Jika anda perasan, anak-anak sering jatuh sakit selepas berkunjung ke kolam renang atau tempat rekreasi.

Situasi ini di kenali sebagai, Recreational water illness (RWI) iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi rekreasi seperti kolam renang,kolam air panas, spa, sungai, danau, dan lautan.

✅ Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, anak anak akan mengalami gejala muntah dan cirit birit.

✅ Kuman yang masuk ke mata dan telinga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian bahagian tersebut. Mata akan menjadi pedih dan kemerahan.

Selepas Bawa Anak Ke Kolam Renang, Baliknya Jatuh Sakit Mungkin Kena Jangkitan RWI

✅ Selain itu, sekiranya kulit ada luka dn kecederaan, kuman boleh masuk ke tubuh menerusi luka.

✅ Jangkitan pernafasan seperti batuk, sakit tekak dan selsema juga boleh berlaku apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan.

Bukankah Klorin Boleh Membunuh Kuman Kuman?

Ads

Ya, bahan kimia yang di masukkan ke dalam kolam renang seperti Klorin sepatutnya dapat membunuh segala macam kuman di dalam kolam renang.

Namun begitu, sekiranya kolam renang di cemari dengan najis, air kencing dan kekotoran, bahan kimia ini tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna.

Selepas Bawa Anak Ke Kolam Renang, Baliknya Jatuh Sakit Mungkin Kena Jangkitan RWI

Bau bahan kimia yang kuat?

Sekiranya anda menghidu bau “bahan kimia’ yang kuat di kolam renang, ia sebenarnya bau kekotoran, najis dan kencing yang telah bercampur dengan klorin!

Ads

Oleh itu, sila peka kepada bau dari kolam renang, sekiranya anda menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan, ia bermakna kolam tersebut mugkin boleh menjadi punca penyakit berjangkit.

Peranan semua pihak amat penting untuk memastikan kebersihan kolam renang.

PALING PENTING,

✅ Jangan kencing atau berak didalam kolam renang

✅ Jangan biarkan anak anak mandi sekiranya mereka tidak sihat

✅ Bersihkan badan di pancuran air sebelum masuk ke kolam renang (ini ramai yang tidak buat)

Ads

Selepas Bawa Anak Ke Kolam Renang, Baliknya Jatuh Sakit Mungkin Kena Jangkitan RWI

✅ Jangan mandi sekiranya anda mempunyai sebarang luka terbuka

✅ Jangan minum air kolam atau berkumur didalam kolam

✅ Gunakan lampin pakai buang khas untuk berenang

Air yang biru jangan di sangka tiada kuman!
Jangan jadikan percutian ke kolam renang dan taman tema air sebagai punca jangkitan penyakit anak-anak anda.

Sumber: Public Health Malaysia

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI