Adakah anda antara individu yang buat permohonan baru dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang sudah buat semakan BPN Fasa 2? Sejak 4 Mei 2020, ramai yang masih tertanya-tanya kenapa status BPN Dalam Proses, sedangkan sepatutnya terima bayaran.
Status BPN Dalam Proses
Berikut antara penjelasan tentang status BPN buat anda yang masih tertanya-tanya lagi mengenai hal ini.
Merujuk kepada hantaran MyGCC pada 21 April 2020 di Facebook, sekiranya status permohonan baru bertukar status kepada Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN.
Seterusnya, anda boleh buat semakan untuk mengetahui keputusan sama ada anda Lulus atau Gagal.
Menurut MyGCC lagi, anda perlu bertenang dan tunggu keputusan yang akan dikeluarkan pada Mei 2020.
Status BPN Dalam Proses berapa lama?
Bagus soalan ini.
Namun, tidak diberitahu bilakah tarikh keputusan akan diumumkan. Tidak juga dinyatakan, berapa lama proses semakan kelayakan ini akan diambil oleh LHDN.
Jadi, kami sarankan anda teruskan buat semakan untuk mengetahui status terkini.
Apa maksud status Permohonan Diterima? (Bukan Dalam Proses)
Ini adalah status sebelum ini.
Untuk permohonan baru dan rayuan BPN, sebelum anda terima status Dalam Proses, anda akan terima status Permohonan Diterima terlebih dahulu.
Status ini akan bertukar dari Permohonan Diterima ke Dalam Proses.
Seterusnya, dari Dalam Proses ke LULUS atau GAGAL.
Apa maksud status Tidak Layak?
Selain status BPN Dalam Proses, ada satu lagi status yang ramai orang mahu tahu apa maksudnya.
Status tersebut ialah Tidak Layak.
Sekiranya anda telah buat semakan dan mendapati status permohonan anda bertukar daripada Layak kepada Tidak Layak, ada beberapa sebab yang menyebabkan ia berlaku:
Duplikasi permohonan: Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan. Ini bermaksud permohonan dua kali, sedangkan satu keluarga hanya seorang sahaja yang boleh mohon.
Pemohon / pasangan mempunyai syarikat: Semakan BPN mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui jika berkelayakan.
Pendapatan melebihi kelayakan: Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan yang sepatutnya.
Menetap luar negara: Pemohon berada di luar negara.
Tarikh pembayaran BPN Fasa 2
Jangan bimbang dengan status BPN Dalam Proses. Lihat dulu jadual pembayaran. Setidak-tidaknya, jika lulus, kita tahu bila akan terima pembayaran.
Bayaran BPN Fasa 2 akan bermula secara berperingkat bermula dengan BSN dan seterusnya ke bank-bank yang lain
Untuk Fasa 2 ini:
Tarikh Pembayaran B40 : 4 – 13 Mei 2020
Tarikh Pembayaran M40 : 13 – 15 Mei 2020
Tarikh Pembayaran Permohonan Baru dan Rayuan : 15 – 20 Mei 2020
Untuk makluman anda, pembayaran BPN bagi Permohonan Baru dan Rayuan akan dibayar sekaligus mulai 15 hingga 20 Mei 2020 seperti yang ditunjukkan pada jadual pembayaran di atas.
Diharapkan agar perkongsian status BPN Dalam Proses ini dapat melegakan kegusaran anda.
Harap anda bertenang dan bersabar menunggu keputusan kelulusan. Insya-Allah jika ada rezeki, tak ke mana.
Sumber: therohani.com