Pelakon popular, Nora Danish yang telah melahirkan cahaya matanya pada 22 Februari lalu sekali lagi mendapat pujian netizen apabila kemunculan selepas hampir dua bulan berpantang menjadi perhatian.
Ternyata Nora Danish dilihat semakin berseri-seri dan penampilannya juga semakin cantik. Ramai peminat yang kagum dengannya dan ada yang minta Nora Danish kongsikan tip.
Malah beberapa peminatnya berpendapat mungkin semangat positif yang diamalkan Nora Danish semasa tempoh berpantang antara salah satu sebab dia kelihatan makin berseri.
Nedim Bapa Penyayang
Tidak setakat Nora Danish sahaja yang jadi perhatian peminat tetapi Nedim juga turut dipuji. Ramai peminat yang suka cara Nedim melayan Neqayl dan jelas kelihatan Nedim seoarang daddy yang penyayang.
Dalam setiap foto yang dikongsikan Nora Danish, memang terserlah sifat seorang bapa dalam diri Nedim. Cara dia melayan dan menguruskan anak begitu cekap sekali.
Paling membuatkan peminat teruja apabila Nedim dah mula ajar Neqayl berenang walaupun belum mencecah dua bulan. Memang terbaik!
Sumber: instagram Nora Danish
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cari Air Kosong Dulu Bila Lapar”. Ni Diet Paling Santai Dapat Turun 2-4 Kilogram Sebulan
Kebiasaannya wanita lepas bersalin sukar untuk dapat berat badan ideal. Kadang macam-macam cara buat, bila tak jaga makan, terus naik mendadak. Bagi yang jenis maintain je tak ada masalah.
Disebabkan keadaan ini, ramai wanita rasa stres tengok badan sendiri di cermin. Bukan itu saja ada yang ambil jalan mudah dengan mencuba pelbagai produk tanpa mengetahui kesan sampingannya.
Bagaimanapun, bagi anda yang masih dalam usaha untuk menurunkan berat badan, boleh ambil tip yang dikongsikan oleh Fatin Ridwan. Paling penting cara ini selamat dan sangat menyihatkan. Tetap boleh makan sedap, asalkan ikut portion yang betul.
Perjalanan 80kg – 61kg
Alhamdulillah walaupun dah lebih 6 bulan tak jaga makan, berat hakak dok tang tu je.
Ni cara hakak ;
✔️Cari air dulu bila lapar. Minum 1-2 gelas air kosong baru makan.
✔️Berhenti makan bila kenyang
✔️Utamakan makanan sihat. Makanan manis ambik buat hilang craving je.
✔️Senaman ringan (youtube) 30min setiap hari.
✔️Set dalam otak, takde siapa boleh tolong aku. Aku je boleh ubah diri aku.
✔️Yang penting jangan stress-stress diet
Sebelum ni pernah try macam-macam diet. Ada yang laju sebulan turun 10-12kg. Tapi sebab terlampau banyak cut tak boleh makan itu ini. So sekali cheat tu memang “balas dendam” betul. Maka hakak kembali gomok 80kg.
Bila jumpa DSSS/ Kalori ni, hakak diet santai sebulan turun 2-4kg. Takat ni rasa diet ni paling best sebab boleh makan semua just jaga portion.
Bagi yang bertanya, ni cara saya;
-Nasi 2x atau 3x sehari. Tengahari/petang/malam.
-Pagi & Malam roti + Peanut butter 1-2keping.
-Kopi sy tak boleh tinggal so ganti gula tu dengan stevia 2 titis.
✔️Sayur wajib (suku suku separuh)
✔️Sebolehnya tinggalkan gula terus.
✔️Kalau teringin manis, macam kek saya makan 2-3sudu.
✔️Ambil manis belah petang atau malam je. Sebab bila pagi dah start manis, sepanjang hari asyik nak manis. Craving memacam.
✔️Air kena cukup, baru kita sentiasa kenyang. (25kg -1liter)
✔️Protein kena cukup, kenyang tahan lama. (Untuk bakar lemak juga)
✔️Senam wajib, bina muscle. Muscle lagi cepat burn kalori.
✔️Download App HealthifyMe untuk track calori intake.
Kredit: Fatin Ridwan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia 5 Doa & Amalan Zikir Khusus Untuk Anak Membesar Dengan Pintar & Soleh
Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Antara ciri-ciri anak yang soleh dan solehah adalah mendengar kata ibu bapanya.
Namun, sejauh mana kita mampu memantau anak-anak? Hanya doa dan tawakal yang berterusan kepada Allah menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial.
Berikut di senaraikan beberapa himpunan doa-doa yang baik diamalkan.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa boleh mengamalkan membaca Surah Asy Syura ayat 19.
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh.
Ketika memasak, sentialah basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.
Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.”
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Jika anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab )hari kiamat)
Doa ini bagus dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.
Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan mengutamakan solat.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Moga ikhtiar ibu bapa untuk menjadikan anak-anak kita semua insan yang baik budi pekertinya serta berjaya di dunia dan di akhirat akan dipermudahkan. Kita bertawakal selebihnya berserah pada Allah.
Sumber: celikalquran.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
First Aid Kit Raya Wajib Ada Untuk Waktu Kecemasan
Baju raya dah siap. Kuih raya pun dah beli. Malah ada yang dah siap pek barang nak balik kampung.
Namun ada perkara yang ramai terlupa terutamanya persediaan kit kesihatan. Biasalah musim perayaan ni, banyak klinik dan farmasi akan bercuti lama. Jadi, sebaiknya ibu bapa kena siapkan beberapa alatan asas penjagaan kesihatan. Terutamanya yang ada anak kecil dan yang nak pulang ke kampung. Malah semua rumah perlu ada set ni.
Perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini boleh dijadikan rujukan oleh semua ibu bapa untuk menyediakan First Aid Kit Hari Raya. Perlu juga dingatkan bukan semata-mata raya sahaja perlu ada semua ini tapi hari biasa pun wajar disimpan di rumah ya.
Antara yang perlu ada untuk setiap keluarga adalah:
Tisu basah / Baby wipes : antara benda penting ni! Rasanya semua orang yang ada anak ada benda ni di rumah.
Paracetamol / ubat demam. Dos dia 15mg/kg (setiap kilo berat badan, darab 15mg). Contoh: anak 10kg, maka 10kg x 15mg/kg = 150mg (miligram tau bukan ml).
Nasal Aspirator : ini versi kena sedut pakai mulut. Bila sedut, hingus masuk tabung kecil tu, tak masuk mulut anda. Cuma virus/bakteria dari anak boleh masuk mulut anda
Saline spray: ini spray untuk legakan hidung berhingus. Boleh guna untuk bayi dan anak-anak kecil. Boleh beli di farmasi.
Termometer: beli termometer. Mudah. Cuma jangan beli yang ada bebuli merkuri. Kalau pecah bebuli dia nanti, susah nak bersihkan. Beli yang eletronik. Yang baca dahi ke, telinga ke, tak kisah.
Ubat batuk. Boleh beli ubat batuk komersil atau di farmasi. Sila ikut sukatan yang disyorkan pada kotak produk. Baca betul-betul. Jangan salah. Baca juga mana sesuai untuk kanak-kanak, mana yang tidak. Ada yang menyebabkan ngantuk, jadi hati-hati.
Oral aid: semasa raya ni kita atau anak-anak mudah kena ulser mulut. Boleh beli gel macam Bonjela, kena atau apa-apa jenama di farmasi.
Calamine Lotion: Kalau gatal-gatal, ruam-ruam biasa, bolehlah sapu ni. Lega, boleh tidur nanti.
Crepe bandage: ni bukan crepe yang isi durian tu. Ni pembalut kalau ada apa-apa kecederaan. Berguna benda ni.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pengamal Perubatan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI