Kadangkala selera anak berubah-ubah tak nak makan nasi putih. Tiba-tiba anak lebih berselera makan nasi atau mee goreng.
Jangan risau hal ini ibu sebab itu perkara biasa di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Gunakan kreativiti untuk mencipta resipi nasi goreng yang dipenuhi dengan pelbagai khasiat untuk si kecil.
Puan Idayu Faizal, seorang ibu yang kini berhadapan dengan selera anak lelakinya, 20 bulan yang dikatakan sedang kemaruk makan nasi goreng dan bihun.
Beliau berkongsi beberapa resipi nasi goreng dan bihun goreng yang dimasak penuh kasih sayang serta banyak bahan-bahan berkhasiat.
Kampung-Style Fried Rice
Bahan-bahan:
Bawang besar – tumbuk kasar
Nasi (masak malam & simpan dalam fridge)
Capsicum
Peas
Chopped pak choy
Ads
Cara memasak:
1. Tumis bawang merah sampai wangi, tambah air sikit, masuk capsicum, peas & pak choy. 2. Kacau dan biarkan 3/4 masak. Masukkan nasi, kacau rata dan masak 2-3 minutes, siap
Capsicum-Carrot Fried Rice
Bahan-bahan:
Paste (Red Capsicum & Shallot tumbuk kasar)
Nasi (masak malam & simpan dlm fridge)
Fine diced Carrot
Cara memasak:
1. Tumis paste sampai wangi, tambah air sikit, masuk carrot. Kacau & biarkan 3/4 masak. 2. Masukkan nasi, kacau rata & masak 2-3 minutes, siap.
Cara memasak:
1. Tumis paste sampai wangi, tambah air masukkan bee hoon, kacau rata & masak sampai bee hoon lembut & 3/4 masak. 2. Masukkan peas. Kacau rata & masak hingga sempurna, siap.
Spore Fried Bee Hoon
Bahan-bahan:
Paste : Shallot & black pepper (tumbuk kasar) boleh tambah anchovy kalau anak tak allergy
Bee Hoon -rendam semalaman (bonda guna brand Faiza)
Broccoli
Capsicum
Carrot
Cara memasak:
1. Tumis paste sampai wangi, tambah air masukkan bee hoon, kacau rata & masak sampai bee hoon lembut & 3/4 masak. 2. Masukkan broccoli,capsicum & carrot. Kacau rata & masak hingga sempurna, siap.
Ads
Rainbow Fried Rice
Bahan-bahan:
Paste (Shallot tumbuk kasar)
Nasi (masak malam & simpan dlm fridge)
Fine diced Carrot, broccoli & red capsicum
Cara memasak:
1. Tumis paste sampai wangi, tambah air sikit, masuk veggies. Kacau & biarkan 3/4 masak. 2. Masukkan nasi, kacau rata & masak 2-3 minutes, siap** Sayur boleh pelbagaikan
Mamak-Style Bee Hoon Soup
Bahan-bahan:
Paste (Shallot, ginger, homemade soto powder tumbuk kasar)
Bee hoon (celur)
Chopped pak choy & carrot
Egg
Cara memasak:
1. Tumis paste sampai wangi, tambah air & masuk sayuran. Kacau & biarkan mendidih. Pecahkan & masukkan telur. 2. Masak hingga sempurna. Atau mommies boleh juga masukkan bihun dlm soup once dah masak sempurna utk bee hoon extra lembut.
** Sayur boleh pelbagaikan
** Boleh tambah sumber protein (ikut selera mommies & babies)
** Bonda tumis guna CCO shj -cooking coconut oil
** Boleh tambah garam jika perlu
Nasi Ala Kak Wook! Antara menu yang menjadi kegemaran ramai kerana kombinasi kuah karinya, ayam goreng cincang, sambal belacan dan ulam timun. Makan pula dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah. Menu yang asalnya dari negeri Kelantan ini dikembangkan hingga ke seluruh negeri.
Bagi anda yang habis idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak boleh cuba buat menu ini. Tak susah pun..
Reseipi Nasi Ala Kak Wook yang dikongsikan di FB Jom Kongsi Resipi Masakan via Suraya Cheeszif ini patut anda cuba. Memang tak menyesal lah! Mesti anak dan suami puji.
**Nasi putih yang dimasak boleh letak daun pandan simpul. Barulah aroma nasi tu wangi. Kalau tak mahu pun tak apa, masak je nasi putih
Gulai Ayam:
~bawang bombay – 4 labu
~bawang putih – 5 ulas
~halia – 1 inci setengah
~rempah kari daging – 3 sudu
~rempah kerutub – 1 sudu
~Kacang panjang – potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan (1 keping gula melaka)
Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!
Cara-caranya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara-caranya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.
Resepi asal by Rosmaliza Omar. Mida olah cara masak je sikit.
Anak-anak memang suka sangat makan ayam gunting yang banyak dijual di food truck. Memang happy mereka dapat makan ayam gunting. Yang pasti memang tak cukup satu.
Jadi lebih jimat untuk ibu buat sendiri di rumah. Bahan-bahan pun tidaklah susah untuk didapatkan. Caranya juga mudah dan cepat untuk disediakan. Buat untuk minum petang anak-anak mesti tak sabar nak makan.
Ini resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni.
Memang mudah dan nampak sedap serta menyelerakan!
RESEPI AYAM GUNTING UNCLE BOB SEDAP & MUDAH
Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.
Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.
Jom saya kongsikan resepinya di bawah ni.
BAHAN-BAHAN
Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)
– Basuh bersih dan potong nipis
Bahan perap
4 sudu sos tiram
4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper Kimball
Sedikit perahan limau / lemon
– Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam
Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.
Bahan saduran
Tepung Bestaripedas / original (ikut suka)
Tepung ubi / tepung beras
Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)
Tambahan
Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti
Kalau nak senang boleh terus beli bahan-bahan dari Sini
CARA-CARA MENYEDIAKAN
1. SALUTKAN AYAM DENGAN BAHAN SADURAN
Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.
Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.
2. GORENG MACAM BIASA
Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.
3. TABUR SERBUK CILI / LADA PUTIH
Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.
Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.
Homemade fishcake atau nugget ayam mungkin sudah terbiasa, apa kata kali ini mama cuba sediakan Fishcake Ala-Ala Korean Style pula untuk anak. Mana tahu selera anak bertambah.
Resipi ala Korea ini dihasilkan daripada isi ikan kerisi, udang dan juga sotong. Semuanya diadunkan sekali dan kemudiannya dibentukkan ikut kesukaan. Resipi ringkas tetapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Rarra Sakura ini memang mantap. Bukan anak je suka, mama pun layan sekali.
Hari ni Mommyra nak buat makanan korean untuk twins. Twins ni pandai tau. Kelmarin mommyra penyek isi ikan goreng dengan nasi dan bulat-bulatkan. Punya la depa excited makan sampai habis sepinggan. Pastu soknya mommyra ulang balik sebab rasa cam eh mudahnya, bagi macam ni pun dah boleh makan banyak. Hahaha ok, jom main cipta-cipta.
Harini kita nak buat Fishcake. Jemu la yang biasa tu. Jom kita inovatif Fishcake ala-ala Korean style. Dijamin sedap dan twins pun makan banyak.
Korean Fishcake (Eomuk)
Isi ikan kaler putih (ikan kerisi)
Udang
Sotong
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
1/2 cawan nasi (lau ikut resepi asal takde nasi tapi saja tambah)
2 sudu besar tepung kentang@jagung pun boleh
1/2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3 sudu besar minyak dan lada sulah (semua bahan blend kering bagi betul-betul smooth)
Bahan mentah ni basuh elok-elok ye. Ikan kerisi ni manis tapi banyak tulang. Hati-hati ye semasa nak handle dan pilih isi takut ada tulang terikut. Nak guna banyak pun boleh lagi sedap. Terus blend bersama.
Macam biasa, boleh kepal atau bentukkan ikut sesuka hati.
Macam saya, saya tepekkan dulu adunan ke belakang sudip (seperti dalam gambar), kemudian lipat atau gulung memanjang guna sudu, terus je gorengkan dalam minyak yang panas (guna api sederhana). Versi dewasa boleh tambah gula dan garam ye. Sekali pandang macam bebola oden pulak bila macam ni.
Bila dah kekuningan boleh angkat dan toskan. Potong serong. Akan dapat fishcake yang sedap, lembut dan kenyal. Macam twins, dah pandai kunyah sebab gigi dah banyak.
Bagi baby yang baru nak ada gigi, selepas potong fishcake boleh tumbuk-tumbuk dulu dengan lesung batu ke supaya ia lembut dan senang dikunyah. Sentiasa juga pantau anak semasa sedang makan. Takut risiko tercekik. Maklum la bila dah sedap, dia main sumbat banyak-banyak dalam mulut. Hehh la. Risau mommy tau.
Ok. Kalau nak jadi macam cucur, tambah je sayur-sayur. Goreng macam biasa. Mudahkan.
Selamat mencuba yee.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendakap gigi, berapa umur kanak-kanak sesuai pakai. Pendakap gigi, atau juga dikenali sebagai braces, adalah alat perubatan pergigian yang digunakan untuk memperbaiki susunan gigi yang tidak sekata, gigi yang berlapis, atau masalah gigitan (seperti overbite dan underbite).