Luluh hati ibu bapa bayi lelaki berusia tiga bulan apabila mendapat panggilan daripada pengasuh yang menyatakan bayinya tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa didapati tidak sedarkan diri selepas tiga jam diberi susu dan ditidurkan pengasuh di rumah pengasuh di Taman Universiti, Johor Bahru.
Diberi susu sebelum tidur
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, berkata bayi lelaki berkenaan dihantar secara harian oleh ibunya ke rumah pengasuh pada hari bekerja.
“Pada hari kejadian, mangsa diberikan susu sebelum ditidurkan pengasuhnya kira-kira jam 12 tengah hari.
“Pada jam 3 petang, pengasuh berkenaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi ibu bayi itu.
Ads
“Mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran oleh pengasuh serta ibu bapa bayi berkenaan untuk mendapatkan rawatan segera.
“Namun bayi berkenaan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya ketika dihubungi.
Masih dalam siasatan
Mengulas lanjut, Fariz Ammar berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah, termasuk penderaan ditemui pada mangsa setakat ini.
“Bedah siasat sudah dijalankan hari ini dan polis masih menunggu analisis makmal mengenai punca sebenar kematian bayi berkenaan.
Ads
“Hasil bedah siasat awal mendapati tiada kesan susu tersekat di kerongkong atau saluran pernafasan bayi berkenaan, namun kita perlu tunggu hasil analisis lengkap,” katanya.
**Info Tambahan
Tip Elak Bayi Tersedak Susu (Perkongsian Daripada Jururawat, Bel Nawhen)
Ads
1. JANGAN beri anak minum susu secara langsung dengan menyendal sebarang objek dibawah botol susu. Saiz puting yang tidak serasi boleh menyebab susu keluar lebih banyak dan bayi tidak dapat menelan sempurna hingga menyebabkan anak tercekik susu.
2. TINGGIKAN kepala bayi sedikit sewaktu menyusukan bayi untuk memberi keselesaan kepada bayi selain memberikan bukaan ruang di dada lebih luas.
3. BELI PUTING mengikut saiz bayi dan pastikan tidak terlalu besar hingga membuatkan susu keluar terlalu cepat.
Pelakon popular Rita Rudaini sebak dan terharu menerima kek pisang daripada dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna sempena hari jadinya yang ke-43.
Rita berkata, dia tidak menjangka kedua-dua anaknya akan membuat kejutan itu selepas pulang dari sekolah.
“Sejujurnya, tindakan mereka itu buat saya tersentuh. Pulang sekolah, mereka berikan dua hiris kek pisang yang dibeli di kantin dan ucap ’selamat hari jadi mummy’. Memang sedih dan sebak. Walaupun kek pisang, tapi mereka ingat.
“Mereka tahu hari jadi saya. Macam Rayyan bukan saja tarikh lahir saya, tapi juga adik, nenek dan sepupu dia ingat.
“Jadi pada hari jadi saya tidak menjangka dia akan bawa balik kek pisang,”
Rita berdoa dan berharap pada usia itu dia terus diberi kesihatan baik supaya dapat membesarkan dua anaknya.
“Soal sambutan hari jadi, tidak berharap pun. Kalau boleh tak nak sambut sangat sebab sudah tua, cukuplah. Tidak ada ‘feel’ nak sambut. Kalau ada, adalah sebagai tanda orang ingat.
“Apa yang penting, saya diberi kesihatan yang baik supaya dapat besarkan anak sampai mereka dewasa dan sihat tubuh badan. Itu saja saya mahu,” katanya.
Ditanya soal jodoh, Rita tidak menolak takdir dan ketentuan Allah SWT.
“Kalau boleh sudah tak nak. Tapi, kalau ditakdirkan Allah hantar seseorang, saya terima saja. Moga yang baik-baik untuk anak,” katanya.
Besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup bergadai nyawa demi menemani anaknya menjalani kuarantin di wad selepas disahkan positif Covid-19.
Setiap masa, Nazratul Adawiah Abdullah, 31, berada di sisi Muhammad Zhafril Adam Mohd Zaim, 7, sehingga mereka disahkan sembuh dan dibenarkan pulang.
Menceritakan pengalamannya, Nazratul berkata, dia dan Muhammad Zhafril dimasukkan ke wad Hospital Rembau selama 10 hari bermula 9 Disember lalu.
Menurutnya, anaknya yang sepatut ditahan di wad selepas keputusan ujian calitan kali kedua menunjukkannya positif Covid-19 namun dia nekad menemani anaknya ketika di wad.
Swab kali kedua positif
Tanggal 9 Januari, genap sebulan ibarat mimpi buruk apabila anak saya, Zhafril Adam disahkan #covidfighter. Sekarang baru ada masa dan kekuatan untuk menulis sedikit pengalaman saya tentang pandemik ni.
Sewaktu KKM call bagitahu second swab test anak saya positif, waktu tu rasa nak terduduk, terus menangis. Tak sangka sebab 1st swab kami sama-sama negatif . Masa ni dah 10 hari kuarantin di rumah. Bayangkan dah elok-elok nak habis kuarantin, 2nd swab test pulak sangkut.
Rasa lembik dunia berperang dengan perasaan. Kenapa bukan saya, kenapa anak yang kena. Macam-macam soalan datang masa tu. Anak yang tak mengerti apa-apa, bagaimana nanti dia bersendirian kuarantin di hospital jaga diri makan minum sendiri? Waktu tu macam-macam bermain di fikiran. Bengkak mata tak usah cakap time ni. Adam adalah anak yang sejak lahir tak pernah admit sakit apa-apa, jadi bayangkan perasaan saya masa tu?
Merayu dekat KKM agar ibu boleh teman. KKM benarkan dengan syarat ibu harus swab sample semula dan bermula kiraan hari dengan 0 semula. Takpe. Saya buat demi anak. Jam 12.30pm ambulans sampai, saya mintak mereka off siren supaya tak nak jiran-jiran takut atau cemas.
Sepanjang 1 jam lebih perjalanan ke hospital, dalam ambulan saya lemah lembik. Dari pagi tak makan apa. Tak ada tenaga. Tapi anak saya macam dah redha. Seolah mengerti dia akan diambik ambulan dan dibawa ke hospital.
Ada yang menyalahkan, ada yang bersimpati
Seolah mengerti yang virus ni terlalu bahaya. Masa ni semua orang dah tau. Ada yang menyalahkan ada juga yang simpati. Takpe saya paham. Mentaliti orang kita tak boleh nak halang. Lagi pon Covid ni penyakit baru. Masih dalam penyelidikan.
1.30pm sampailah kami di Hospital. Terus dibawa ke satu bilik dan di kuarantin. Bermulalah episod ‘kurungan’ kami di suhu yang terlalu sejuk selama 10 hari.
Kejap kejap makanan sampai, kejap kejap makanan sampai, makan tidur jela keje nya time ni. Petang tu juga KKM datang rumah buat sanitizer satu rumah.
Adam mengadu sakit tekak
Hari kedua, Adam dah start mengadu sakit tekak. Doktor datang cek darah dan suhu akan pantau semua progresif anak. Macam biasa covid ni tak ada ubat. 100% bergantung kepada kekuatan sistem imuniti badan. Kalau demam doktor akan bagi ubat demam/tahan sakit. Itu sahaja.
Anak takde lagi swab sebab dah memang positif, tapi saya diswab untuk kali ketiga takut positif kerana kebolehjangkitan untuk saya kena adalah sangat tinggi sebab jaga anak yang positif.
Amalkan makan vitamin C
Bila anak dah mula sakit tekak segala remidi dan petua saya buat untuk kuatkan antibodi anak. Rutin setiap pagi sebelum gosok gigi akan saya bagi dia kumur air garam selama 3 minit.
Selepas gosok gigi, madu akan saya suapkan. Tengahari waktu makan, saya bagi vitamin C. Malam sebelum tidur, perahan lemon+madu adalah wajib. Semua tips yang sama juga saya buat untuk diri sendiri untuk kuatkan antibodi saya juga untuk melawan virus bahaya ni supaya tidak dijangkiti. Petua orang lama juga perlu diguna pakai sebab covid ni masih belum jumpa penawar hanya pencegahan.
Masuk hari ke 4, anak bagitahu tekak dah tak sakit. Demam tiada, badan masih aktif. Doc bagitahu budak memang mudah kena tapi mudah sembuh juga kerana selepas 10 hari badan akan hasilkan satu antibodi yang baru.
Cuma dalam masa 3-8hari tu badan kena strong untuk lawan. Alhamdulillah syukur Adam kuat. Tapi jaga orang positif covid 19 ni sangat sangat particular. Kerana sy tidak dipakaikan pakaian PPE pun, semua tahu kan PPE costing sangat mahal. Dan hanya kakitangan hospital sahaja yg diberi. Jadi risiko sy terdedah kepada virus adalah sangat besar dan tinggi.
Maka setiap 10 minit pegang sudu kena basuh tangan, sanitizer tangan. Setiap kali dekat dengan anak sanitized tangan, bagi anak sesuatu sanitized lagi. Masuk toilet sanitized lagi, pegang benda sanitized lagi.. Pegang barang sanitized lagi.. Naseb lerr tak kecut tangan dek sanitized je setiap 10 minit.
Buat swab kali ketiga
Swab ke 3, result sy negatif juga. Alhamdulillah. Masa tu ready for swab ke 4. Masa ni fikir jangan laa sangkut lagi. Dah tak sanggup nak sambung bercuti dalam ni. Almost 20 hari dah waktu tu kuarantin campur dekat rumah lagi. Mana tak tepu.
Swab kali keempat
Sehari sebelum balik, swab yang terakhir dijalankan. Dengan harapan result kali ni negatif baru dilepaskan keluar. Cuak betul time ni. Sebab result keluar bergantung result swab test saya.
Dan… hari ke 9, Alhamdulillah.. my last result still negatif. Doktor kata baru laa boleh disharge esoknya.
Esoknya disharge dan baru laa KKM akan datang ke rumah untuk cabut gelang pink. Baru laa tamat proses kuarantin dan bebas. Masa tu feeling dapat bebas tu macam terlepas dari tali gantung tau leganya.
Benda ni satu benda baru dan pengalaman baru untuk sy. Biarpun kebolehjangkitan untuk sy kena lagi tu adalah tinggi. Sy seorang yg sangat sangat risaukan covid ni, menjaga sop, tapi Tuhan kasi juga sy untuk rasa melalui anak. Tapi mungkin juga, kalau benda ni tak jadi, tak mungkin sy dpt ilmu pasal covid ni sbb sy bukan ada basic dalam bidang medic.
Hanya pengalaman guru sy. Sy sangka sy tak kuat, kenapa sy diuji begini, tapi ternyata sangkaan Allah tu lagi tepat untuk hambanya. Siang malam berdoa agar anak sembuh dan sy dijauhkan dari virus ini waktu tu. Kekuatan mental fizikal memang kena sgt sgt kuat time ni. Org sekeliling pun tak perlu nak menyalahkan sebab benda ni terlalu halus. Puas kita berjaga tapi tuhan pilih juga untuk lalui ujian ni siapa kita nak tolak? Sampai skrg sy puas fikir dekat mana anak kena sbb 1st swab Negetive. Sampai sekarang masih tak jumpa jawapan. Tapi Alhamdulillah setiap ujian Allah tu pasti ada hikmahnya. Redha dan terima. Orang cakap saya kuat, berjuang seorang membesarkan anak. Tapi sejujurnya saya tak kuat pun. Kekuatan saya semua dari pertolongan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan saya melainkan pertolongan Allah. Semua dari Allah.
Terima Kasih untuk semua barisan fronliners staff KKM, nurse di Jempol & Hospital Rembau. Menjaga kami tanpa sebarang perasaan geli dan jijik. Doktor, nurse layanan sangat baik & ramah. Walaupun mereka sendiri penat, panas berlapis-lapis saya saksikan mereka memakai pakai baju PPE dan berdepan dengan ‘musuh’ yang tak nampak dek mata kasar tapi layanan tu takde double standard langsung pun.
Covid 19 ni bukan benda main, sentiasalah amalkan penjagaan kendiri & patuhi SOP. Kita masih belum menang. Kita Jaga Kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal bergelar ibu dan bapa penghujung tahun ini, pasangan selebriti Azzam Sham dan isterinya Sheryl Shazwanie mengesahkan bakal menimang cahaya mata sulung mereka.
Menerusi Instagram, Azzam berkongsi khabar gembira itu kepada umum yang kini isterinya hamil lima bulan.
“Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat & rezeki yang dikurniakan. Pada hari Jumaat yang barakah ini, Azzam & Sheryl ingin berkongsi berita yang kami bakal menimang cahaya mata pertama kami, inshaAllah.
“Usia kandungan kini memasuki 5 bulan/trimester kedua,” tulisnya ringkas.
Bakal bapa ini juga turut memohon doa semua agar kehamilan sulung isterinya ini dipermudahkan segalanya hingga detik melahirkan kelak.
“Kami mengharapkan doa yang baik semoga urusan ibu & zuriat yg bakal lahir ini dipermudahkan, menjadi anak yang soleh/solehah, penyejuk mata & penyenang hati, membesar dengan baik & sihat wal’afiat, menjadi insan yang berjasa kepada agama & masyarakat. Aamiin Ya Mujib,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu kata Azzam menerusi satu petikan akhbar, dia tidak berkongsi lebih awal berita kehamilan itu kerana mengikut nasihat keluarga.
“Betullah khabar angin selama ini mengatakan isteri saya hamil. Sekarang usia kandungan sudah masuk lima bulan.
“Sudah lama saya simpan berita ini tetapi ikut nasihat keluarga, lebih elok rahsiakan dulu. Rasanya sekarang sudah tiba masa untuk saya ceritakan,” kongsinya lagi.
Teruja bakal bergelar bapa, Azzam meluahkan dia sendiri pada mulanya rasa tidak percaya bakal bergelar bapa penghujung tahun ini.
Namun kini demi sebagai persediaan, dia banyak belajar mengenai hal penjagaan bayi.
“Sehingga sekarang rasanya macam tidak percaya saya bakal bergelar bapa dalam usia muda.
“Semestinya saya banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapa kami selain membuat bacaan di internet,” kongsinya lagi.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.