Penantian selama 11 tahun untuk memiliki zuriat sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menepis tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya obses apabila sering berkongsi foto dan video puteri kesayangan, Siti Aafiyah Khalid di laman sosial.
Ibu kepada Siti Aafiyah, 1 tahun 5 bulan ini berkata, dia menjadikan laman sosial, terutama Instagram dan YouTube sebagai arkib untuk menyimpan segala rakaman momen manis yang boleh dirujuk semula pada kemudian hari.
“Siti tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, Siti juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet.
“Jika ada momen menarik dan perlu, Siti akan kongsi. Siti juga akan selang-selikan muat naik paparan dengan aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika Siti obses dengan anak sendiri.
Isteri kepada Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa ini menerangkan 11 tahun penantian yang dilaluinya demi untuk mendakap cahaya mata sendiri, justeru dia berasa teruja dengan setiap perkembangan anaknya itu.
“Selama 11 tahun Siti nanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru Siti dikurniakan cahaya mata. Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang Siti rasakan ketika ini,” katanya.
Ads
TIDAK MAHU KETINGGALAN LIHAT PROSES PEMBESARAN AAFIYAH
Penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu, biarpun sibuk dengan urusan kerja, seboleh mungkin dia tidak mahu ketinggalan menyaksikan proses tumbesaran buah hatinya itu.
“Selalu Siti berpesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang Siti ketinggalan. Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini.
“Untuk tidak menyesal, Siti rasa rakaman seperti itu perlu. Siti lebih suka jika rakaman dimuat naik di laman YouTube. Selain durasinya yang panjang, ia juga boleh ditonton pada bila-bila masa.
Ads
KALAU SIMPAN DALAM HANDPHONE, BOLEH HILANG
“Jika hanya simpan di telefon bimbit, bila-bila masa boleh hilang, terutama jika peranti itu bermasalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kayuhan Wanita 2019 yang menampilkannya sebagai Ikon Selebriti.
Mengulas pembabitannya dalam acara itu, Siti berkata, sebagai ikon, dia ditugaskan mempromosikan program yang bakal berlangsung pada 26 Oktober ini di Putrajaya.
“Kalau boleh, Siti mahu 3,000 peserta mengayuh basikal pada hari itu. Bagi mereka, golongan selebriti lebih mudah menarik perhatian orang ramai menyertai acara ini. Harapan Siti, ia mendapat sambutan ramai,” katanya.
Pada 21 Syawal yang lalu, pelakon Saharul Ridzwan dan isteri yang juga selebriti media sosial, Deena Emir menimang cahaya mata kedua mereka iaitu seorang bayi perempuan.
Menerusi posting terbarunya pula, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi beberapa foto terbaru si kecilnya yang kini sudah berusia hampir 2 bulan.
Perkongsian foto yang dirakam secara penuh wajah comel bayi perempuannya itu juga turut memperkenalkan nama ahli keluarga terbaru mereka. Memilih nama Fateema Azzahra, posting tersebut mendapat reaksi positif peminat pada ruangan komen.
“Assalamualaikum! Nama saya Fateema Azzahra. Puteri kesayangan Baba and Mummy
“Semangat kan? Hehehe. Agak2 korang dah 1 bulan 16hari ni berapa berat dah Fateema?
“Membesarlah wahai anakku Fateema Azzahra sebagai umat Islam yang sentiasa taat pada perintah Allah. Itu doa Baba utk anak2 Mummy dengan Baba. InShaaAllah. Titipkanlah doa yang baik2 utk puteri kesayangan kami ni ya. Terima kasih semua,” tulisnya.
Menjenguk ke laman instagram Deena Emir pula, dia turut berkongsi gambar sempena sambutan Aidil Adha mereka sekeluarga. Memilih rona hijau, gambar-gambar yang dikongsi mendapat perhatian ramai peminat.
“Family portrait from us. Selamat Hari Raya AidilAdha to all our followers. Maaf zahir & batin ✨#eidadha2020,” tulisnya.
Malah Deena Emir juga kelihatan anggun bergaya meskipun baru sahaja selesai tempoh berpantang.
Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: IG Saharul RIdzwan & Deena Emir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Mudahnya nak beribadah. Jangan sedih kalau tak dapat ikut buat tarawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawa si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu. Sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Berikut diberikan panduan untuk solat tarawih di rumah, boleh rujuk gambar di bawah ye:
SOLAT SUNAT TARAWIH
* Niat (Rujuk gambar)
* Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
*Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
* Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
* Niat (Rujuk gambar)
.
*Lakukan 3 rakaat 2 salam,
Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
.
*Zikir selepas witir (Rujuk gambar)
* Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.
SEMOGA BERMANFAAT.
Kredit : Sahabat Hijrah Anda
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cara time out adalah satu teknik mendisiplinkan anak dengan memberi waktu bagi anak untuk merenungkan kesalahannya. Cara ini menarik perhatian ibu bapa dari terus mengangkat tangan atau membebel terlalu lama.
Namun ada sesetengah pakar berpendapat teknik time out ini ada yang berkesan dan bagi sesetengah kanak-kanak tak berapa berkesan.
Menurut Pensyarah Dan Pakar Psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Rozanizam Zakaria ada beberapa sebab kenapa time out tak berkesan pada anak kerana tak semua boleh ikut cara ini.
Tapi jangan risau sekiranya time out ini tak berkesan untuk anak, boleh buat 6 langkah alternatif pada time out.
Masa teori behaviourism dalam psikologi mula popular dulu, antara konsep yang selalu disentuh dalam parenting ialah reward and punishment, token and star chart serta time out.
3 tahun 3 minit, 4 tahun 4 minit dan seterusnya.
Ramai yang mencuba, dan ada yang beri feedback yang ia tak berkesan. Anak ‘enjoy’ time out, anak masih buat perangai, anak tak nak duduk, mak ayah stress tarik anak duduk naughty spot.
Makin berkembang ilmu tentang psikologi kanak-kanak, maka pendekatan kita juga berubah.
Pada saya, approach time out masih ada peranan, tapi ia hanya salah satu dari approach yang kita boleh guna. Konsep yang lebih berkesan bagi saya bukan sekadar menghukum, tapi mesti ada elemen emosi dan problem-solving.
Jadi cuba try
TIME OUT, CONNECT AND RESET.
Time out CONNECT (guna 2/3 3R yang saya share dulu – regulate, relate) RESET – Which basically means ajar anak
“Now, let’s do it again, but this time with better way”
Ini elemen yang penting, sebab kita nak dia belajar what is right dan bagaimana memperbetulkan keadaan.
Misalnya dia bergaduh dengan adik, 1. Beri amaran 2. Bagitahu apa yang sepayutnya (expectation) Kalau tak jalan 3. Time out 4. Reconnect emotionally 5. Reset – “ok skrg nak buat apa, macam mana nak main semula baik-baik, apa kena buat dengan adik?” 6. Puji improvement
Memang jauh sikit jalannya, tapi outcomenya anak belajar bukan sekadar buang tabiat buruk, tapi bina tabiat positif dan bonding emotionally. 3 in 1.