Selera makan dan perkembangan otak anak berkait rapat dengan selera makan. Anak yang tidak selera makan tentu akan jejaskan perkembangan fizikal dan otak anak. Selain membekalkan sumber khasiat untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat, makanan juga penting untuk perkembangan otak.
Justeru, hendak anak pintar bukan sahaja melakukan rangsang aktiviti motor kasar dan motor halus kepada anak tetapi soal pemakanan juga perlu dititikberatkan. Hakikatnya usia satu hingga enam tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi setiap kanak-kanak.
Selera Makan & Perkembangan Otak Anak Terjejas Bila Ibu Bapa Buat Kesilapan Ini
Ketika ini mereka memerlukan nutrien mencukupi untuk pembangunan kemahiran fizikal dan kesejahteraan sosio-emosi. Begitu juga untuk kematangan saraf otak juga sistem imun (pertahanan) yang cekap untuk mempertahankan tubuh badan dari serangan virus, bakteria dan parasit.
Justeru, pemakanan sihat mampu memberi impak positif secara langsung terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Malah, konsep pemakanan dan tumbesaran sempurna sebenarnya perlu dimulakan dari rumah.
ENAM KESILAPAN IBU BAPA MESTI ELAK
Dalam pada itu, terdapat ENAM kesilalapan ibu bapa yang tidak disedari yang boleh menjejaskan selera makan anak iaitu:
Ads
Ibu bapa memberi alasan tidak mempunyai masa untuk masak di rumah. Mereka lebih gemar makan di luar. Menyebabkan anak tidak berpeluang menikmati kelazatan masakan ibu.
2. Pengambilan snek iaitu pengambilan makanan ringan (snek) dua jam sebelum waktu makan, waktu mengganggu selera makan anak.
WAKTU MAKAN YANG BERUBAH-UBAH DAN MEMAKSA ANAK MAKAN HANYA AKAN MEMBUATKAN MEREKA HILANG SELERA.
4. Ada juga ibu bapa yang suka berleter, mengancam atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatkannya takut dan menjauhi waktu makan.
Ads
5. Hidangan makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak kurang menikmati aneka jenis diet.
6. Gangguan muzik, televisyen dan barang mainan yang dibawa ke meja makan menyebabkan anak hilang minat untuk makan.
Aspek pemakanan merupakan faktor paling penting dalam proses tumbesaran anak termasuk berapa banyak dan kerap mereka makan. Untuk memastikan anak anda mencapai potensi tumbesaran dengan sepenuhnya, penting bagi ibu bapa memberi makanan sesuai dalam jumlah sepatutnya. Ia juga bagi mengelak kekurangan atau berlebihan zat, menyebabkan anak bukan sahaja berisiko dilanda penyakit malah menjejaskan tumbesaran mental dan fizikal mereka.
Ads
Setiap ibu bapa penting untuk memahami asas amalan pemakanan baik untuk anak mereka seperti pengambilan pelbagai jenis zat, perubahan keperluan zat apabila anak membesar, keseimbangan diet, kuantiti pemakanan sederhana dan sentiasa memantau pertumbuhan dan corak pemakanan anak, supaya daya tumbesaran fizikal, penglihatan sihat, kecergasan fizikal dan pembangunan emosi kanak-kanak tidak terganggu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peka dan menjaga adab saat melawat bayi baru lahir. Sebarang kesilapan walau pun kecil boleh mengundang masalah kesihatan kepada bayi kerana pada usia ini antobodi masih lagi lemah. Ibu ini berkongsi pengalamannya di mana pada usia 26 hari telah dimasukkan ke wad kerana jatuh sakit.
Selepas bersalin, ibu bapa & orang sekeliling keterujaan menyambut orang baru. Kelahiran menjadikan si kecil tumpuan ramai. Serba salah dibuatnya bila ada yang nak datang melawat. Memanglah ingin berkongsi kegembiraan, tetapi kerana kurang peka akan tahap kesihatan dan kebersihan ketika menyentuh bayi boleh memberikan akibat buruk.
Gambar hiasan.
Puan Cacha Salim berkongsi mengenai pengalamannya melalui situasi ini di mana bayinya telah ditahan di neonatal intensive care unit (NICU) kerana mengalami masalah kesihatan disyaki influenza pada usia 26 hari. Berikut ialah perkongsian beliau;
Lesson learned – 1
“The importance of public awareness towards the newborn”
I never imagine these thing happen to me and my baby. Selalu kita baca dalam Facebook, experience orang. Sharing scary stories. Suami merokok exposed dkt baby, baby sakit. Tetamu melawat baby, pegang baby, baby sakit, and other, sampai ada yang lead to fatality.
FIKIR IA TIDAK AKAN BERLAKU
Selalu fikir, that might not happen to me kot. Rasa tak terkesan dimomokkan dengan cerita macam tu. Aku jaga baby elok elok, baby aku kuat kot. Tapi it happened anyway. Allah.
Orang dok share, warning jangan bagi orang lain pegang anak. Jangan bagi pelawat datang langsung time pantang. It’s ok to kedekut anak and what not.
Gambar hiasan
SENANG CAKAP DARI BUAT
Aku fikir macam wei.. senang cakap dari buat. Takkan nak halau tetamu?
Tetamu kan bawak rezeki. Lagipun, aku ni jenis suka orang datang. Suka ramai ramai dekat rumah. Suka bila orang concern bila orang ajak berbual.
Takkan nak cakap NO, tak boleh datang. Tak ada dekat rumah. Padahal orang tau ko berpantang, memang kena duk rumah.
Takkan nak cakap NO, Aku taknak korang pegang baby. Aku kedekot baby. Nanti orang kata apa pulak. Sedangkan diaorang nak sharing the happiness. They excited for you.
Lagipun yang datang, grandparents, uncle aunties of the baby, nephew nieces, very good friend, friendly neighbours. Orang yang very dear to your life. Kau nak halau? Impossible.
Gambar hiasan.
KESUKARAN UNTUK TIDAK MEMBAWA BAYI KELUAR
Orang pesan, jangan bawak baby keluar. Senang kena microorganism, airborne disease. Udara sekarang tak macam dulu, possibilities disease by many form. Baby fragile, tak ada vaccine tak immune lagi.
Tapi macamana tak bawak keluar rumah langsung? Day 1 lagi dah jaundice. Everyday kena pergi clinic check bilirubin level, time tu exposed dah. Dekat clinic, even private dan supposely faster, ramai sakit, flu lah cough lah. Kena pula prolonged jaundice, refer hospital. Lagi exposed to macam macam. Tak dapat nak lari dari semua ni.
ORANG SEKELILING BAYI KENA FAHAM
However. From my lesson, Kita boleh save the baby from this harm by the importance of understanding by the public and person yang near the baby. The awareness.
IBU BAPA SENDIRI KENA PRAKTIS DULU
How? Start dengan diri sendiri dulu dan always practise. Please, Kalau rasa diri tak sehat,flu sikit ke, batuk sikit walaupun angin je atau nak terbersin sebab habuk ke, tolong jauhkan diri.
Dekat public places, ada baby atau tidak, nak bersin tolong lah tutup mulut. Halakan ke lain. Tak sempat tutup? Kalau dah flu, atau dah memang ada resdung or hidung sensitif, please lah pakai face mask. Please aware terhadap masyarakat.
Gambar hiasan.
BOLEH MELAWAT TAPI JANGAN SENTUH BAYI
Yes you may visit the baby. You may look at the baby, but don’t touch the baby. Please pakai prevention. Face mask and pakai hand sanitizer.
JANGAN CIUM BAYI KALAU SELESEMA ATAU DEMAM!
Tak kira lah tok cik ke, pak uteh ke, kak nam ke, bapak baby sendiri ke, tukang urut emak dia ke, kalau demam ke selsema ke, walaupun baby tu comel tahap living barbiedoll sekalipun, jangan cium dia.
MAMA PAPA SEDIAKAN FACE MASK & HAND SANITIZER
My advice from mommy to mommy. Bila orang datang rumah, prepare kan mask dan handrub.
Cakap elok-elok, kalau selesema jangan pegang ye. Tapi I understand, kadang kita segan nak tegur, kadang tu orang tua atau kita ni memang jenis tak terbuka mulut.
KELUARKAN BAYI SEKEJAP & BAWA MASUK BILIK
So tips yang i dapat, bila guest datang, bawa keluar baby sekejap je tunjuk, lepas tu bawa lari baby masuk bilik. Cakap nak susukan.
Haa. At least diorang dah tengok the baby and you pun dah keluar greet your guest. Lepas tu keluar la balik cakap baby dah tidur, sambunglah borak. Kalau berehat dalam bilik terus tak keluar keluar pun, orang faham kot. Tengah pantang. Tak cukup tidur. Kena rest dan jaga luka and recover.
Tetamu boleh borak dengan suami je or sesiapa yang jaga uoll pantang. Ok?
Ga,bar hiasan.
2 TIP KALAU NAK KELUAR KETIKA DALAM PANTANG
Furthermore kalau nak time off dari berpantang for insanity- some people need it. Jangan kecam. Pump susu dan leave your baby at the house. You may go out as long as you like.
Kalau takda orang jaga dekat rumah, nak juga keluar sebab jenis tak boleh terperuk lama dekat rumah, minta husband drive kan pusing pusing. You and baby duduk je dalam kereta. Janji dapat keluar kan? Haha well that works for me. Hubs pergi market restock barang basah,tunggu dalam kereta pun puas hati.
Pokok pangkalnya, diri kita sendiri kena aware pasal prevention ni. Jangan selfish. Isolate yourself kalau tak sihat. jangan cium baby, jangan pegang baby, jangan bersin depan baby.
Ingat pesan ni untuk anak sendiri, time nak melawat anak kawan, anak buah.
Sebab konsep dia macam, “Nice to see, nice to hold, but once broken, kau nak tanggungjawab ke dol?”
Ada sesetengah ibu yang terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula untuk diberikan kepada anak. Kalau pagi dah menyusu badan, mungkin petang nanti akan dibancuh pula susu formula untuk si kecil.
Masalahnya apabila anak sukar membuang air besar. Ketika mahu ‘membuang’ pula, dia akan menangis seperti dalam kesakitan. Mungkinkah ia disebabkan oleh susu formula tersebut?
Mulalah si ibu atau ayah merasakan susu formula yang diberikan kepada anak tidak serasi dengannya dan menyebabkan si kecil sukar membuang air besar. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui adakah boleh susu ibu dan susu formula bercampur.
Percampuran susu ibu dengan susu formula boleh menyebabkan perubahan kepada sistem penghadaman bayi.
Susah untuk mengatakan susu formula adalah penyebabnya. Ia mungkin juga disebabkan penyediaan sukatan yang tidak mengikut ketetapan. Lalu, mempengaruhi pencernaan usus bayi.
Mungkin dengan cara penyusuan yang betul, anda dapat memberi susu ibu sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula. Anak anda masih kecil, untuk mendapatkan penyusuan ibu sepenuhnya adalah tidak mustahil.
Setiap hospital pasti ada kumpulan sokongan susu ibu. Anda boleh mendapatkan nasihat mereka, bagaimana caranya untuk menambahkan susu ibu. Mereka boleh dipanggil untuk mendapatkan nasihat pada bila-bila masa.
Salah satu cara yang dapat dinasihatkan di sini ialah memastikan setiap payudara dikosongkan selepas penyusuan sama ada dengan pam manual atau elektrik.
Anda juga perlu meminum air yang mencukupi mengikut keperluan iaitu antara dua hingga tiga liter air sehari. Pemakanan yang mengikut gizi makanan yang betul juga adalah penting.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sunat bayi lelaki sudah menjadi kewajipan dalam budaya masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia. Namun, amalan sunat anak lelaki ini tidak lebih daripada sekadar memenuhi tuntutan agama dan juga budaya.
Persoalannya, adakah amalan sunat bayi lelaki ini benar-benar bermanfaat?
Ini yang dimaksudkan dengan sunat bayi lelaki
Sunat atau khatan bermaksud satu prosedur yang dilakukan bagi membuang kulit kulup yang terdapat pada kepala zakar bayi lelaki.
Apabila kulit kulup ini dibuang, maka bahagian hujung kepala zakar akan terdedah.
Di negara-negara Amerika Selatan, kebanyakan bayi lelaki akan disunat dalam tempoh 10 hari pertama selepas kelahiran.
Biasanya, ia hanya akan dilakukan dalam masa 48 jam sahaja selepas dilahirkan.
Manakala dalam budaya masyarakat Melayu, amalan sunat bagi lelaki lebih kerap dilakukan apabila mereka sudah mula mencapai umur kanak-kanak.
Apakah hukum mengkhatankan bayi lelaki?
Dalam Islam, hukum sunat bayi lelaki ini sebenarnya bergantung kepada mazhab yang menjadi pegangan sesuatu masyarakat atau negara.
Majoriti penduduk Islam di Malaysia berpegang kepada Mazhab Syafie, oleh itu kita boleh melihat hukum mengkhatankan bayi lelaki ini dari sudut pandangan yang telah ditetapkan oleh mazhab ini.
Dalam Mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan.
Disunatkan untuk mengkhatankan bayi pada hari ketujuh kelahirannya.
Namun, ia mestilah melihat kepada tubuh atau keadaan fizikal bayi tersebut sebelum dia disunatkan agar tidak menyebabkan sebarang kesan buruk akibat daripada prosedur bersunat.
Dalam budaya masyarakat Melayu, biasanya sesuatu kenduri atau majlis kecil-kecilan akan dilakukan bagi menyambut hari berkhatan anak mereka.
Kenduri yang dianjurkan ini lebih bersifat kepada kenduri kesyukuran.
Amalan melakukan kenduri ini hanyalah satu amalan budaya masyarakat sahaja, dan bukanlah satu kewajipan dalam Islam.
Walaupun bukan satu kewajipan, ia merupakan satu usaha yang agak baik kerana kita bersedekah dengan cara memberi makan kepada orang lain.
Umur yang sesuai untuk sunat bayi lelaki
Untuk pengetahuan anda, sunat anak lelaki ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Ini bermaksud, anak anda boleh disunatkan tanpa mengira tahap umur mereka.
Di negara-negara Amerika Selatan atau Latin, sunat bayi lelaki biasa dilakukan sejurus selepas kelahiran si manja.
Namun, memandangkan proses berkhatan ini sedikit menyakitkan, bayi akan diberikan dengan bius setempat (local anesthetic) untuk memberikan rasa kebas pada bahagian kulup yang akan dibuang.
Bayi masih berada dalam keadaan sedar kerana bius yang diberikan hanya diletakkan di kawasan yang hendak dibuang.
Jika anda mahu mengkhatankan anak anda apabila mereka sudah agak dewasa, ia juga boleh dilakukan.
Namun memandangkan anak anda sudah agak dewasa dan lebih sedar berkenaan alat kelamin mereka, maka mereka mungkin akan mengalami kesan psikologi berkenaan prosedur berkhatan yang menyebabkan mereka berasa agak takut untuk menjalaninya.
Kebaikan sunat anak lelaki
Tahukah anda, ada beberapa manfaat atau kebaikan jika anda mengkhatankan anak lelaki anda sewaktu mereka masih bayi.
Antara kelebihan tersebut ialah memudahkan proses pembersihan kemaluan bayi.
Apabila bayi lelaki anda telah disunatkan, zakar mereka akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan.
Ini boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.
Selain itu, amalan berkhatan bayi lelaki boleh mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) sehingga 90%.
Amalan berkhatan bayi juga boleh mengurangkan kejadian balanitis, iaitu sejenis jangkitan pada kelenjar atau kepala zakar.
Risiko untuk mengalami jangkitan pada kulit kulup atau posthitis akan semakin berkurangan.
Jangan terkejut jika amalan bersunat bayi juga boleh mengelakkan kejadian phimosis, iaitu keadaan di mana kulup tidak boleh ditarik yang menyebabkan kepala zakar menjadi ‘tercekik’.
Selain itu, apabila bayi ini sudah semakin membesar dan meningkat dewasa, berkhatan juga boleh memberikan beberapa kebaikan lain.
Cara berpantang selepas sunat anak lelaki
Bayi atau kanak-kanak yang telah berkhatan masih perlu menjalani beberapa pantang untuk memastikan mereka cepat sembuh dan tidak mengalami masalah lain.
Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa ialah:
Pastikan mereka berehat sepanjang tempoh berpantang. Elakkan anak anda terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang bersifat kasar atau lasak seperti menaiki basikal atau membonceng motosikal
Pastikan hujung kepala zakar sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih.
Bengkak pada peringkat awal sejurus selepas prosedur bersunat akan kembali surut dalam beberapa hari. Jadi, ingat, bayi anda mungkin memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hingga 10 hari untuk sembuh dengan baik
Berikan anak anda (kanak-kanak sahaja) ubat tahan sakit seperti paracetamol jika perlu
Secara umumnya, sunat anak lelaki memberikan banyak manfaat kepada si kecil anda. Sunat bayi lelaki merupakan satu perkara yang wajib dalam agama Islam. Oleh itu, anda sudah boleh mula merancang bilakah mahu mengkhatankan anak anda.
Dengan teknologi perubatan moden, ibu bapa tidak perlu berasa risau atau ragu-ragu untuk mengkhatankan bayi lelaki lebih awal daripada biasa.
Didie Alias datang lawat Amyza Aznan, beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.