Selepas 14 bulan terlantar selepas dihempap peti sejuk, adik Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, 6, akhirnya menemui pencipta-Nya jam 4.30 petang (28 Ogos) di sisi kedua ibu bapa.
Dalam perkongsian Sinar Harian, bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.
“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya.
ARTIKEL BERKAITAN [Rindu Fawwaz Panggil Ibu, Ayah. Bangunlah Sayang. Ibu Tahu Fawwaz Kuat!]
“Tapi Allah lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri,” katanya.
Sebelum ini, kisah adik Fawwaz telah dilaporkan selepas kejadian malang menimpanya pada 13 Julai 2019 dan tragedi itu mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati.
Di facebook bapanya sentiasa mengemas kini status kesihatan terkini Fawwaz dan sejak kejadian itu, kedua ibu bapanya tak putus asa untuk membawa adik Fawwaz berubat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ini berikutan arwah adik Fawwaz hanya terlantar dan tak boleh bercakap selepas mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf akibat daripada peristiwa hitam itu.
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [Selepas 12 Kali Jalani Pembedahan, Perkembangan Kesihatan Fawwaz Makin Positif]
Selain tidak dapat bertutur dan berjalan, kedua-dua kaki juga bengkok setelah demam sawan selepas kejadian itu berlaku.
Mohd Bukhari ada berkongsi sebelum ini walaupun doktor menjangkakan keadaan anaknya itu kekal, tetapi dia dan isteri masih menaruh harapan melihat Fawwaz kembali normal.
Sumber: FB Mohd Bukhari; Sinar Harian