Pelakon, pengacara dan pelawak, Jihan Muse akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya selepas dua bulan bersalin dan melalui tempoh berpantang.
Jihan dan suami, Ungku Hariz memperkenalkan bayi comel mereka dalam majlis aqiqah dan cukur jambul yang diadakan di Dewan Seri Hatinie Shah Alam, semalam.
Pada majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekatnya itu, pasangan ini turut berkongsi nama yang telah dipilih buat anak mereka iaitu Ungku Arsalan Haq. Bayi lelaki Jihan juga turut mempunyai gelaran manja-Baby Ninja.
Ads
Sebelum ini Jihan dan suami mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka terlebih dahulu sehingga ada peminat seakan-akan tak berpuas hati.
Ads
Dengan pendedahan ini, pastinya peminat gembira selepas menanti lebih dua bulan lalu semenjak Jihan bersalin pada 25 Januari lepas.
Ads
Terdahulu, Jihan yang bersalin secara pembedahan telah melahirkan bayi sulungnya dengan berat 3.85 kilogram di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Sumber: instagram Jihan Muse & Ungku Arsalan Haq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ibu ayah sudah dedahkan anak pada banyak bahasa sejak bayi. Sebenarnya otak anak boleh serap banyak bahasa jadi jangan risau mereka akan bercelaru bila ibu cakap bahasa Melayu dengannya dan ayah pula cakap bahasa Inggeris.
Jika anda bercita-cita untuk mengajar anak fasih berbahasa Inggeris sejak kecil, cuba faham dan ikut panduan oleh Ruby Atika, Ahli Terapis Pertuturan Bahasa berkenaan cara betul mengajar anak menguasai dwibahasa.
Anda boleh ajar anak pelbagai bahasa sejak bayi atau nak perkenalkan bahasa kedua apabila dia sudah mahir bahasa pertama. Mana-mana pilihan pun boleh.
Anda boleh ajar anak bahasa ikut hari, lokasi atau orang:
Contoh, di sekolah cakap Mandarin, di rumah cakap BI, di rumah Tok cakap BM.
Contoh, ayah guna BM, mak guna BI.
Bahasa yang lebih dikuasai dan digunakan oleh anak, dipanggil bahasa dominan. Semakin kerap digunakan dalam aktiviti seharian, semakin dominanlah bahasa itu di dalam otak anak.
Tapi jika anda mengajar anak untuk gunakan kesemua bahasa setiap hari, maka anak anda juga akan dapat gunakan kesemua bahasa tersebut dengan lancar dan baik.
Bahasa rojak / code-switch adalah normal bagi pengguna pelbagai bahasa. Ia TIDAK dianggap kecelaruan atau masalah pertuturan bahasa. Cukup sekadar ibubapa menggalakkan anak guna ayat penuh dalam 1 bahasa.
Perkembangan pertuturan anak yang diperkenalkan dengan pelbagai bahasa adalah SAMA saja seperti anak yang diperkenalkan 1 bahasa.
Jika anak 1 bahasa bercakap 1 patah pada umur 1 tahun, begitu juga anak dwibahasa.
Jika anak 1 bahasa bercakap 2 patah dalam 1 ayat pada umur 2 tahun, begitu juga dengan anak dwibahasa.
Tetapi jika didapati anak mengalami lambat bertutur, utamakan bahasa dominan dalam keluarga. Bahasa yang ibubapa fasih gunakan bersama anak setiap hari.
Elakkan memberi kejutan perubahan seperti tiba-tiba menghantar anak ke tadika bahasa bukan dominan keluarga. Ini boleh menambah stress kepada anak yang lewat bertutur. Langkah ini meningkatkan risiko untuk anak jadi bertambah keliru pula.
Kes yang saya pernah jumpa :
1) Ibubapa memilih bahasa BUKAN DOMINAN keluarga sebagai bahasa PERTAMA anak mereka. Contoh, ibubapa bertutur BM di rumah, tapi sedaya upaya mengajar anak bercakap BI sejak kecil.
Kesannya, apabila anak itu sudah masuk peringkat ayat panjang, ibubapa sudah tidak tahu untuk berinteraksi dengan anak sendiri. Bahasa anak pula terhad kepada tahap yang diperkenalkan oleh ibubapa saja.
2) Ibubapa menghantar anak yang LAMBAT bertutur ke tadika yang tidak menggunakan bahasa dominan keluarga.
Kesannya, anak menjadi pendiam di tadika, kurang keyakinan diri dan tidak bercakap dengan cikgu.
Buat ibubapa yang mengajar anak pelbagai bahasa, teruskan usaha anda. Kembangkan potensi otak kiri anak anda.
Gunakan buku cerita setiap hari. Gunakan bahasa-bahasa tersebut dalam rutin harian di rumah. Ibubapa guna, anak akan ikut guna.
Bilakah ibubapa perlu risau?
Jika anak telah masuk 2 tahun, tapi masih tidak bercakap.
Tahukah anda?
Anak umur 2 tahun sepatutnya boleh cakap 25-50 perkataan spontan setiap hari.
Sekali tengok macam edit je tapi hakikatnya tak. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh anak kepada pasangan Instafamous, Mikhail Isaaq dan Siti Hajar apabila bayi lelakinya yang diberi nama Mikhail Darwish berjaya mencuri tumpuan sesiapa saja yang melihatnya.
Dengan kulit yang putih dan mempunyai sepasang mata berwarna kelabu, semua akan cakap seperti anak patung. Sejak dilahirkan Oktober lalu, tarikan utama Mikhail Darwish ini pada matanya.
“Kebetulan pula keturunan isteri saya (Hajar) ada kacukan Arab, Melayu, Cina dan saya sendiri pun ada keturunan Melayu, Cina, India dan Bugis.
“Jadi bila lahirnya Mikhail Darwish ini ia mempunyai campuran darah kedua-dua pihak. Kebetulan ini juga anugerah Allah,” kongsinya.
Bayi berusia 3 bulan ini juga turut mempunyai instagram sendiri dan kini mempunyai seramai 129,000 pengikut untuk melihat perkembangan si kecil ini membesar.
Rata-rata warganet geram melihat kecomelan Mikhail Darwish ini dan semuanya memuji si kecil ini yang mempunyai mata bulat dan cantik.
Sumber: Mikhail Darwish (MD) & Mizisaaq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merangkak adalah cubaan pertama bayi untuk bergerak. Petunjuk jelas bayi anda sedia untuk merangkak adalah keupayaannya untuk duduk sendiri. Apabila bayi anda sedia untuk merangkak, dia berupaya untuk menolak dirinya ke kedudukan duduk.
Kadang kala anda boleh melihat bayi membuat gerakan ala komando iaitu mereka menolak diri sendiri ke hadapan menggunakan tangan, kerana otot bawah badan mereka belum kuat lagi.
Bayi yang baru merangkak biasanya belajar menyeimbangkan keempat-empat anggotanya dan belajar menolak lutut untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang. Kebanyakan bayi pada usia ini sentiasa mahu berada di atas lantai. Kita boleh meletakkan banyak objek yang menarik di atas lantai untuk membantunya merangkak.
Bagaimanapun doktor kurang menyarankan ‘latihan’ untuk bayi kerana menganggap kebolehan merangkak adalah perkara semulajadi yang berlaku ketika mereka sedang bermain. Sekiranya bayi kurang selesa untuk merangkak, jangan paksa kerana matlamat utama adalah untuk berseronok dengan bayi anda bukan memaksanya merangkak.
Ada bayi yang berguling, ada yang bergerak seperti komando dan ada juga yang mengesot. Sesiapa yang mengatakan setiap bayi mesti merangkak sebelum mereka berjalan adalah salah. Ini kerana perkembangan setiap bayi adalah berbeza-beza. Ada yang belajar duduk dan mengesot sebelum mereka belajar berdiri dan terus berjalan.
Bahkan ada bayi yang langsung tidak melalui tahap merangkak sebelum mereka boleh berjalan. Namun, jika bayi anda masih merangkak walaupun sudah berusia lebih 15 bulan, pastikan anda berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Apabila bayi anda sudah mahir merangkak, seluruh ruang tamu menjadi dunia barunya. Jadi, anda perlu pastikan keselamatan ruang tersebut kepada bayi. Elakkan sebarang objek yang boleh mendedahkan bayi kepada risiko kecederaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!