Selepas 10 Malam, Anak Masih Lagi Berjaga, Dr Kongsikan Tip Mudah Untuk Tidur

Share

Kalau anak susah tidur malam. Terutama selepas pukul 10 malam masih berjaga. Ini petua mudah untuk atasinya.

Cuba ajak anak untuk berkaki ayam dan pijak tanah atau rumput pada waktu petang. Bila kaki atau anggota badan menyentuh tanah atau rumput.

Ini dinamakan teknik grounding. Grounding sekurang-kurangnya 30 minit dapat turunkan kortisol iaitu hormon stres. Kalau dapat pijak pasir pantai lagi padu kesan dia.

Bukan ini jer, grounding bantu redakan inflamasi. Cepatkan penyembuhan luka. Elak darah memekat. Cubalah. Yang dewasa pun boleh try.

Berapa lamakah tidur diperlukan?

Kanak-kanak memerlukan jumlah tidur yang berbeza mengikut umur mereka dan disarankan agar anda mengikut panduan yang diberi di bawah untuk memastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya:

0-1 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 15-16 jam
Bayi baru lahir lazimnya tidur selama 2-4 jam terus menerus bagi jumlah 15-18 jam sehari. Pada peringkat ini anda boleh menjangka corak tidur anda sendiri akan terganggu apabila corak tidur bayi baru lahir anda tidak mengikut kitaran siang/malam seperti biasa.

1-4 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam
Sekitar umur 6 minggu, bayi anda akan mula membentuk corak tidur yang lebih tetap. Dia mungkin tidur di antara 4-6 jam dan lebih lama pada sebelah malam.

4-12 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam
Ketika ini, anda harus cuba membentuk tabiat tidur yang sihat bagi anak anda. Biasanya dia akan tidur sekejap 3 kali pada waktu siang, dan berkurangan menjadi dua kali apabila berumur 6 bulan. Masa tidur siang hendaklah selama satu atau dua jam dan bayi anda boleh tidur pada sebelah pagi (sekitar 9.00 pagi), tengah hari (sekitar 2.00 petang), dan petang (di antara 3-5 petang). Menjelang umur 6 bulan, bayi anda harus tidur terus menerus pada sebelah malam.

1-3 tahun : jumlah masa tidur (setiap hari) = 12-14 jam
Masa tidur tengah hari boleh dikurangkan menjadi 1-3½ jam. Bayi anda hendaklah tidur pada pukul 9 malam dan bangun pagi di antara pukul 6-8 pagi.

3-6 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-12 jam
Bergantung kepada anak anda, tidur siang mungkin tidak diperlukan. Sekiranya dia masih mahu/perlu tidur siang, biarkan dia tidur sekejap sahaja. Kekalkan waktu tidur malam/bangun pagi yang sama.

7-12 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-11 jam
Pada peringkat ini, pastikan anak anda tidur pada 9 malam, agar dia mendapat tidur secukupnya.

12-18 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 8-9 jam
Seperti kanak-kanak kecil, tidur juga adalah penting bagi remaja. Pastikan anak remaja anda tidur sekurangkurangnya 8-9 jam sehari untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraannya tidak terganggu.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar & https://mypositiveparenting.org/

Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy