Kadangkala selera anak berubah-ubah tak nak makan nasi putih. Tiba-tiba anak lebih berselera makan nasi atau mee goreng.
Jangan risau hal ini ibu sebab itu perkara biasa di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Gunakan kreativiti untuk mencipta resipi nasi goreng yang dipenuhi dengan pelbagai khasiat untuk si kecil.
Puan Idayu Faizal, seorang ibu yang kini berhadapan dengan selera anak lelakinya, 20 bulan yang dikatakan sedang kemaruk makan nasi goreng dan bihun.
Beliau berkongsi beberapa resipi nasi goreng dan bihun goreng yang dimasak penuh kasih sayang serta banyak bahan-bahan berkhasiat.
Bahan-bahan:
Bawang besar – tumbuk kasar
Nasi (masak malam & simpan dalam fridge)
Capsicum
Peas
Chopped pak choy
Cara memasak:
1. Tumis bawang merah sampai wangi, tambah air sikit, masuk capsicum, peas & pak choy. 2. Kacau dan biarkan 3/4 masak. Masukkan nasi, kacau rata dan masak 2-3 minutes, siap
Bahan-bahan:
Paste (Red Capsicum & Shallot tumbuk kasar)
Nasi (masak malam & simpan dlm fridge)
Fine diced Carrot
Cara memasak:
1. Tumis paste sampai wangi, tambah air sikit, masuk carrot. Kacau & biarkan 3/4 masak. 2. Masukkan nasi, kacau rata & masak 2-3 minutes, siap.
Paste : Shallot & kunyit hidup (tumbuk kasar)
Bee Hoon -rendam semalaman (bonda guna brand Faiza)
Peas
Cara memasak:
1. Tumis paste sampai wangi, tambah air masukkan bee hoon, kacau rata & masak sampai bee hoon lembut & 3/4 masak.
2. Masukkan peas. Kacau rata & masak hingga sempurna, siap.
Bahan-bahan:
Paste : Shallot & black pepper (tumbuk kasar) boleh tambah anchovy kalau anak tak allergy
Bee Hoon -rendam semalaman (bonda guna brand Faiza)
Broccoli
Capsicum
Carrot
Cara memasak:
1. Tumis paste sampai wangi, tambah air masukkan bee hoon, kacau rata & masak sampai bee hoon lembut & 3/4 masak.
2. Masukkan broccoli,capsicum & carrot. Kacau rata & masak hingga sempurna, siap.
Bahan-bahan:
Paste (Shallot, ginger, homemade soto powder tumbuk kasar)
Bee hoon (celur)
Chopped pak choy & carrot
Egg
Cara memasak:
1. Tumis paste sampai wangi, tambah air & masuk sayuran. Kacau & biarkan mendidih. Pecahkan & masukkan telur.
2. Masak hingga sempurna. Atau mommies boleh juga masukkan bihun dlm soup once dah masak sempurna utk bee hoon extra lembut.
** Sayur boleh pelbagaikan
** Boleh tambah sumber protein (ikut selera mommies & babies)
** Bonda tumis guna CCO shj -cooking coconut oil
** Boleh tambah garam jika perlu
Sumber: Idayu Faizal