Tentu ibu ayah risau apabila usia empat tahun masih lagi tidak lancar untuk bertutur. Tentu ada cara untuk rangsang anak bercakap. Untuk memastikan anak petah berkata-kata beberapa pendekatan perlu diberi perhatian supaya dapat memupuk perkembangan bahasa anak serta percakapannya.  Ikuti panduan berikut untuk meningkatkan kebolehan bercakap mengikut tahap usianya.

1.Persekitaran kasih sayang

Bercakap, membaca, menyanyi, dan bermain dengan adalah aktiviti yang penting untuk perkembangan diri anak yang boleh merangsang otak anak. Berinteraksi dan mewujudkan satu persekitaran kasih sayang akan membantu anak mempunyai perasaan  ingin tahu, membina keyakinan, dan menggalakkan satu kemesraan dengan bahasa. Sifat-sifat ini menyediakan satu asas yang kukuh untuk ucapan dan perkembangan bahasa. Sediakan tempat untuk membaca dalam ruang rumah agar ia adalah satu pengalaman yang selesa dan tidak berselerak. Jika menonton video atau televisyen bersama, berinteraksi dengan anak tentang apa yang dilihat dan apa yang jadi pada karakter tersebut.

2.Melibatkan anak dalam perbualan anda

Pada masa yang sama bercakap tentang nama mainan kegemaran dan lain benda-benda biasa sekitar rumah. Bercakap dengan perlahan dan dengan jelas, dan memuji percubaan anak menyebut. Hadkan waktu menonton televisyen sebaliknya banyakkan bacaan untuk anak setiap hari dan melebihkan melawat zoo, akuarium, muzium, dan taman-taman permainan agar merangsang lagi pembesaran kognitif dan bahasa mereka. Luangkan masa bersama anak-anak dengan bergurau dan bermesra dengan mereka ketika memandu atau mandi atau sebelum tidur dan sebagainya. Contohnya ketika anak membebel /ba, ba/ dan ketika itu beliau ingin mencapai abahnya, tiru bebelan anak dan bila ia memberi respons /ba/  lengkapkan /ba/ dengan perkataan ‘baba’ yang bermaksud ‘bapa’. Bermain sembunyi-sembunyi dengan anak dan bila bermain mainan dengan anak sertakan dengan bunyi-bunyian untuk menarik minat si kecil tersebut.

3.Ajaklah anak untuk bercakap tentang orang yang disukainya

Dengan penuh kasih sayang galakkan anak untuk bercakap dengan orang lain, termasuk kanak-kanak sepermainannya dan sebaya dengannya. Membetulkan bahasa anak dalam cara-cara yang positif dengan membuat ayat lain, berulang kali. Libatkan dirinya ketika membeli bahan bacaan. Dengan ini menggalakkan dia menyukai membaca buku itu. Membaca membantu menambahkan perbendaharaan katanya. Jika si anak menunjukkan objek kegemaran beliau tanpa bahasa, sampingkan istilah yang betul dan jelas untuk dijadikan contoh. Jadikan satu kebiasaan mengadakan perbualan yang interaktif , dan bukan satu hala, dengan anak-anak. Contohnya bercerita tentang apa yang anak buat hari itu atau memberi permasalahan kecil dalam perbualan bagi anak menyelesaikan seperti ‘hari ini kalau hujan, kita tak jadi pergi taman. Macam mana ya adik?” . Teknik berikut agak sesuai bagi anak yang berumur 2 hingga 3 tahun.

IKLAN

Semak Perkembangan Pertuturan Anak Jika Tak Nak Jejas Kecerdasan Minda Anak

Berikut adalah tahap pertuturana anak usia empat tahun hingga lima tahun.

Empat tahun

*Mempunyai 1500 hingga 1600 patah perbendaharaan kata.

IKLAN

*Banyak bertanya soalan.

*Menggunakan bentuk ayat yang lengkap.

*Kadang kala, soalan ‘kenapa’ dan ‘bagaimana’ sukar untuk anda jawab.

IKLAN

Lima tahun

*Mempunyai 2100 hingga 2200 patah perbendaharaan kata.

*Boleh berbicara mengenai perasaan.

*Memahami ‘sebelum dan selepas’.

*Boleh mematuhi 3 arahan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI