Bila dah jadi mak-mak ni, masalah biasa berlaku kes stoking yang hilang sebelah. Tak tahu di mana letaknya, sedar-sedar bila nak pakai tak jumpa pasangannya. Riuh nak mencari satu rumah.
Bagi yang ada anak sekolah atau suami kerja pejabat pun kadang tak jumpa pasangan stoking ni boleh buat mood di pagi hari terus berubah.
Sebagai penyelesaian untuk mak-mak, ini ada satu idea yang menarik dan boleh dicuba untuk pastikan masalah hilang stoking tak berlaku lagi lepas ni.
Idea yang dikongsikan oleh Puan Novianti Mohd Zain ini boleh anda cuba. Tak susah pun nak buatnya. Hanya perlu pasang je butang tanpa perlu menjahit. Nak kemas dalam laci almari pun senang.
Jom tengok cara nak buatnya.
Memasang snap button pada stoking
Ads
Snap button kakak warna ungu, kangah kuning dan kachik pink.
Projek cuba jaya ni mama cuba untuk menyelesaikan masalah hilang ‘uda’ @ ‘dara’..senang cite hilang “gu”/ pasangan stokin. Ni antara faktor bergaduh dan lambat ke sekolah..
Balik sekolah nnt: Lepas buka stokin, terus snapkan button tu dan masuk mesin basuh. Bila jemur pun biarkan terkepit situ. Stokin mudah kering,tak hapaknya.
Senang sangat pasang snap button ni, dlm 6 saat je siap dh pasang. Takde aktiviti menjahit, kepit guna plier khas tu je.
Aspek kebersihan dan kecantikan si kecil adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan oleh setiap ibu bapa. Pun begitu, ramai ibu bapa terutamanya ibu bapa yang baru, masih mengalami kemelut setiap kali ingin memotong kuku bayi mereka.
Potong kuku bayi ni sebenarnya ibarat bermain sukan ekstrem. Berpeluh-peluh, berdebar-debar ibu bapa nak menyelesaikan tugasan ini. Untuk menyelesaikannya, ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui petua untuk potong kuku bayi dengan berkesan.
#1. Gunakan pengetip kuku bayi
Perkara yang paling penting dalam hal penjagaan kuku bayi adalah anda menggunakan pengetip kuku bayi apabila hendak memotong kuku mereka. Jangan sesekali anda menggunakan gunting atau pengetip kuku dewasa kerana ia adalah lebih besar dan boleh menyebabkan anda terlebih potong kuku bayi. Sebaiknya, gunakan pengetip kuku bayi yang mempunyai saiz yang lebih kecil dan bentuk yang lebih bulat, sesuai untuk si kecil anda.
#2. Potong kuku bayi di tempat yang terang
Ada segelintir individu terutamanya yang sudah lama bergelar ibu bapa, menganggap ini adalah sesuatu yang remeh dan boleh dilakukan dengan mudah. Disebabkan itu, ada ibu bapa yang memotong kuku bayi tanpa melihat kuku bayi dengan teliti malah ada yang melakukannya di dalam bilik yang gelap! Ini adalah cara yang salah kerana ia boleh menyebabkan anda tersalah potong alur kuku bayi lalu menyebabkan kecederaan kepada mereka.
#3. Potong kuku bayi ketika dia tidur
Jika si kecil anda merupakan bayi yang lasak, anda boleh memotong kuku mereka secara curi-curi ketika mereka sedang nyenyak tidur. Ini kerana jika anda mahu memotong kuku bayi yang aktif semasa mereka berjaga, ia hanya akan mendatangkan stres kepada anda ataupun kecederaan kepada bayi. Oleh itu, potong kuku bayi ketika mereka sedang nyenyak tidur tetapi, anda diingatkan untuk pasang lampu bilik terlebih dahulu sebelum melakukannya.
#4. Potong kuku bayi ketika dia mandi
Kuku bayi adalah sama sahaja seperti kuku individu dewasa yang mana ia adalah keras dan tajam. Bagi memudahkan proses memotongnya, anda boleh jadikan tabiat untuk memotong kuku ketika atau selepas bayi mandi. Ini kerana kuku bayi akan menjadi lembut selepas terkena air lalu memudahkan anda untuk memotong kuku bayi dengan tenang.
#5. Cara potongan kuku yang berbeza untuk jari tangan dan jari kaki bayi
Kebanyakan ibu bapa beranggapan bahawa cara memotong kuku bayi adalah sama sahaja untuk jari tangan dan jari kakinya. Ia adalah tidak benar kerana ketika memotong kuku tangan bayi, anda perlu memotong mengikut alur kukunya. Namun jika memotong kuku kaki bayi, anda tidak perlu memotong mengikut alur kukunya tetapi potongan yang dicadangkan adalah secara lurus sahaja. Ini bertujuan mengelak sebarang kecederaan ketika memotong kuku bayi.
Jika berlaku sebarang kecederaan pada kuku atau jari si kecil, apa yang perlu dilakukan?
Paling penting, anda perlu bertenang dan jangan panik. Pertama sekali, basuh luka tersebut menggunakan air yang bersih. Kemudian, tekan sedikit luka tersebut menggunakan tisu atau apa-apa kain yang bersih untuk menghentikan pendarahan.
Menurut pakar, anda tidak disarankan untuk menampal balutan di jari bayi yang terluka kerana ia akan tertanggal dengan mudahnya apabila bayi memasukkan jari ke dalam mulutnya, lalu meningkatkan risiko bayi tertelan lalu tercekik balutan tersebut. Selain itu juga, jangan gunakan sebarang ubat pada luka bayi seperti ubat gamat kerana khuatir mereka akan menghisap jari mereka.
Jika luka pada jari bayi anda masih tidak sembuh atau makin teruk, segera bawa bayi anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi mengelakkan sebarang infeksi daripada berlaku pada luka yang dialami oleh si kecil kesayangan anda.
Kala sambutan raya, kanak-kanaklah menjadi orang yang paling seronok. Girang gembira dan teruja, elok juga dingatkan beberapa pesanan penting supaya menjaga adab.
Manisnya menyambut hari raya buat kanak-kanak, kenangan yang akan terpahat dalam ingatan. Dalam sambutan meriah raya dan ziarah menziarahi, mungkin ada anak-anak yang masih dalam mood gembira bertingkah laku sumbang hingga mengguris perasaan orang lain.
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengingatkan mereka tentang adab dan kelakuan sopan semasa beraya. Antaranya perihal duit raya dan tingkah laku semasa sambutan ini. Perkongsian Dr Taufiq Razif memberikan peringatan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
Mak Ayah Wajib Pesan Pada Anak
#7 Nasihat Ni Masa Pergi Beraya Nanti
#1- Jangan minta duit raya
Nak ziarah rumah boleh. Nak tawaf satu kampung pun boleh tapi bila masuk rumah orang, jangan sekali kali minta duit raya.
Kita tak tahu keadaan ekonomi tuan rumah. Jadi, makan dan minum je kuih muih yang tuan rumah hidangkan tapi ajar anak kita untuk tak meminta minta duit raya
#2 – Jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah
Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tak beradab pada tuan rumah
Ada orang mampu je nak bagi RM50 tapi ada orang, nak bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.
#3 – Jangan intai rumah orang
Kalau dah ketuk 3 kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adab bertamu.
Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul betul muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu tu dibuka kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah tu.
#4 – Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin
Bagitahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah.
Nak solat atau nak ke tandas sekalipun, kena minta izin dulu.
#5 – Jangan buka peti ais rumah orang
Ada orang mengadu kat saya haritu katanya ada anak anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta macam macam makanan kat dalam tu ?
Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, kena la hormat tuan rumah. Tak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang ni.
#6 – Jangan usik barang tuan rumah
Musim beraya ni la orang duk pakat ‘display’ perhiasan termahal mereka.
Pesan kat anak anak kita jangan duk usik barang orang terutamanya yang berkaca. InsyaAllah anak kecil pun boleh faham kalau kita ingatkan berkali kali.
#7 – Jaga kelakuan
Terutamanya anak kecil yang aktif dan suka berlari tu memang kita wajib pesan untuk beringat. Kalau anak tak boleh dikawal sangat, bawa anak keluar rumah supaya mereka boleh ‘channel’ energi mereka di luar tapi kalau kita sendiri tak yakin boleh kawal anak kita tu sebaiknya tak bertamu pun tak apa.
Bertamu tu SUNAT hukumnya tapi menjaga kelakuan anak daripada merosakkan barang orang itu WAJIB!
p/s : Banyak cara nak kawal anak ni. Antaranya bawa mainan kesukaan mereka ketika ziarah rumah orang. Ni la ‘art of distraction’ yang kita kena belajar ☺️
Bila diimbau kembali pengalaman menyusukan anak, pasti ramai ibu yang merindui saat ‘struggle’ itu. Susah payah yang sangat berbaloi kerana selama lebih 2 tahun anak dapat merasai susu ibu.
Pelakon, Datin Lisa Surihani berkongsi pengalaman menyusukan anak kedua pada 4 tahun yang lepas dimana dia juga berhadap dengan situasi anak pertama meragam inginkan perhatian, syndrome dapat adik baru!
Pengalaman Menyusukan Anak Pertama
“Sejak lahirkan Yahaira, Lisa lebih suka mengambil tawaran kerja yang tidak memakan masa lama”
“Kalau ada kerja yang makan masa yang lama, Lisa akan cuba bawa Yahaira bersama disebabkan Yahaira memang menyusu badan.”
“Lisa memang memainkan peranan dalam menyusukan & menidurkan anak.”
Pengalaman Menyusukan Anak Ke-2 Dahulu
“Pengalaman menyusukan anak memang banyak terutama semasa menyusukan anak kedua dahulu, Yusof.”
“Masa mula-mula Yusof lahir dulu memang Yahaira sayangkan Yusof. Tapi selepas Yahaira nampak saya menyusukan Yusof, Yahaira mula berubah sikap.”
“Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami.”
“Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan.”
“Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof ketika itu mendapat perhatian dan diberikan susu badan.”
Bahagikan Masa Antara Anak Pertama & Kedua
“Secara perlahan-lahan saya mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.”
“Walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetapi kehadiran Yusof buat saya sedar kaedah penjagaan & mendidik anak itu tidak lagi sama dan perlu mengikut situasi mereka.”
“Alhamdulillah walaupun ketika itu dia masih kecil tetapi nampaknya dia memahami bahawa Yusof adalah adiknya.”
Menyusu Bukan Tanggungjawab Ibu Je, Tapi Ayah Pun Ada Peranan
“Sebenarnya bapa pun boleh ambil tanggungjawab dalam penyusuan susu ibu. Bapa juga boleh tolong berikan susu yang telah diperah dan diletak di dalam botol untuk bayi.”
Ada beberapa tip yang dikongsi oleh Lisa buat ibu yang menyusu:
1. Pengendalian susu ibu
Buat sistem penyimpanan susu ibu (Jika ruang di dalam peti ais mencukupi). Contohnya kategorikan bekas dalam bentuk bulan. Januari 2021 dalam satu bekas kemudian susun susu yang sudah dimasukan ke dalam botol/plastik dan boleh susun dalam bekas yang telah dikategorikan. Tujuanya adalah untuk memudahkan ibu supaya tak bercampur antara stok susu bulan 1 dan bulan 2. Lebih bersistematik bila bulan januari semua dalam satu bekas.
2. Menyusu bayi megikut giliran payudara
Pinkan bra sebagai penanda menyusu badan. Contohnya mama settle susukan bayi dengan payudara kanan. Pinkan bra kanan supaya mama ingat payudara mana yang dah dikosongkan.
Pelakon Datin Lisa Surihani mendirikan rumah tangga bersama Datuk Yusry Abd. Halim (Yusry KRU) pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6 tahun, Yusof Leonne, 4 tahun dan Yunos Laith 3 bulan.
Kredit: Astro eBu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.