Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. Namun andai kata belum sampai rezekinya lagi, siapa kita nak menidakkan takdir Allah.
Hanya DIA yang tahu bila masanya untuk diberikan rezeki ini. Seperti kisah pasangan suami isteri ini, menunggu kehadiran anak selepas 7 tahun berkahwin benar-benar seperti mimpi yang tak disangka. Ini kerana selepas membuat pemeriksaan pakar, doktor telah mencadangkan untuk IVF atau ambil anak angkat sahaja.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Azieshaziana di TikTok, dia memberi kejutan kepada suami tersayang dengan memberitahu dirinya telah disahkan hamil dan Allah dah makbulkan doa selama ini. Tatkala dapat berita gembira, perasaan sebak suami tak dapat dibendung lagi.
Tabarakallah. Selepas hampir 7 tahun menanti.
Si isteri telah membuat kejutan dengan memberi sejambak bunga kecil dan diselitkan sekali kit ujian kehamilan ketika suaminya sedang bekerja.
Selepas suami mengambil bunga tersebut dan membeleknya, ternampak kit ujian kehamilan itu, terus tersenyum sambil meraut wajah tanda kesyukuran hingga menitiskan air mata.
Rupanya masa awak cakap bulan ni ‘sayang akan guna UPT’ yang dah berbulan-bulan saya beli tapi tak sempat pun nak guna, awak dah mimpi dulu yang saya akan mengandung bulan itu.
Kongsi Azie lagi, walaupun sebelum itu doktor mencadangkan untuk buat IVF ataupun mengambil anak angkat, berkat kesabaran dan tak putus doa, kuasa Allah lebih dari segala-galanya.
Semakin cepat kita reda, terima apa yang Allah tetapkan untuk kita dan menyerah sebulat-bulatnya pada Dia, semakin cepat Allah menjawab doa-doa kita dengan cara tersendiri.
Sementara itu, Azie juga turut memberitahu, kita sebagai hambanya mesti sentiasa bersangka baik pada Allah.
“Reda ni bagi Azie memang satu fasa yang Allah izinkan untuk kita rasa dan perlu kita minta pada Allah. Sebab Azie sendiri dulu selalu cakap reda di mulut.. “Ye aku reda namun seringkali berdoa, kita akan berteka-teki ” ALLAH tunaikan tak, doa aku ye”? Bila ya Allah akan kabulkan doa aku?”, itu maknanya kita belum betul-betul serah pada Allah sepenuhnya.
**Ibu yang bakal berpantang, masih tercari-cari set berpantang yang sesuai, boleh beli di sini dengan harga jimat.
Kredit: TikTok Azieshaziana
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)