Satu lagi berita baik dikongsikan pada bulan Syawal ini apabila bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim apabila dia memuat naik sekeping foto menarik di laman Instagramnya dengan pengumuman yang mengatakan dia sedang hamil anak ketiga. Ini adalah kehamilan pertama buat Azrinaz hasil perkahwinannya dengan Fairos Khan Abdul Hamid.
Kandungannya kini sudah masuk usia enam bulan. Tarikh jangkaan bersalin untuk anak ketiganya ini adalah pada sekitar awal bulan Oktober ini.
Azrinaz turut dia tidak menghebahkan berita kehamilannya dan sedia berkongsi apabila kandungannya masuk trimester kedua. Azrinaz hamil tanpa sebarang bantuan teknologi perubatan tetapi tidak dinafikan kandungannya tidak mudah kerana hamil pada usia yang bukan remaja lagi, tidak seperti 11 tahun yang lepas.
Katanya lagi, ini semua berkat doa ibu bapa, sahabat serta semua pengikutnya. Dia turut memohon agar semua dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan bayi dalam kandungan.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham
–
Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi… Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ke-3
–
Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu
–
Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi
–
With great pleasure, I would like to share the news which we have not shared publicly before. Alhamdulilah, I have passed the 2nd trimester of my pregnancy. Thank you to our parents, friends, and everyone who has always be close to my heart for God gives me the chance to have another baby; for the 3rd time in my life
–
With His willings, this baby conceived without the help of any modern technology. But I must admit that being pregnant at this ‘not-so-young’ age is not easy as I was, 11 years ago
–
My hope that you will always pray for the health of my 6-month-old baby and me and insyallah the baby will be born healthy and normal without any complications. So, ladies and gentlemen, I’m pregnant!
Pa&Ma ingin mengucapkan tahniah kepada Azrinaz dan keluarganya atas kandungan ketiga ini. Semoga segala urusan Azrinaz dipermudahkan dan dapat melahirkan anakyang sihat dan comel. Jaga diri baik-baik ya!
Sumber: Azrinaz Mazhar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI