Bukan hanya kemewahan wang ringgit dan harta benda dapat menyuburkan sesebuah hubungan rumah tangga tetapi bagaimana kita dan pasangan berusaha untuk ‘mencantikkan’ keharmonian itu. Dengan hanya menyerah diri dan tawakal kepada Allah SWT, hubungan suami isteri akan jadi lebih mesra dan bermakna.
Solatlah bersama. Tidak lama, hanya perlu 5-10 minit sahaja untuk setiap waktu. Selesai solat, berceritalah sesama anda supaya kita masing-masing dapat berkongsi segala susah senang dengan si dia. Impaknya mungkin tidak nampak terus, tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagialah anda dan si dia.
Tidak susah, ambil wuduk dan kemudian bentanglah sejadah. Solatlah dengan penuh kusyuk dan kesungguhan, kemudian panjatkan doa kepada Allah SWT untuk melindungi perkahwinan anda.
Mungkin untuk solat lima waktu sehari agak sukar kerana masing-masing bekerja dan sebagainya. Pun begitu, sekurang-kurangnya ambillah dua waktu terbaik ini, maghrib dan isyak. Secara zahir tidak terlihat manfaatnya tetapi percayalah ia akan tersemat dalam jiwa kalian berdua. Suami isteri yang mengamalkan solat berjemaah akan merasai nikmat rumah tangga yang harmoni.
Baca Artikel Ini: [Bahagian Pelipat Jadi Gelap Waktu Mengandung, Undang Rasa Segan Ibu Hamil Pada Suami]
Sebenarnya jalinan kasih sayang yang dibina ketika anda solat bersama terbit sewaktu lepas solat. Sudah menjadi kemestiaan selepas bersolat, isteri akan bersalaman serta mencium tangan suami. Pada waktu ini, isteri akan belajar untuk menghormati pasangan. Suami pula akan terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri. Ketika memohon ampun kepada satu sama lain, hati akan merasa tenang dan jauh dari sebarang anasir jahat.
Sudah kita ketahui, solat berjemaah berganda kali baik daripada sembahyang sendirian. Apabila solat berjemaah, anda sebenarnya membina jalan pintas untuk ke syurga. Yakinlah kepada Allah SWT yang akan memberi ganjaran pahala kepada anda.
Ikuti Tip Jadikan Anak Lelaki Lebih Rajin: [Anak Lelaki Mesti Diajar Cekap Di Dapur Supaya Ringan Tulang Sampai Dewasa]
Ketika bersolat, suami akan menjadi imam (ketua). Isteri akan patuh dan menghormati peranan suam. Cara ini dapat mendidik isteri untuk menghormati peranan suami dalam rumah tangga. Suami pula terdidik untuk sentiasa di hadapan dan membimbing isteri serta keluarga. Dengan menjadi imam, sekaligus melatih si suami untuk menjadi ketua yang bertanggung jawab.
Seandainya anda mahukan pasangan untuk sentiasa menyayangi, mengasihi serta menghormati anda, cubalah amalkan ayat Yusuf ini:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin.”
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Sebelum berdoa, tetapkan dalam hati bahawa niatnya untuk tujuan yang baik. Jangan salah gunakan doa ini untuk mengorat pasangan orang lain pula ya!
Sumber: Wanista.Com