kedalam. Ibunda dan Ayahanda tercinta dapat masuk ke situ #Alhamdulillah. . . Dah berada di PUNCAK.dah seronok ambil gambar dengan menikmati pemandangan yang sungguh Indah (Kelihatan Menara Jam).Kata Ustaz yang mengetuai rombongan kami Ustaz Bismi @amerrzainal, dulu sebelum Menara Jam dibina, memang akan nampak Masjidil Haram & Kaabah.. . . Apa apa pun menang 1 kenangan yang INDAH dan moga nanti Arif dah besar Arif dukung Mommy pulak naik Bukit Bendera pun jadilah ? . . JABAL NUR 19 Apr 2018 1.14 AM (Saudi Arabia)

A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on

Bagaikan Mimpi Dapat Sampai Ke Puncak

Bayangkan bagaimana sukarnya Mila yang kecil molek dengan berat badan 42 kg  mendukung Arif yang seberat 9 kg ketika mendaki puncak Jabal Nur.

Penyanyi ini tidak membenarkan suaminya mendukung anak kerana ketika itu suami memakai selipar jepun dan agak bahaya jika mendukung si kecil.

Menurut Mila proses pendakian agak sukar dan mencabar kerana walaupun ada tangga tetapi ia tidak sekata dan semakin ke atas, tangganya semakin curam.

Rasa nak berputus asa memang ada tetapi dia tetap kuatkan semangat kerana ketika itu ia adalah ziarah terakhir ke Jabal Nur sebelum ia ditutup oleh Kerajaan Arab Saudi kepada semua pengunjung.

Kagum Dengan Semangat Rasulullah SAW Dan Khadijah 

Ads

Sambil mendaki Mila tidak putus berselawat dan berfikir betapa kuatnya semangat Rasulullah SAW mendaki puncak Jabal Nur ketika itu tanpa ada tangga dan betapa kuatnya kudrat isteri baginda, Khadijah yang setiap hari mendaki bukit ini untuk menghantar makanan kepada Rasulullah SAW.

Keindahan melihat pemandangan ciptaan Allah dari aras puncak Jabal Nur setinggi 642m memberi kepuasan kepada Mila selepas melalui kesukaran ketika mendaki. Dia bersyukur kerana Allah memudahkan perjalanannya.

Bagaimanapun Mila tidak dapat menziarah ke Gua Hira disebabkan kedudukannya ke bawah sedikit dari puncak dan laluan untuk turun agak mencabar dan bahaya untuknya yang mendukung anak.

Mila hanya dapat melihat dari atas puncak sahaja keadaan Gua Hira yang nampak kecil tetapi ramai orang berasak-asak hendak masuk ke dalamnya.

Menurutnya lagi proses hendak turun dari puncak lebih mencabar sehingga dia merasakan bergoyang dan bergetar lututnya.

Ads

Mila Kongsi Pengalaman Mengerjakan Solat Dengan Anak Kecil

Ramai yang bertanya bagaimana Mila mengerjakan solat ketika di Tanah Suci dengan membawa anak kecil bersama.

Assalamualaikum Selamat Pagi… Pagi pagi ni teringat suasana di #Makkah…Ramai yang tanya, bila saya Solat Arif macam mana??? . . Saya menunaikan Umrah bersama keluarga (kami 10 orang) tetapi bila di Makkah, memang kami tidak bergerak berkumpulan kerana disana memang kena masuk Masjid Awal, Jadi siapa turun dulu terus ke Masjid sebab jika tunggu risau Pintu Masuk ditutup. Jadi Saya, Suami & Arif kami 3 beranak ke Masjid bersama sama. Arif dengan Mommy setiap kali Solat #Alhamdulillah . . Mommy Suka masuk dari pintu King Aziz sebabnya, terus sahaja menuju Kaabah (Turun Tangga sikit sahaja)… . . Bercakap mengenai Solat bawa Arif sekali, Alhamdulillah Arif Good Boy sahaja..Kadang2 Arif bermain main dengan Plastic Cup Zam Zam, Kadang2 Arif main Botol Air dia, Kadang2 dia main kejar kejar dengan Anak Arab ? (Amboi Arif, yang dikejar selalunya gugirl saja!) Hahaha… . . Alhamdulillah, Sebelum berangkat, Mommy ada membaca dan belajar cara cara Solat Sambil dukung bayi dan juga Solat secara Duduk.. Ini ada kaitannya, sebab ya lah, terkadang ada yang tak kena, Mommy tengah solat tiba tiba Arif Menangis, Jadi jika masih Iktidal Mommy boleh dukung Arif sekejap, Waktu nak sujud baru Mommy letak at least Arif dapat bertenang… Sama juga dengan Solat secara duduk…Beberapa kali juga Mommy solat duduk sebabnya Arif Tidur…Arif style nya jika tidur memang tak nak diletakkan di bawah..Mommy try letak atas selimut, letak atas sejadah semua tak nak dan terus bangun…jadi tak ada cara lain, Mommy pakai “Baby Wrap Mak Yang” dan solat secara duduk…Alhamdulillah bila bawa Babby ni banyak sangat Allah permudahkan…Contohnya kadang2 Mommy dah sampai lewat, Masuk juga nak solat dibawah..tempat jemaah Wanita dah penuh..Penjaga Arab yang berbaju hitam semua tu siap panggil untuk selit selitkan Mommy masuk saf ?…Ada juga yang tolong carikan kerusi sbb waktu tu Arif sedang lena diulit Mimpi… . . Cumanya, Mommy kerap solat di Level 1 sebabnya lebih selesa jika kita dengan Anak ni…Tak lah crowded sangat section wanita diatas berbanding dibawah… . . Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Mommy & @arifzikri17 GOOD BOY sangat sangat….Mommy kena bagi Award kat Arif ni ?

A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on

Ads

Menurutnya memang setiap kali waktu solat, Arif akan bersama dirinya. Mila bersyukur kerana sepanjang waktu solat Arif tidak banyak ragam dan boleh bermain bersendirian atau dengan anak-anak orang Arab yang ada di situ.

Alhamdulillah, Sebelum berangkat, Mommy ada membaca dan belajar cara cara Solat Sambil dukung bayi dan juga Solat secara Duduk.. Ini ada kaitannya, sebab ya lah, terkadang ada yang tak kena, Mommy tengah solat tiba tiba Arif Menangis, Jadi jika masih Iktidal Mommy boleh dukung Arif sekejap, Waktu nak sujud baru Mommy letak at least Arif dapat bertenang… Sama juga dengan Solat secara duduk…Beberapa kali juga Mommy solat duduk sebabnya Arif Tidur…Arif style nya jika tidur memang tak nak diletakkan di bawah..Mommy try letak atas selimut, letak atas sejadah semua tak nak dan terus bangun…jadi tak ada cara lain, Mommy pakai “Baby Wrap Mak Yang” dan solat secara duduk…Alhamdulillah bila bawa Babby ni banyak sangat Allah permudahkan…Contohnya kadang2 Mommy dah sampai lewat, Masuk juga nak solat dibawah..tempat jemaah Wanita dah penuh..Penjaga Arab yang berbaju hitam semua tu siap panggil untuk selit selitkan Mommy masuk saf ?…Ada juga yang tolong carikan kerusi sbb waktu tu Arif sedang lena diulit Mimpi…

Bagaimanapun sebelum mengerjakan umrah, Mila sudah pun belajar cara mengerjakan solat sambil mendukung bayi dan solat secara duduk.

Beliau juga bersyukur kerana penggunaan baby wrap memang banyak membantu memudahkan urusan solatnya secara duduk ketika Arif tidur.

Selain itu katanya penjaga Arab di masjid juga banyak membantunya untuk masuk ke saf jemaah apabila dia terlewat sampai selain ramai yang membantu mencarikan kerusi untuknya bersolat waktu Arif lena tidur.

“Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Mommy dan Arif.”

Sumber: Instagram Mila Jirin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI