Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya. Itulah yang dilalui sekarang oleh pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz yang mengakui mula merindui anak kesayangannya, Mohamad Ayden Adrean, 2 selepas seminggu bercerai dengan isterinya, Bella.

Aliff menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya meluahkan isi hatinya selain memuat naik foto bersama Ayden.

Foto tersebut merakamkan Aliff sedang mencium putera kesayangannya itu.

“I miss you, Junior. Keep Daddy in your heart as how you’re always beating in mine. ? @aydenadrean17 #MyOtherHalf #AydenAdrean,” tulisnya.

Sebelum ini semasa selesai prosedur mahkamah, memang nampak hubungan ayah dan anak ini begitu akrab.

Ayden dilihat begitu manja dan rapat dengan Aliff dengan melentokkan kepalanya di bahu sebelum diserahkan kepada Bella.

Ads

Selepas Seminggu Bercerai, Aliff Aziz Mula Rindu Anak. Harap Ayden Tetap Sayangkannya

Semasa Bella mengambil Ayden dari dukungan Aliff ternyata Ayden seolah-olah faham yang dia akan berpisah dengan daddynya. Sewaktu itu, Ayden sempat bersalaman dan memberi lambaian terakhir menandakan mereka akan berpisah dan tak akan merasai lagi keakraban seperti sebelum itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ayden Sempat Bersalam & Beri Lambaian Sayu Buat Aliff. Bella Astillah Dan Aliff Aziz Sah Bercerai

Ads

Detik perpisahan itu telah membuatkan orang ramai sebak dan menitiskan air mata melihat gelagat Ayden.

Selepas Seminggu Bercerai, Aliff Aziz Mula Rindu Anak. Harap Ayden Tetap Sayangkannya

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Aliff belajar daripada kesilapan sebelum ini.

Ads

“It’s okay people learn from mistakes no worries just perbaiki balik apa yang kurang kat diri kita,” tulis @i.nurfarhanaz

“Pergi la jumpa dia berbaik-baik balik satu family, bina hidup baru buang jauh-jauh yang lama jangan diulangi lagi… Bulan mulia nak raya jadi la family yang perfect. Berkumpul semua,” nasihat @marryanna_ann

“Masih sempat nak selamatkan rumah tangga, masih ada peluang nak berubah menjadi lebih baik… Fikir anak masih kecil tak faham apa. Kesian rasa…” komen @waaawaa

Selepas Seminggu Bercerai, Aliff Aziz Mula Rindu Anak. Harap Ayden Tetap SayangkannyaTerdahulu, Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu di Mahmakah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 16 Mei ekoran penularan pelbagai kisah curang.

Pasangan itu telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden.

Foto: Instagram @aliffaziz91

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI