Selepas tujuh hari bergelar bapa, tiada apa yang boleh diucapkan oleh pendakwah bebas, Haris Ismail selain memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana Allah dah melengkapkan kehidupan keluarga kecilnya.
Dalam perkongsian terbaru PU Riz, sebagai bapa dia berdoa agar anaknya Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris menjadi anak yang soleh serta menjadi para solehin yang jauh lebih baik daripada dirinya.
Alhamdullillah, Allah beri nikmat. Anak ini adalah aset ke syurga, dengan syarat umi abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.
Kongsinya tiada apa yang dipinta selain mengharapkan Muhammad Bilal boleh membaca nukilan khas yang ditulis ini.
Ads
Sebagai ayah, PU Riz yang membahasakan dirinya sebagai ‘abah’ berharap Bilal menjadi anak yang soleh serta berada dalam kalangan para solehin kelak.
Ujar PU Riz, dia mahu Bilal menjadi para solehin yang jauh lebih baik daripada dirinya. Di samping itu, PU Riz berharap puteranya itu menjadi anak yang taat kepada umi (Neelofa) kerana iannya Perintah Allah yang selamanya.
Ads
Jangan melawan jika tidak ada yang bertentangan dengan agama. Cakap baik-baik kepada abah umi. Kasihani abah umi seperti mana abah umi kasih padamu. Redha Allah ada pada redha ibu bapa dan kemarahan Allah pada keduanya jua. Manakah amalan yang paling afdal? Kata nabi solat pada awal waktu atau solat pada waktunya. Kemudian apa? Berbuat baik kepada ibu abah.
Alhamdullillah Allah hadirkan InshaAllah aset ke syurga doa anak yang soleh itu yang dicari. Sehinggakan disebut oleh nabi sebagai satu amalan yang tak putus. Semoga anak abah jadi orang yang baik insyaAllah. Dah jadi bapa- bapa dah pula. Cepat dunia berlalu.
Ads
Di akhir posting, PU Riz sedar betapa besarnya kasih sayang seorang ayah dan ibu terhadap anak mereka. Jelasnya lagi, dia bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang merasai pengalaman yang begitu indah ini.
Kredit: IG Haris Ismail & Neelofa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada usia kandungan 37 minggu, Ainan Tasneem telah selamat melahirkan kembar sepasang pada hari Jumaat yang lalu. Berita tersebut telah dikongsikan oleh suaminya, Mohamad Ariffudin di akaun Instagram miliknya.
Menurut Arrifudin anak kembar mereka itu dilahirkan pada Jumaat jam 11.52 dan 12.11. Dalam posting tersebut juga Ariffudin juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya, doktor yang menyambut kelahiran anaknya dan juga orang ramai yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anak kembar yang dikandung.
“Alhamdulillah Subhanallah Allahuakbar. Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad. Sekali lagi dikurniakan berita gembira dan peluang menyambut kelahiran anak soleh dan solehah pada hari jumaat yang mulia.
“Terima kasih banyak-banyak kepada isteri kesayangan @ainantasneem92 setelah 37 minggu mengandungkan, harini pada jam 11.52 dan 12.11 berjaya melahirkan kedua-duanya dengan selamat.
“Semoga Allah mengurniakan ganjaran terbaik untuk awak serta cepat pulih dari kesakitan dan kepenatan.
“Terima kasih juga kepada Dr Siti Mariam yang sangat positif dan tenang bersama teamnya menguruskan proses kelahiran kembar kali ni walaupun baby kedua banyak kerenah sikit.
“Terima kasih juga kepada mak abah, ummi abuya, adik-beradik, ustaz-ustaz, rakan-rakan dan semua yang mendoakan yang baik-baik untuk kami.
“Sangat yakin semua urusan ini dipermudah berkat dari doa kalian semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Jazakumullahu Khoiran Kathir,” tulisnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa , keutamaan kita adalah untuk memastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak. Kita akan berusaha untuk menyediakan kemudahan yang memberi keselesaan kepada mereka. Selain makan, minum, pakaian serta tempat tinggal, salah satu perkara yang ibu bapa perlu titikberatkan adalah soal kesihatan anak. Kalau anak tak sihat, mulalah kita rasa risau kan?
Selain daripada demam, batuk dan selesema, terdapat pelbagai lagi penyakit berkaitan kanak-kanak yang merisaukan, termasuk risiko penyakit yang melibatkan jangkitan otak seperti Meningitis dan Ensefalitis. Walaupun kes ini jarang berlaku, ibu bapa perlu mengambil tahu tentang tanda dan gejala penyakit ini serta langkah pencegahannya.
Fahami Apa Itu Meningitis dan Ensefalitis
Penyakit merbahaya berkaitan dengan jangkitan kuman dalam otak, boleh membawa maut dan ia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Meningitis dan Ensefalitis. Meningitis ialah keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang yang dikenali sebagai meninges. Manakala Ensefalitis pula melibatkan keradangan akut di bahagian tisu otak.
Kedua-dua penyakit ini boleh memberikan kesan serius pada kesihatan kanak-kanak. Selain berpotensi menyebabkan kelemahan secara am, ia juga boleh menyebabkan gangguan neurologi seperti kekejangan, masalah pembelajaran, serta komplikasi pendengaran atau penglihatan. Kesan dan tahap serius jangkitan kuman juga turut berbeza mengikut pesakit, kerana ia bergantung kepada sejauh mana sistem saraf pusat seseorang itu terjejas.
Selain itu, pesakit juga mungkin mempunyai risiko komplikasi jangka panjang atau kecacatan. Meskipun keadaan ini menakutkan, namun penyakit-penyakit ini dapat diuruskan dengan berkesan melalui kesedaran awal dan rawatan segera yang tepat.
Penyakit Tak Kenal Usia, Cegahlah Dari Awal
Penyakit berkaitan jangkitan otak ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan mudah tersebar melalui titisan cecair saluran pernafasan. Sangat mudah kan untuk ia tersebar dan menjangkiti orang lain?
Untuk mengurangkan risiko dijangkiti, kesedaran yang tinggi tentang kepentingan amalan penjagaan kesihatan yang baik perlu ditekankan. Misalnya dengan mengelakkan kontak rapat atau menghindari aktiviti pertukaran air liur seperti berkongsi peralatan makan dan bercium.
Sensitif Terhadap Bunyi & Cahaya Antara Gejala Jangkitan Otak
Pengesanan awal gejala seperti demam, muntah, sakit kepala, kekakuan otot, sering mengantuk, lesu serta sensitiviti terhadap bunyi dan cahaya (fotofobia) yang dialami oleh anak anda adalah penting. Apabila gejala ini dapat dikenalpasti segera, ia boleh memberi kesan yang baik terhadap hasil rawatan yang akan dijalani.
Mengenal pasti punca jangkitan juga penting untuk menentukan rawatan yang berkesan dan sesuai. Antara punca jangkitan yang menyebabkan penyakit Meningitis dan Ensefalitis termasuklah penyebaran bakteria dan virus yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, kulat, masalah autoimun dan dadah.
Langkah-Langkah Diagnostik dan Rawatan
Prosedur diagnostik seperti ujian darah, CT (Computed Tomography), atau MRI (Magnetic Resonance Imaging) adalah kritikal untuk menentukan langkah seterusnya dengan tepat. Penyakit ini mempunyai beberapa kaedah rawatan yang berbeza, termasuklah menggunakan antibiotik untuk jangkitan bakteria, antiviral untuk kes tertentu, dan ubat anti-kejang untuk individu yang mengalami keadaan kejang.
Lumbar Puncture atau Tebukan Spinal, juga merupakan salah satu kaedah diagnostik, yang melibatkan pengumpulan cecair serebrospinal (Cerebrospinal Fluid) untuk mendapatkan analisis. Walaupun pada umumnya selamat, kaedah ini mungkin memerlukan pembiusan bagi kanak-kanak dan ia merupakan prosedur yang dapat menyumbang dalam menentukan diagnosis yang tepat dan perancangan pengurusan yang berkesan.
Vaksinasi: Kunci Pencegahan
Vaksinasi adalah antara langkah pencegahan yang amat penting. Sebagai contoh, vaksin Meningokokus (Meningococcal vaccine) boleh membantu mencegah bakteria meningitis yang disebabkan oleh Neisseria meningitidis.
Tahukah ibu bapa, vaksin untuk demam campak, beguk, rubella (MMR), cacar air, dan ensefalitis Jepun (Japanese encephalitis) pula dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit otak ini yang bukan sahaja mampu melindungi individu malah pada masa yang sama, ia turut mengurangkan penularan jangkitan tersebut dalam kalangan masyarakat.
Dapatkan Nasihat & Bantuan Dari Pakar Terbaik Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita harus mempunyai kesedaran yang tinggi dan sentiasa mengambil langkah pencegahan untuk melindungi anak kita daripada terkena jangkitan otak. Di Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2), mereka komited untuk melindungi anak-anak anda.
Di bawah pengawasan Dr. Shalini Shanmugam, perunding pediatrik berpengalaman, hospital ini menjanjikan konsultasi serta rawatan terbaik untuk pesakit kanak-kanak. Beliau bukan sahaja merupakan pakar dalam pengkhususan pediatrik am, malah turut cemerlang dalam pengurusan neonatal, pemakanan, dan pertumbuhan kanak-kanak. Kepakaran dan pengalaman beliau telah banyak menyumbang kepada penyediaan penjagaan kesihatan yang terbaik dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Terletak di Bukit Lanjan, Kuala Lumpur, DSH2 merupakan sebahagian daripada rangkaian hospital pakar KPJ Healthcare Berhad yang menawarkan rawatan berteknologi tinggi dalam bidang-bidang klinikal utama. Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia yang dipacu oleh Artificial Intelligence (AI) serta sistem digital berintegrasi, DSH2 menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang luar biasa untuk si kecil anda.
Alhamdulillah selepas melalui pengalaman mengandung selama 9 bulan, wanita bertubuh genit, Syakila Norazma yang pernah tular di media sosial sebelum ini kerana saiz badannya seperti kanak-kanak sekolah rendah telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 25 Januari lalu.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, wanita yang mesra disapa Yaya itu mengucapkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulung seberat 2.35 kilogram, jam 1.47 petang itu berjalan dengan lancar.
“Terima kasih yang mendoakan kami..”
@buyahhhcinta hati ibu daddy. terima kasih yg mendoakan kami. alhamdulillah selamat melahirkan semalam 25/1 , 1:47pm baby boy🥰♬ suara asli – rafaaldiansyah
Dalam video berdurasi 17 saat itu memaparkan momen indah Yaya bersama suaminya Muhammad serta bunyi tangisan anak mereka yang belum didedahkan wajahnya.
Sebelum ini, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bersalin sebulan lebih awal secara pembedahan berikutan faktor fizikalnya berketinggian 119 sentimeter dan keadaan bayi yang besar.
“Ramai tanya saya kenapa bedah, bukan normal? Sebab ketinggian tak cukup dan bayi besar berusia 34 minggu dan berat 2.2 kg dah. Nak bersalin normal pun memang tak boleh dengan keadaan fizikal saya,” katanya.
Dalam satu lagi perkongsian videonya juga, Yaya akui dia berasa seolah-olah seperti tak percaya lagi dah ada bayi.
@buyahhh rasa mcm xcaye pun ade , lepas je ibu besalin ibu tgok adik ibu nangis. nangis tanda bahagia, tq daddy @azry.vs__ ♬ original sound – 𝔐𝔖ℌ 𝔈𝔡𝔦𝔱𝔰⚡️
“Lepas je ibu bersalin ibu tengok adik ibu nangis. Nangis tanda bahagia, tq daddy tunggu ibu dari awal sampai adik keluar..
Sebelum ini, kisah pasangan ini menjadi perhatian netizen apabila ramai mengagumi suami Yaya yang menerima diri Yaya seadanya tanpa memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!