Selepas selamat menjalani pembedahan si comel, Medinah pada 27 Januari lalu, pelakon Erynne Erynna meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana pembedahan anak kecilnya itu berjalan lancar.
Menurut kata Erynne, anak kecilnya yang mengalami masalah pada buah pinggang, “Duplex Kidney” yang menyebabkannya sering terkena UTI (urinary tract infection) itu selamat menjalani pembedahan selepas melalui proses pembedahan selama empat jam.
Melalui instagramnya, pelakon berbakat ini berkongsi perkembangan terkini anaknya malah meluahkan rasa syukurnya kerana semuanya dipermudahkan.
“27 January 2022 | 1:30PM Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
“Selepas 4 jam selesai juga pembedahan Medinah dengan selamat dan jayanya. Subhan’Allah Alhamdulillah.
“Our deepest thanks to Doctor P. and team, and all the nurses. Indeed, we can’t thank you all enough. We are truly grateful,” tulisnya berkongsi.
Menurut kata Erynne lagi, Medinah kini sedang melalui proses pemulihan dan berharap puteri kesayangannya itu cepat-cepat pulih dan baik semuanya.
Dikesempatan ini juga, ibu penyayang ini juga sempat berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan anak kecilnya itu.
“Sungguh setiap phase peritnya berbeza tapi syukur semuanya baik baik sahaja, Alhamdulillah.
“Sekarang Medinah harus tempuhi process untuk pulih pula dimana Erynne berdoa agar process pemulihan Medinah cepat dan baik semuanya, insya’Allah.
“Dan juga, terima kasih pada seluruh ahli keluarga kami, sahabat kami dan semua yang mendoakan Medinah.
Sangatlah kami hargai dan kami juga doa yang baik baik buat semua. May Allah bless and protect all of us, dunya and akhirah, Amin. Sayang dari kami sekeluarga,” tulisnya lagi berkongsi.
View this post on Instagram
Terdahulu, pada 26 Januari lalu, Erynne memohon doa semua agar pembedahan anak sulungnya, Medinah dipermudahkan selepas disahkan mengalami masalah “Duplex Kidney” yang menyebabkan anak kecilnya itu sering terkena UTI (urinary tract infection).
Menarik: Keluar Masuk Hospital Dari Umur 4 Bulan, Erynne Erynna Mohon Doakan Anak, Ada Masalah Duplex Kidney!
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI