Mila berkongsi cerita tersebut di laman instagramnya dan beranggapan ia adalah satu cabaran apabila perlu mendaki puncak Jabal Nur sambil mendukung anaknya yang seberat 9 kilogram.
Bagaikan Mimpi Dapat Sampai Ke Puncak
Bayangkan bagaimana sukarnya Mila yang kecil molek dengan berat badan 42 kg mendukung Arif yang seberat 9 kg ketika mendaki puncak Jabal Nur.
Penyanyi ini tidak membenarkan suaminya mendukung anak kerana ketika itu suami memakai selipar jepun dan agak bahaya jika mendukung si kecil.
Menurut Mila proses pendakian agak sukar dan mencabar kerana walaupun ada tangga tetapi ia tidak sekata dan semakin ke atas, tangganya semakin curam.
Rasa nak berputus asa memang ada tetapi dia tetap kuatkan semangat kerana ketika itu ia adalah ziarah terakhir ke Jabal Nur sebelum ia ditutup oleh Kerajaan Arab Saudi kepada semua pengunjung.
Kagum Dengan Semangat Rasulullah SAW Dan Khadijah
Keindahan melihat pemandangan ciptaan Allah dari aras puncak Jabal Nur setinggi 642m memberi kepuasan kepada Mila selepas melalui kesukaran ketika mendaki. Dia bersyukur kerana Allah memudahkan perjalanannya.
Bagaimanapun Mila tidak dapat menziarah ke Gua Hira disebabkan kedudukannya ke bawah sedikit dari puncak dan laluan untuk turun agak mencabar dan bahaya untuknya yang mendukung anak.
Mila hanya dapat melihat dari atas puncak sahaja keadaan Gua Hira yang nampak kecil tetapi ramai orang berasak-asak hendak masuk ke dalamnya.
Menurutnya lagi proses hendak turun dari puncak lebih mencabar sehingga dia merasakan bergoyang dan bergetar lututnya.
Mila Kongsi Pengalaman Mengerjakan Solat Dengan Anak Kecil
Ramai yang bertanya bagaimana Mila mengerjakan solat ketika di Tanah Suci dengan membawa anak kecil bersama.
Menurutnya memang setiap kali waktu solat, Arif akan bersama dirinya. Mila bersyukur kerana sepanjang waktu solat Arif tidak banyak ragam dan boleh bermain bersendirian atau dengan anak-anak orang Arab yang ada di situ.
Alhamdulillah, Sebelum berangkat, Mommy ada membaca dan belajar cara cara Solat Sambil dukung bayi dan juga Solat secara Duduk.. Ini ada kaitannya, sebab ya lah, terkadang ada yang tak kena, Mommy tengah solat tiba tiba Arif Menangis, Jadi jika masih Iktidal Mommy boleh dukung Arif sekejap, Waktu nak sujud baru Mommy letak at least Arif dapat bertenang… Sama juga dengan Solat secara duduk…Beberapa kali juga Mommy solat duduk sebabnya Arif Tidur…Arif style nya jika tidur memang tak nak diletakkan di bawah..Mommy try letak atas selimut, letak atas sejadah semua tak nak dan terus bangun…jadi tak ada cara lain, Mommy pakai “Baby Wrap Mak Yang” dan solat secara duduk…Alhamdulillah bila bawa Babby ni banyak sangat Allah permudahkan…Contohnya kadang2 Mommy dah sampai lewat, Masuk juga nak solat dibawah..tempat jemaah Wanita dah penuh..Penjaga Arab yang berbaju hitam semua tu siap panggil untuk selit selitkan Mommy masuk saf ?…Ada juga yang tolong carikan kerusi sbb waktu tu Arif sedang lena diulit Mimpi…
Bagaimanapun sebelum mengerjakan umrah, Mila sudah pun belajar cara mengerjakan solat sambil mendukung bayi dan solat secara duduk.
Beliau juga bersyukur kerana penggunaan baby wrap memang banyak membantu memudahkan urusan solatnya secara duduk ketika Arif tidur.
Selain itu katanya penjaga Arab di masjid juga banyak membantunya untuk masuk ke saf jemaah apabila dia terlewat sampai selain ramai yang membantu mencarikan kerusi untuknya bersolat waktu Arif lena tidur.
“Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Mommy dan Arif.”
Sumber: Instagram Mila Jirin