Telur merupakan satu bahan dalam kebanyakan makanan, dari makanan savuri ke manis, dari hidangan pembuka hinggalah ke pencuci mulut. Tetapi bagaimana jika anda tidak boleh makan kerana mengalami alergi telur?
Apa itu alergi telur?
Alergi atau alahan telur adalah satu keadaan hipersensitiviti kepada bahan makanan daripada kuning atau putih telur, yang membawa kepada reaksi sistem imun dan menyebabkan simptom fizikal yang serius.
Reaksi alergi yang paling teruk disebut anafilaksis dan merupakan kecemasan yang memerlukan perhatian dan rawatan segera dengan epinefrin. Sistem imunisasi badan, yang biasanya melindungi badan daripada kuman dan masalah lain, menggunakan antibodi untuk melawan protein telur seperti ia adalah penceroboh berbahaya. Reaksi alahan ini boleh berlaku dengan pantas atau mengambil masa beberapa jam.
Simptom alergi
Individu yang mempunyai alahan terhadap telur ayam mungkin akan alah kepada telur lain, seperti itik, atau puyuh. Dalam tempoh masa singkat selepas makan (atau menyentuh) telur, anda akan mengalami simptom seperti:
Reaksi kulit, seperti bengkak, ruam atau ekzema.
Nafas berbunyi atau kesukaran bernafas.
Hidung berair dan bersin.
Mata merah atau berair.
Sakit perut, loya, muntah, atau cirit-birit.
Anafilaksis (jarang berlaku).
Diagnosis alergi
Jika anak anda atau anda mengalami sebarang simptom di atas, sila berjumpa pakar dan anda mungkin akan menjalani pemeriksaan, seperti ujian darah atau ujian kulit untuk mendiagnosis alahan dihadapi.
Untuk ujian kulit, sedikit cecair yang mengandungi protein telur akan diletakkan di belakang belakang atau di lengan, dan kemudian akan dicucuk probe yang disteril untuk membolehkan cecair meresap masuk ke dalam kulit.
Jika bahagian tersebut membengkak, muncul tompokan merah dalam tempoh 15-20 minit, ia boleh dianggap sebagai alahan. Bergantung kepada jenis protein dalam cecair, ujian ini boleh menentukan sama ada anda alahan kepada protein kuning atau putih telur. Alahan kepada protein putih telur adalah yang paling biasa.
Ads
Bagi ujian darah, sampel darah akan dihantar ke makmal untuk menguji kehadiran antibodi immunoglobin E kepada protein telur.
Jika hasil keputusan tidak dapat diputuskan, pakar boleh mengarahkan ujian makanan lisan. Di bawah pengawasan perubatan, anda akan memakan sejumlah kecil telur untuk melihat tindak balas yang terjadi. Oleh kerana tindak balas yang berlaku mungkin teruk, ujian ini akan dilakukan di bahagian alahan atau pusat ujian makanan yang dilengkapi peralatan kecemasan dan ubat-ubatan.
Diet penyingkiran makanan juga mungkin digunakan untuk menentukan jenis alahan yang dihidapi. Sekiranya simptom hilang apabila telur dikeluarkan dari diet, dan muncul kembali apabila telur dimakan semula, ia mungkin disebabkan alahan.
Merawat alergi
Kanak-kanak yang mempunyai alergi telur perlu mengetahui apa yang patut dilakukan jika termakan telur. Ia mungkin memerlukan mereka untuk sentiasa mempunyai ubat di tangan seperti antihistamin, atau dalam kes yang teruk, epinefrin.
Telur dalam vaksin
Ads
Beberapa jenis vaksin selsema (influenza) mengandungi sejumlah kecil protein telur.
Vaksin selesema burung yang diberikan melalui suntikan adalah selamat untuk kebanyakan individu alergi telur sekiranya ia diberikan di pejabat perubatan yang lengkap dengan kemudahan untuk menangani kesan buruk yang mungkin berlaku, termasuk anafilaksis.
Sekiranya anda menghidapi alahan kepada telur, anda tidak boleh mendapatkan suntikan di kedai ubat atau farmasi atau sebahagian daripada program vaksinasi di tempat kerja anda.
Sejenis suntikan vaksin selesema (vaksin yang digabung) tidak mengandungi sebarang protein telur, dan ia diluluskan untuk individu berusia 18-49 tahun.
Elakkan telur
Ads
Cara terbaik untuk mengatasi alahan telur adalah untuk mengelakkan memakannya.
Malangnya telur adalah bahan yang terdapat dalam kebanyakan makanan. Malah beberapa bahan pengganti telur tetap mengandungi protein telur. Ini membuatkan individu yang mempunyai alahan telur perlu berhati-hati dengan membaca label dan bertanyakan tentang kandungan dan ramuan sesuatu makanan.
Sesiapa yang didiagnosis dengan alahan sama ada putih telur atau kuning telur, harus mengelakkan daripada memakan telur langsung, kerana ia adalah mustahil untuk mengasingkan sepenuhnya putih telur daripada kuning telur.
Mengubah suai
Banyak resepi boleh diubah suai tanpa menggunakan telur. Apabila resepi memerlukan 3 biji telur atau kurang daripada itu, ia boleh ditukar bagi setiap biji telur dengan campuran 1 sudu air, 1 sudu minyak dan 1 sudu teh serbuk penaik.
Pengganti alternatif adalah 1 paket gelatin tanpa perisa yang dicampurkan dengan 2 sudu air suam (campurkan hanya bila hendak digunakan), atau 1 sudu teh yis yang dicampur ke dalam secawan air suam.
Jika anak anda mempunyai lebih daripada satu alergi makanan, anda mungkin perlu membawanya untuk berjumpa dengan pakar pemakanan. Tetapi jika hanya telur yang perlu dielakkan, anda boleh membantunya untuk memilih makanan dan makan dengan betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda terfikir sebenarnya ada jenis-jenis ikan yang boleh memberi kesan tidak baik kepada pertumbuhan serta perkembangan anak-anak?
Sebenarnya ada jenis-jenis ikan yang tidak sesuai diberikan untuk anak anda seperti perkongsian daripada doktor ini.
Sebenarnya kan berat saya nak tulis post ni sebab saya pun pencinta ikan dan makanan laut. Tapi bukan salah ikan bila kandungan merkuri tinggi. Ini salah pencemaran.
Pencemaran dari coal Industri membenarkan arang ke udara dan menyebabkan mercury terkena pada haiwan di lautan. Hidupan yang paling tinggi merkuri adalah Hidupan yang hidup lama di lautan dan makan ikan lain sebagai punca makanan.
Merkuri ni bahayanya apabila dimakan oleh manusia akan ditukar kepada methylmercury yang lebih toksik. Tiada level merkuri yang selamat pun untuk manusia.
Pada bayi dan kanak-kanak, merkuri menyebabkan gangguan pada perkembangan mental – fokus, attention, speech, pembelajaran, fine motor, coordination.
Jadi saya senaraikan ikan-ikan ini untuk rujukan anda. Actually saya ni jarang beli ikan jadi tak tahu nama ikan. Selalu suami yang beli ikan.
So macam mana nak dapatkan kebaikan dari ikan yang berupa DHA dan omega 3. Atau kita nak berdebat tentang khasiat ikan lebih baik daripada merkuri. To me, i wont take that kind of risk for the kids. Tak rela anak jadi bahan eksperimen and if it fails, anak kita yang merana.
Saya limitkan serving ikan dan seafood sekali seminggu. Itu pun ikan-ikan yang tidak disenaraikan di atas. Saya juga memilih bagi fish oil juga sehari sekali.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Mesti susah hati kita bila berat badan anak berada di bawah paras normal setiap kali dibawa menjalani pemeriksaan di klinik. Doktor dan jururawat juga akan ‘membebel’ kenapa berat badan anak tak naik mengikut jadual sepatutnya sedangkan anak tiada masalah makan dan menyusu.
Mengapa ada bayi (6 bulan ke atas) atau kanak-kanak yang masih tetap kurus dan berat badannnya berada di bawah paras normal walaupun mempunyai selera makan yang baik? Berikut antara penyebabnya yang mungkin dialami oleh si manja anda.
a. Faktor genetik.
b. Kemampuan mengunyah dan menelan yang belum sempurna.
c. Keletihan kerana terlalu aktif.
d. Jangkitan saluran kencing.
e. Masalah anemia kekurangan zat besi.
Apabila anda sudah merawat masalah yang menjadi punca kepada berat badan anak tidak bertambah, maka lakukan pula beberapa tip bagi menambah berat badan mereka. Apa pun ia mesti dirujuk kepada pakar pemakanan yang bertauliah terlebih dahulu.
1. Berikan tiga kali hidangan makanan utama (karbohidrat, sayur dan lauk) dalam sehari dan dua kali kudapan yang terdiri daripada buah-buahan, roti dan biskut.
2. Masukkan hidangan menu berasaskan daging lembu sebagai makanan utama untuk anak. Ini kerana daging mengandungi zat besi yang tinggi. Tetapi jangan bagi anak minum susu selepas makan daging kerana susu menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Sebaiknya hidangkan jus buah yang mengandungi vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi.
3. Tambah satu sudu kecil minyak zaitun extra virgin ke dalam hidangan makanan anak yang sudah siap dimasak. Minyak zaitun kaya dengan kandungan lemak. Minyak zaitun extra virgin yang tidak bersuhu tinggi dan tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatannya sangat sesuai ditambah ke dalam makanan si kecil.
4. Gandakan kandungan karbohidrat dalam menu utama anak. Contohnya hidangkan nasi dan sup ayam yang turut mengandungi kentang dan makaroni.
5. Hidangkan buah-buahan yang tinggi kalori seperti pisang dan avokado sebagai kudapan anak.
6. Berikan anak snek tambahan seperti roti, biskut atau pisang satu jam sebelum dia tidur.
7. Penggunaan mentega juga boleh membantu merangsang penambahan berat badan anak. Gunakan ia untuk menggoreng telur atau roti.
Walaupun anda berusaha untuk menambahkan jumlah pengambilan karbohidrat dalam menu anak tetapi perlu tetap mengekalkan gizi yang seimbang iaitu mesti ada hidangan protein, zat besi dan vitamin dalam menu hariannya.
Berikut adalah 15 jenis makanan yang berupaya membantu menambah berat badan bayi dan kanak-kanak.
1. Susu penuh krim
2. Yogurt penuh krim
3. Keju
4. Pisang
5. Ragi
6. Avokado
7. Keledek
8. Telur
9. Ubi kentang
10. Mentega
11. Ghee
12. Mentega kacang
13. Minyak zaitun
14. Kekacang
15. Ciku
Semoga pertambahan berat badan anak berlaku dalam keadaan yang sihat. Sentiasa pastikan anak mendapat segala khasiat makanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dalam menu hariannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak anda memerlukan pelbagai sumber makanan untuk mendapat cukup nutrisi bagi perkembangan giginya. Selain kumpulan makanan utama, dengan menambah lebih makanan super dalam diet anak anda akan menyediakan lebih mineral, vitamin, serat, dan lemak sihat untuk perlindungan gigi mereka. Artikel ini menyediakan 4 makanan baik untuk gigi kanak-kanak.
Sayuran crunchy
Jika anda mencari makanan kunyahan ‘semula jadi’, mungkin sayuran crunchy atau rangup (seperti lobak mentah, kubis bunga, kacang hijau, daun saderi atau snap kacang) adalah pilihan yang sesuai. Sayur-sayuran ini mempunyai tekstur kasar semula jadi yang membantu mengikis keluar sisa plak yang tidak diperlukan selepas anak anda memberus gigi. Ibu bapa perlu menyediakan sayuran seperti ini sebagai snek atau pencuci mulut dan menggalakkan kanak-kanak untuk kerap mengunyah sayuran ini.
Buah-buahan kaya dengan vitamin C
Bagi mencegah gingivitis yang disebabkan oleh beberapa jenis bakteria dalam mulut kanak-kanak, jadi anda perlu menyediakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dalam makanan harian anak anda. Terdapat banyak jenis buah yang kaya dengan vitamin C yang mudah anda dapati di pasar seperti oren, buah limau, kiwi, cantaloupe, betik, dan beberapa jenis buahan lain. Di samping itu, beri juga adalah salah satu buah yang paling berkhasiat dan lazat yang boleh dimakan setiap hari. Beri seperti strawberi, raspberi atau beri hitam bukan sahaja merupakan pencuci mulut yang sedap, bahkan juga adalah buah yang sangat kaya dengan nutrien dan antioksida. Beri dan buah kaya vitamin C lain boleh membantu menghapuskan bakteria dalam mulut dan membekalkan kolagen sihat untuk gusi anda.
Kekacang dan bijian
Jika anak anda berusia 3 tahun ke atas, anda boleh berikannya makan bijian seperti biji bunga matahari dan biji chia. Bijian ini adalah sumber mineral hebat, mengandungi lemak baik, protein dan serat. Ia juga menyediakan lemak semula jadi yang menyalut gigi dan membantu melindungi gigi daripada bakteria. Bijian Grind pula sangat lazat dan mudah dimakan sebagai snek, ditaburkan pada salad, serta dijadikan pencuci mulut yang menyelerakan. Juga, anda boleh menambah bijian dan kekacang semasa membuat kek untuk seisi keluarga anda. Minyak semula jadi yang ada dalam bijian membantu menguatkan enamel gigi. Malahan, sesetengah bijian juga menyediakan kalsium. Bijian dan kekacang ini disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
Produk tenusu
Produk tenusu tanpa gula tambahan adalah perlu untuk gigi kanak-kanak. Contohnya, keju akan merangsang penghasilan saliva atau air liur sementara kalsium di dalamnya membantu menggantikan mineral terlarut resap dari gigi oleh asid. Produk tenusu kegemaran kanak-kanak seperti susu, yogurt, dan aiskrim tanpa gula juga menyediakan kalsium dan fosfat. Susu diperkaya adalah penuh dengan vitamin D, yang membantu tubuh kanak-kanak memproses kalsium dengan berkesan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.