“Selesaikan Cara Baik” Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak!

Share

Selepas kemelut rumahtangga berpanjangan, akhirnya pergolakan diantara Diana Danielle dan Farid Kamil berjaya dileraikan. Malah terbaru, Diana Danielle juga mendapat hak penjagaan penuh anak-anak.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam memerintahkan hak penjagaan penuh dua anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora diberikan kepada pelakon, Diana Danielle.

Malah memetik laporan Kosmo, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata anak guamnya mendapat hak jagaan penuh dan turut dipersetujui bersama oleh Farid Kamil.

 

“Semuanya telah diselesaikan secara baik hari ini dan semua perjanjian antara kedua belah pihak telah dijadikan terma-terma mahkamah.

“Hari ini adalah untuk hak jagaan anak-anak. Hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik termasuk yang lain-lain isu termasuk kes cerai pada 10 Ogos lalu, selepas ini tiada apa-apa lagi.

“Hak penjagaan dapat kepada ibu. Lain-lain terma adalah sulit manakala terma lain kita dah selesaikan secara global (menyeluruh),” katanya berkongsi.

Diana yang tampil dengan berbusana hitam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hak penjagaan anak yang menjadi miliknya kerana peguamnya yang akan berkongsikan perkara tersebut.

“Saya tiada apa nak cakap mengenai prosiding hari ini. Benda yang sama sahaja. Pihak peguam saya yang akan kongsi semuanya,” katanya yang hadir hari ini.

Terdahulu, pada 10 Ogos lalu, rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle bertemu titik noktah apabila sah bercerai talak satu. Diana memperolehi hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi sama pada 23 Mac lalu.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM